Monday, May 14

Hari yang sangat meletihkan : : entry karangan : :

Lepas je hantar Dania kat school. Me and hubby breakfast dulu kat sekolah Dania. Hubby cuti hari ini. So lepas tu terus ke MPSJ kat USJ. Nak settlekan pasal bayar cukai pintu. Kebetulan pulak apartment dan rumah kena settle hak milik serentak. Pastu kena bayar pulak tu cukai pintu since 2009. Rupanya cukai pintu hantar kat alamat lama so tak sampai ke tangan i. Tadi pun siap isi borang untuk tukar nama kedua dua kediaman.

Lepas tu berkereta ke Pejabat Kerajaan kat U5 pulak sebab nak settle pasal cukai tanah pulak. Haishhh banyak nau cukai nak kena settle ni. Nasib la apartment i takde cukai tanah. Kot sebab rumah tinggi. Settle bayar terus gi cafetaria pulak. Memang dah tertulis, senang je urusan kami kat MPSJ dan masa nak bayar cukai tanah. Parking ada. Orang pun tak ramai. Ambik nombor, terus kena panggil nombor kami.

Lepas tu menderu ke Shah Alam pulak nak mohon pembayaran bulanan rumah menggunakan akaun 2 KWSP. Bagi yang tak tahu, mintak borang kat KWSP dan juga bank yang bagi loan rumah tu. Kemudian bila surat dari bank siap, ambik surat tu dan submit ke KWSP. Bayaran bulanan rumah akan dikreditkan ke akaun kita. So, dah leh save dah duit bulanan pembayaran rumah. Masuk dalam bank kita, terus la kita bayar bulanan rumah tu ke bank pemberi pinjaman. 

KWSP Seksyen 11 ni tak berapa jauh dari Kompleks PKNS. I tempah baju raya kat Kompleks ni tapi nak bagi kain lining untuk baju kurung i, tu yang kena singgah Kompleks tu. Tengok2 kedai tutup lagi so ambik No kat Tabung Haji sebab nak daftar haji. Tau kan, yang kita leh daftar haji dengan tunjuk penyata latest akaun 1 tu mesti melebihi RM1,300 kot kalau tak silap i. Yang takde penyata seperti anak kita, kena bank in RM1,300 ke dalam akaun. No tak dipanggil lagi, so makan lunch dulu dalam Kompleks tu. Dah makan, just in time kena panggil nombor i kat Tabung Haji. So selamatlah 3 beranak daftar haji. Alhamdulilah. Pastu singgah lagi kedai jahit tu. Tutup lagi then tukang jahit tu kata akan datang lagi 15 minit.

Sambil tunggu tukang jahit, kami ke Pejabat Pos Besar Shah Alam nak Pos Ekspres dokumen ke lawyer rumah. Nak tukar hak milik dari pemaju ke nama i and hubby. Kalau beli rumah ni, kita terpaksa melalui ini. Kalau nama berdua, dua dua kena menghadirkan diri yer untuk sign dokumen.

Masa kat Pejabat Pos, tukang jahit call kata dia dah ada kat kedai so terus ke Kompleks balik. Then balik rumah kejap dalam 1/2 jam gi ambik Dania pulak dari school kat Bandar Sunway. Terus ke Taman Desa pulak sebab nak submit documents. On the way back, singgah Plaza OUG makan kat Pizza sebelum bertolak balik rumah. 

Sangat meletihkan tapi bersyukur sebab banyak benda boleh settle dalam 1 hari dan dipermudahkan urusan. Phewww......and tonight, abang kena hantar anak kita gi ngaji Quran sebab Ena letihhh ya amat......

Bandar Sunway -> MPSJ -> Pejabat Tanah U5 Shah Alam -> KWSP -> Kompleks PKNS -> Pejabat Pos Shah Alam -> Kompleks PKNS -> P Jalil -> Bandar Sunway -> Taman Desa -> OUG -> P Jalil

Malam ni tidur awal.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

2 comments:

  1. walau letih tp byk yg setel mmg berbaloiiiiii

    ReplyDelete
  2. me lom daftar tabung haji..nak kena daftar ni...cuma me boleh potong queue sbb ada quota khas utk staff uia..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails