Khamis, Julai 17

Bukan sebarang Tiram ya....

Credit : Google

Baru-baru ni saya dapat satu panggilan dari kononnya Maybank HQ mengatakan akaun saya dijadikan akaun keldai dadah. 

Kali ni saya saje nak melayan dia....


Scammer : Hello saya buat panggilan dari Maybank HQ. Sebelum itu dengan siapa saya bercakap ni?

Saya : Eh you yang call takkan you tak tahu siapa saya?

Scammer : Saya cuma nak pengesahan sahaja. Siapa nama Puan?

Saya : Nama saya I*** Binti A**** (Tiba-tiba teringat nama kawan Dania punya ayah. Hehe)

Scammer : Ok Puan I*** Binti A****. Puan pernah tinggal di alamat bla bla bla...Ulu Tiram Johor?

Saya : Ya....kenapa? (Walau tak pernah tinggal pun situ...kita tipu je la. Nak tengok sejauh mana liciknya mereka.

Scammer : Puan ada buka akaun Maybank di Maybank Johor Baharu?

Saya : Tak ada kenapa? Jap nak tanya apa alamat Maybank HQ ni? (Saje nak test Scammer ni). 

Scammer : Kat Jalan Tun Perak Puan. Ok...Puan memang tak ada buka akaun di sana?. Betul ke Puan pernah tinggal di Ulu Tiram?. 
***Take note ya...Maybank HQ kat Jalan Tun Perak akan berpindah ke Menara Merdeka 118 ya. Kalau cakap beralamat di Tun Perak maknanya dia tak buat homework la tu. 

Saya : Adik saya sekarang tinggal kat rumah tu (Hehehe. Adik mana tak tahulah ya....). Saya dah pindah negeri lain.

Scammer : Ok saya akan ajar macam mana Puan I*** Binti A**** No IC 97****-**-**** boleh buat report dengan IPK Johor. (Fuhhh jauh gais IPKnya). Nama saya xxxxx Bin Johari. No report xxxxxxx. Nanti Puan cakap dengan IPK sana Puan beritahu details ni.
****Hebat tuuuu siap tau IC saya bermula tahun 97. Bila pulak aku ni muda nau?. 😆

Saya : Kenapa report polis you pulak yang ajar macam mana nak buat? Bukan ke patut polis yang ajar?. Lagi satu memang hampeh ya....details semua you bagi ni memang tak betul....nama....nombor IC....alamat....I mana ada duduk Ulu Tiram. You scammer kan?. Lain kali kalau you nak scam....you scam dulu mak dan bapak you!!!. (Patut I sumpah je terus sebab call pulak hari jumaat). 

Scammer : (Entah apa dia bebel...saya letak telefon terus). 

Lepas tu muncul pulak nombor telefon bimbit yang lain....dengan nombor tu semua saya blocked terus. Derang ni memang licik....kang kuar pulak nombor yang lain. Entah berapa banyak nombor tak tahulah. Mungkin jugak IPK Johor pulak call saya....dia tau saya nak buat report kan....hmmmm....

Ini barulah bukan sebarang Tiram ya tapi Ulu Tiram. Entah area dia kat mana pun saya tak tahu....😅.

Sebelum tu ada satu company kononnya dari syarikat saham call saya selama seminggu berturut-turut. Saya letak lepas mereka perkenalkan diri....Entah hari last tu saya jeritkan....I am not interested. Saya ulang sebanyak 3x dan saya cakap Do you understand me?. Mereka kononnya suruh saya join group dalam whatsapp kemudian akan laburkan RM5,000 dalam akaun saham saya. Mereka akan ajar saham etc....fikir-fikir balik....nak masuk tandas pun kena bayar sekarang ni. Takkan senang-senang je nak masukkan duit. You tak kenal I pun. I pun tak kenal you. Mana datang senang-senang je nak laburkan duit?. 

Fikir dulu sebelum bagi apa-apa info kepada mereka ni. Dia akan cuba buat you panik. Bila you panik...you akan bagi semua details....akhirnya nanti kita terperangkap. Hubby pun kena tapi bungkusan mengandungi barang terlarang kat Pos Malaysia. Tak pasal-pasal nama Pos Malaysia pulak kena petik. Lagi satu kalau telefon formal dari Bank ke apa ke...selalunya melalui telefon pejabat. Apa hal pula guna telefon bimbit?? Telefon bimbit ni selalunya untuk personal call sahaja. 


***Scammer diwakili dengan warna merah sebagai red alert.




XOXO,
Ezna



 

10 ulasan:

  1. scary tul scammer ni kan.. kalau ayu memang malas nak layan..terus letak je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu memang letak MA. Kali ni nak berkongsi kat blog kita nak layan la.

      Padam
  2. Kalau terkena dekat geng warga emas yang tak tahu menahu pasal scammer ni, kesian oo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya takut mereka terus percaya je kan?. Geram je mereka ni. Kerja malas tapi nak dapat duit cara senang.

      Padam
  3. Macam- macam cara oarang nak menipu sekarang kan...bayangkan kalau mak ayah kat kampung yang kena...lagi kesian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya pulak tu mak ayah yang simpan duit sederap tu. Kena tipu...habis semua.....jahat scammer ni. Tak tau halal haram dah.

      Padam
  4. Sy jarang angkat call kalau no tak kenal. Tapi kalau dah terangkat tu mmg cepat2 letak. Malas nak layan huhu

    BalasPadam
  5. senang betul scammer nak hidup, skrg memang tak pernah angkat hp kalau tk der dlm list...

    BalasPadam
  6. Saya pernah kena...dia suruh g ambil parcel...dia kata parcel tu dalam simpanan diorg...hebat sungguh...padahal parcel tu dh sampai dekat tangan my husband...saya ckp tgk la dulu nnt saya ambil...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukan sebarang Tiram ya....

Credit : Google Baru-baru ni saya dapat satu panggilan dari kononnya Maybank HQ mengatakan akaun saya dijadikan akaun keldai dadah.  Kali ni...