Selasa, Julai 29

Potong pokok dan brisk walk

Nampak cuaca kat luar dah nampak ada improvement sikit berbanding sebelumnya. Ni hubby memotong dahan pokok yang masuk ke rumah jiran. Sampai termasuk dalam kolam pula dahan pokok yang jatuh tu. Senang ada mesin potong pokok ni. 


Lepas potong pokok boleh slot in aktiviti beriadah bersama keluarga. Ikutkan saya malas ya nak keluar. Kat tempat ni ada pula buaian. Dania masa kecik2 cukup suka naik buaian sampai sanggup tunggu kalau ada orang lain kat buaian. 😅. Dah besar ni biasa je la jumpa buaian pun. Errr hubby dok tengok atas juga takut2 buaian tak boleh tampung remaja purba....😆


Haishhhh seronoknya la. 


Ni masa tengah brisk walk kita ambik gambar dulu. Lalu bawah jambatan ni macam berbunyi sebabnya memang ada kenderaan lalu kat jambatan ni. 


Suasana petang kat sini. Cuaca pula tiba-tiba mendung. Jangan la hujan....


Warna bunga ni sangat cantik.....mana taknya warna ungu. Hehe....Ada kawan saya cakap....Ena dengan ungu tak boleh dipisahkan. 😅


Ok setakat sini je saya larat. Ni masa nak balik. Kepala rasa pening sikit jadi Dania tunggu la dengan saya. Hubby masa ni berjalan nak ke kereta. Nanti pick up Dania dan saya kat sini. 


On the way nak balik, ada khemah didirikan kat tengah ni. Mungkin event larian hari ahad agaknya. Kat Putrajaya ni selalu la ada event larian kemudian jalan pun akan ditutup. 


Tiba rumah kena la membersihkan diri sebab melekit dah badan sebab brisk walk kan....malas je nak mula brisk walk ni tapi bila dah mula....ok je....




XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. bunga pepel tu..dulu2 ada dlm my mini garden, then mati sbb dh overgrown, tak leh survive dlm pasu...rindu plak nak replant bunga tu..memang cantik sgt!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkenan la you bunga ni....oh mati pulak bunga you ni ya....

      Padam
  2. Taufik [un sama bila nak duduk kat buaian ni risau jugak kan...sebab takut tak boleh tampung berat badan hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Taufik....suami dok tengok atas tu. Kot prakkkk kang malu pulak. Hehe.

      Padam
  3. putrajaya dan event larian tak dapat dipisahkan.. kadang-kadang terpaksa ubah route brisk walk sebab jalan banyak yang tutup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya jalan banyak tutup selalunya. Kalau tak event larian....event basikal pulak....

      Padam
  4. pokok bunga tu memang bunga warna ungu...sesuai dengan daun di ayang tak berapa nak warna hijau tu...
    buaian tu rare betul tempat dia, takde lah kena hujan kalau waktu tgh main buai hujan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buaian tu best dan nampak kukuh la tapi tetap la takut kalau roboh je. Hehe....bunga ungu tu berkenan akak.....ya daun dia warna hijau pucat.

      Padam
  5. comel dua-dua main buaian hehhhe....bunga unggu tu cantik...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Potong pokok dan brisk walk

Nampak cuaca kat luar dah nampak ada improvement sikit berbanding sebelumnya. Ni hubby memotong dahan pokok yang masuk ke rumah jiran. Sampa...