Saturday, May 5

Persiapan raya : : me tak suka last minute: :

Actually masa me, hubby dan Dania makan kat Cili Padi Seksyen 9 Shah Alam semalam, me ternampak sebelah Cili Padi ni butik Sireh Pinang dan Anggerik Avenue. Lepas makan, mintak izin hubby nak pegi butik Anggerik Avenue. Banyak sungguh tudung kat sini dan kita juga boleh tempah tudung kat sini yer. Ada kain2 yang kita boleh pilih kat sini. Ada juga jual jubah2. Geramnya tengok. Sabar2....hehehe.....

Then i ke kedai sebelah pulak Sireh Pinang. Actually, Sireh Pinang ni ada jugak kat Subang Parade. Selalunya i lalu je tak masuk pun. Kat Shah Alam ni lak kebetulan hati i tertarik nak masuk. Akhirnya i berkenan sangat dengan baju kurung riau kanak-kanak plain ni warna hijau epal dengan hiasan manik di dada dan tangan baju kurung. Manis sangat. Jadinya terus ambik untuk Dania. Ada lagi satu warna cream kekuningan. Sangat stand out hiasan di dada dan tangan but....but....sangat tak sesuai sebab jarang. Boleh see through. Kena pakai pulak baju dalam untuk lapik tapi.....di bahagian tangan jarang jugak so i tak jadi ambik dan ternampak pulak baju kurung riau warna hijau epal ni. Sangat2 berkenan di hati dan terus i ambik. Hubby pun nampaknya setuju ngan pilihan i. Sedondon ngan dewasa pun ada tapi harga RM300 lepas discount. Takpelah....mahal sangat pulak. Now, Butik Sireh Pinang tengah sale. Until when...i tak tahu. But....quite pricey juga tu. Baju kurung dewasa RM800++ pun ada. Lepas discount 30% still mahal ye dok. Yang RM1,000++ pun ado. But...but.....ada yang diberi discount best jugak. Harga asal RM200++ diberi harga RM100 je. 

Anyway, baju kurung yang Dania pakai tu, Mia Sara pakai untuk penggambaran majalah edisi raya tapi warna bukan hijau epal tapi warna lain but exactly macam baju kurung Dania. Buat pulak tu sehari sebelum i datang. Mia Sara pun ada tempah baju kurung kat sini. Untuk pengetahuan semua, tempahan baju kurung untuk raya telah ditutup yer kat Sireh Pinang Shah Alam ni. Tak sure other branches macamana. 

Disebabkan kain songket cotton corak bunga tabur yang i beli kat Bukittinggi warna hijau, tu yang terfikir nak buat tema hijau je this year. Kalau tempah kat tailor, tailor i serasi tu kat Azlinah Enterprise nun kat Kompleks PKNS Shah Alam tu. La ni even tailor pun tutup tempahan awal untuk Raya ohhh....Eventhough puasa pun tak lagi, i dah sibuk nak tempah untuk raya. Actually i rasa senang buat awal2. Dekat2 nak raya, orang lagi ramai kat shopping complex tu haa....sikit2 preparation tak le rasa keluar banyak sekali derap. Yang hubby punya senang, beli baju melayu yang siap dah kat Jakel ke, tak pun kat Jalan TAR.

You alls tema warna apa tahun ni???. Ke ada yang dah buat sikit2 macam i.....hehehehe

Farah's kid by Sireh Pinang
Baju kurung riau plain warna hijau epal dengan sulaman dan manik di dada dan tangan
Tudung Dania kena cari yang bercorak la nampaknya

Cotton songket bunga tabur warna emas ni i beli kat Bukittinggi Indonesia
Nak dipadankan dengan shawl pashmina hijau dan jingga

6 comments:

  1. cantek!

    kami pun buat sket2 jugak..
    takde terasa sangat kluar byk fulus nnt hehe

    kami tema pepel =p

    ReplyDelete
  2. Cantik giler!!suka hijau gak..tema kami hitam kot tahun ni sbb ummi dia bam2..peyut dah beso msa tu..so nk nmpk kurus..harus pkai warna gelap..haha..

    ReplyDelete
  3. wahhh..bestnya kak Ena..awal2 lg dh siap beli baju raya je..tema hijau akk thun ni ya..Cantik sgt2 baju tu tapi mahal la sikit..

    ReplyDelete
  4. waaaa cantiknya :) :)
    me lom pikir bj raya hehhe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails