Kat surau rumah rumah saya ada mengadakan talk dan salah seorang penceramahnya ialah Dr. Fauziah Mohd Hasan. Beliau pernah ditahan oleh tentera Israel ketika mengikuti misi Women's Boat to Gaza pada tahun 2016. Bot mereka yang bernama Zaytouna-Oliva telah ditunda ke pelabuhan Ashood oleh tentera Israel. Kesemua mereka dibebaskan setelah beberapa hari dan dihantar ke negara masing-masing.
Beliau tak pernah serik dan salah seorang deligasi Sumud Flotilla tahun 2025 untuk gelombang ketiga misi kemanusiaan ke Gaza. Belayar dengan kapal Conscience. Kapal Conscience juga membawa sukarelawan dari seluruh dunia. Dr. Fauziah seorang pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital KPJ Ampang Puteri. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari University of Tasmania, Australia.
Dr. Fauziah juga ada mengatakan yang rejim zionis ada memukul dan menumbuk sukarelawan Sumud Flotilla selepas mereka ditahan secara tidak sah di perairan. Ada juga berlaku penderaan lisan oleh rejim zionis ini.
Alhamdulilah Dr. Fauziah selamat dan dapat la memberi ceramahnya di surau berdekatan rumah saya. Dr. Fauziah bergambar bersama Ustazah Nurul Huda, AJK Muslimat. Suami Ustazah, Prof Dr. Amir Husin Mohd Nor yang menjadi imam untuk solat hajat masa Dania nak ambik SPM tahun 2022. Masa tahun tu SPM dilambatkan disebabkan Covid19. Sepatutnya SPM tahun 2021.
Begitulah kisahnya....sampai bila rejim zionis ni akan bermaharajalela?. Hanya Allah yang tahu.
XOXO,
Ezna

Wanita hebat yang sangat berani dan tak kenal putus asa :)
BalasPadam