Thursday, May 31

Little Chef Competition yang menggalakkan penggunaan pisau untuk kanak2 7-12 tahun

Dania combine power dengan Shahida

Budak ni bila i tanya dia kata 9 tahun. Masa guna pisau ni....takde pun orang dewasa berdekatan untuk memantau kegunaan pisau....

Team Dania sedang pose untuk kamera.....cheese.....


Coleslaw Castle

Hiasan meja team Dania




Masa ni juri datang kat meja nak bagi markah. Dania perkenalkan nama masakan...ni coleslaw castle, ni burger burgembira dan ni cup cake turtle. Peserta lain senyap je masa juri datang nak ambik markah...i rasa mungkin ini kredit untuk team Dania. 


Little Chefs @ work

 Meja lain hias meja dengan bunga2. Meja Dania dan kawan hias meja letak bear kecik dan Smurf. Hehehe

Masing2 menghias cup cake. Dania dan Shahida

Haa.......kooo ni chopper meja sebelah Dania

Pisau ni diletakkan menghala ke arah kanak2 ni. Bahaya ke tak?

Tengok pisau ni tajam ke tak....


Dania dan kawan guna pisau IKEA tu je

See...pisau digunakan tanpa ada orang dewasa di sebelah....



Dania yang berlari untuk ambik hadiah

3 hari sebelum cuti sekolah, cikgu Dania approach suruh Dania masuk Little Chef Competition yang diadakan di Kompleks 3C anjuran MPSJ. I setuju la sebab cikgu kata bawak pinggan2 sebab nak hias. Hari yang ditetapkan, i jalan lenggang kangkung. Bawak alas meja dengan hiasan meja tanpa pinggan mangkuk untuk menghias. Akhirnya sebab muka i selalu minum kat cafe ni, i pun mintak dengan owner nak pinjam pinggan mangkuk sudu garfu. Hehehe....

Part paling i tak setuju bila kanak2 7-12 tahun ni kena guna pisau untuk memotong halus2 kobis, timun, lobak merah. I dah cakap kat penganjur tanya sesuai ke budak budak ni guna pisau???. Boleh dia kata memang i dah tanya ada mak ayah dah biasa bagi anak guna pisau. OMG!!! I tak pulak bagi kebenaran Dania untuk guna pisau. Ada sorang mak ni dengan berlagak jugak i would say kata anak dia 9 tahun dah guna pisau....Hmmmm kalau tertikam jap lagi anak ko kan bukan anak aku.....actually i sangat tak puas hati so i tanya lagi kalau budak2 kena pisau luka ada medik tak??? Kooooo....tak menjawab.....hmmm....sebab i tak nampak pun first aid kit kat situ yer....so Dania dan kawan2 guna pisau IKEA yang untuk budak2 tu untuk potong lobak. Hahahaha....mana mau potong. Penganjur expect budak2 ni potong lobak, sayur2 nipis2 untuk buat coleslaw. You alls rasa membahayakan tak?. They alls ni bukan di latih kat sekolah kulinari atau nak masuk pertandingan Masterchef Malaysia ke haper. Lebih dasyat, mak pak tak dibenarkan untuk berdiri dekat anak2 so anak2 guna pisau TANPA i repeat TANPA ada tunjuk ajar dan perhatian dari ibu bapa. Bila penganjur datang dekat meja dania dan kawan dia, dia kata kena guna pisau ni. I dengan tegas cakap i tak nak anak i guna pisau...terus le penganjur berlalu.....

Kalau dah rezeki, no matter mak bising ke haper, Dania dan kawannya dapat hadiah 1 untuk kategori burger dan sausages. Ada 3 kategori burger dan sausages, kategori coleslaw dan kategori cupcake. Terkejut i sebab i ingat nak balik ajer sebab memang tak sangka leh dapat No. 1. I bangga jugak dengan Dania sebab masa nak buat coleslaw tu, dia leh scoop dalam timun tu. I tak ajar yer. Dia sendiri buat. Pastu i suruh masukkan coleslaw dalam tu...heheheh.....kira lain dari yang lain la. 


*****kepada penganjur MPSJ, next time kena buat penambahbaikan. Kalau pisau betul ni dibenarkan, kalau ada yang tertikam......siapa yang akan dipertanggungjawabkan???


6 comments:

  1. mmg bahaya la pisau utk bdk2 kn..ye la mn tau tgh syok2 masak tertusuk ke..huhuhu...tahniah utk dania and kwn dania menang no 1

    ReplyDelete
  2. hmmm.....bagi saya ini 1 pendedahan yg bagus. Sebab kita x tau sejauh mana anak2 kelebihan anak2 kite.

    lagipun, ramai parent kat ctu.....& tak mungkin terjadi kejadian tikam menikan ni...unless ada yg kene sampuk laa :D

    ReplyDelete
  3. sangat bahaya..!
    mmg beri pendedahan yg bagus pada anak2
    tapi mesti, MESTI ada pemantauan drp mak pak @ org dewasa!
    jgn exepct anak kite dah sekolah, dah besar, dah bleh berdikari, lantak pi la..pandai2 die la..
    no, no, no!
    lain la kalu each table ada 1 dewasa yg beri tunjuk ajar, lain citer...
    ni tak, cam kak ezna kata, first aid kit takde, st john @ pbsm pun takde
    kang, anak sendrik kene pisau, dah nak salahkan org lain plak...
    plz, plz...

    ReplyDelete
  4. @mama tisya yer....i tengok tangan2 budak ni ke kiri kanan....kalau budak2 tu budak2 jugak. Mereka sangat aktif. Masa pertandingan berlangsung ibu bapa tak dibenarkan berdiri dekat ngan budak2. Bayangkan pisau yang tajam itu diguna oleh budak2 tanpa pengawasan ibu bapa?....risau.....

    ReplyDelete
  5. @juanita pendedahan memang bagus sangat sebab leh ajar anak2 memasak tetapi yang saya nak tekankan kat sini....budak2 guna pisau TANPA pengawasan ibu bapa. Ini sharp object we are dealing with DAN penganjur bila i tanya ada medik tak kalau budak2 terkena pisau? dia senyap!. Sedangkan orang dewasa dalam Masterchef rancangan masak dewasa pun terkena pisau dan luka inikan budak2 yang aktif. Mujur tiada yang terkena pisau. Kalau ada, siapa nak bertanggungjawab?

    ReplyDelete
  6. tersangat comel dani pakai topi chef hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails