Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, October 23

Sand Dune

Sand Dunes. Apakah itu? Ia adalah kawasan pasir berbukit. I a terjadi disebabkan interaksi dengan angin.

Untuk keterangan dan info selanjutnya di sini :-

"In physical geography, a dune is a
hill of sand built by aeolian processes. Dunes occur in different forms and sizes, formed by interaction with the wind. Most kinds of dunes are longer on the windward side where the sand is pushed up the dune and have a shorter "slip face" in the lee of the wind. The valley or trough between dunes is called a slack. A "dune field" is an area covered by extensive sand dunes. Large dune fields are known as ergs."

Taken from : http://en.wikipedia.org/wiki/Dune

Kalau ikutkan akhir tahun 2010, kami akan ke Gold Coast Australia untuk percutian akhir tahun tetapi terpaksa dibatalkan kerana kesihatan papa i tidak mengizinkan. Agak tak sesuai kan.....booking hotel dah cancel. Jadinya i ada masa 2 tahun percutian i disimpan di time share daelive.com.

Okay, back to percutian Australia jugak, kami ada pergi bercuti ke Perth tahun 2006. Masa tu umur Dania 1 tahun 9 bulan. Antara pakej pelancongan di sini, kami akan ke Lancelin Sand Dune. Terletak 2 jam perjalanan dengan bas dari Perth. Kami naik bas pelancong. Masa tiba di Lancelin, kami kena naik bas yang diubah suai menjadi kenderaan 4wd. Fuh sangat ngeri i bila fikir bawak si kecil Dania. Bas tu bergoncang-goncang menaiki pasir. Bila dah bergoyang-goyang bas tu, Dania ayah dia peluk kuat. I pun dalam berhati-hati tu terantuk kat tingkap bas. Ouwchhh!!! Tau Dania buat apa? Tak menangis tapi gelak kuat kuat.....haaa??? Mat2 salleh pun ada yang tergelak tengok Dania. Orang lain macam seram2 je. Dania relaks je. Belum lagi bas tu turun laju menuruni bukit. Kecut perut. Terasa macam bas tu nak terbalik dah. Bila bas tu naik atas bukit, kami diperkenalkan dengan permainan ini. Sand boarding. Me and ayah Dania try la. Dania err tak leh lah sayang. Naik atas skate board yang tiada roda, tangan dua dua kena letak kat belakang. Lepas tu pemandu pelancong tu tolak kami ke bawah. Jerit ohh......Ada yang tertonggeng bila tiba bawah. Pemandu pelancong Australian ni jerit 'Big Crash'.....sambil gelak. Cheh!!!. Bila dah tiba bawah, nak naik atas balik sangat letih sebab jalan atas pasir. Bukit pun boleh tahan tinggi jugak. Oh untuk sape yang sakit lutut memang tak sesuai.......

Nota : Aktiviti ini tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan penghidap penyakit jantung

My hubby nak berlepas la tu

I pun nak cuba walau kecut perut gak ni

1 family bergambar. Tengok Dania masa ni kecik lagi

Selain di Lancelin, Australia Sand Dunes juga ada di tempat2 seperti di bawah......

Erg Chebbi di Morrocco

Kelso Dunes, Mojave National Preserve, California

Photo taken from : http://en.wikipedia.org/wiki/Dune

2 comments:

  1. kat cni ada snow boarding ie naik snowboard time snow nanti :)
    dania sgt cute dlm pic tu! mcm anak cina heheh

    ReplyDelete
  2. @Mama Zharfan

    Wah i sukanya nak tengok snow!!! hopefully 1 day :-) weeeee.......:-) Dania si mata sepet masa kecik!!!

    ReplyDelete