Jumaat, Julai 11

Penangan K Drama Crash Landing On You

Sebelum ke Switzerland, satu family khatam dulu K Drama Crash Landing On You. Jadi kalau pergi melawat shooting location tu masing-masing tau la kan dari scene K Drama yang mana. 

Ni salah satu scene dalam Crash Landing On You. Captain Ri Jeong-Hyeok main piano lagu yang diciptakan untuk abangnya. Scene diadakan di atas jeti di Isetwald. Dalam scene ni Yoon Se-ri dengar alunan piano yang dimainkan oleh Captain Ri dari bot yang Yoon Se-ri naiki tapi tak nampak siapa yang mainkan piano ni. 

Credit : Google

Baru-baru ni tengok landing stage / jeti yang menjadi shooting location tu kalau nak masuk kena bayar dah. Harganya CHF5 / pax. 

Credit : Google

Masa kami pergi tahun 2022 tu tak payah bayar pun cumanya kena beratur je sebab ramai nak posing kat sini. Nama je pakai dress tapi saya dan Dania pakai seluar juga kat dalam. Senang nak melangkah. 😅


Memang cantik sangat permandangan kat sini. 


Piano tak adalah...cuma jeti je la. Kat sini pun boleh nampak orang tengah beratur nak ambik gambar tapi tak ramai la masa ni. Cantik perkampungan ni dengan gunung ganang dan tasik. 


Kat sini memang perkampungan Isetwald namanya. Jadi mungkin orang kampung tengok boleh menjana pendapatan juga sebab ramai pelancong yang nak bergambar atas jeti ni. Ada masa saya jalan-jalan kat sini, ada yang membela babi...tapi babi tu berlagak ya. Nampak kami terus masuk dalam rumah. Kalau dalam kawasan berpagar ok la. Kalau tak berpagar....kami lari tak cukup tanah nanti. 😅

Moga ada rezeki lagi kami nak melihat negara lain.....




XOXO,
Ezna







 

2 ulasan:

  1. tengok pemandangan pun memang sedap mata yang memandang

    BalasPadam
  2. waaa entry versi throwback ke ni ezz....alaaa...i rindu swiss laaa...u nak travel ke mana plak tuuuu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penangan K Drama Crash Landing On You

Sebelum ke Switzerland, satu family khatam dulu K Drama Crash Landing On You. Jadi kalau pergi melawat shooting location tu masing-masing ta...