Lepas pick up kat Watsons tu terus la ke IOI City Mall sebab.....
Nak ke sini. Tak payah bayar bila masuk ya. Free je. Ada juga kalau pergi pameran ni dikenakan bayaran masuk.

Booth Bagoos ni ternampak Yana Samsudin. Elok je pose for my phone camera. Manis je Yana ni. Yana ni kahwin dengan adik Farid Kamil jadinya Farid Kamil tu abang ipar la.
Ada tester susu oat perisa coklat yang kami rasa sedap la. Tak terus beli sebab nak pusing lagi kat sini.
Dok promote cendol dara durian.....
Tiba pula kat sini dan.....
Beli pizza sebab nak tutup dah. Habis pizza yang dijual hari ni. Tinggal 3 kotak ni ajer. Since dah lama tak makan pizza jadi kami beli. 3 kotak ni berharga RM20.
Perisa pizza ni ialah chicken salted egg.
Best kat pameran ni banyak sample minuman dan makanan boleh rasa ya. Air ni sedap juga tapi energy drink. Jangan minum dalam kuantiti yang banyak la. Tester pun cawan kecik je.
Harganya kalau berminat nak beli.
Mi jenama Jin....Jin mana pulak ni?
Haaa Jin yang ni Dania dan ummi memang kenal. Hehehe....Jin dari kumpulan BTS. Tak beli tapi Dania suka rasa tester Mi yang perisa ada cheese tu. Ada Halal Indonesia ya.
Rasa juga Danish Cookies ni.
Cantik betul diletakkan di dalam tin yang beraneka corak ni. Tin camni memang saya simpan la kan...lawa....
Bukan makanan orang je...makanan haiwan pun ada. Comel standee ni.
Hubby pantang tester....nak dirasa je...kat sini minum kopi kot.
Nak beli ke tak nak beli ke?. Beli pes ni kemudian boleh campur dengan ikan etc....jadilah masakannya.
Ramai orang kat sini. Standard la kalau weekend.
Cik B dan Dato' Vida. Siapa pernah rasa Salmon Skin ni?. Harga dia memang agak pricey juga. Ikan Salmon pun bukannya murah kan....
Kalau ada tester mesti ambik ni.....hehehe
Ini pula rendang daging.
Kat booth kami beli pizza tu dah duduk mengadap phone dah sebab laku keras. Hasil dagangan habis.
Dania ambik tester white chocolate. Bila bagi ummi rasa macam ada rasa wangi2 pulak dan ummi tak suka rasa tu.
Ni memang rasa juga.....kek lapis Sarawak.
Kat sini beli keropok lekor nipis tu. Bila tanya orang beli kat mana....dia kata kat tengah2 so kami mencari la kat tengah2 berpandukan bau keropok lekor. Hehe...Bila masuk tengah eh bau dah hilang maka...kami ke bahagian tengah yang lain pulak. Berpandukan bau je dah jumpa dah.
Mi kat booth mana ni tak ingat dah....Mi Jin kot...(Ada Mi jenama Jin kat atas).
Jenuh juga berjalan dari satu booth ke booth yang lain. Exercise juga la tapi poket pun exercise jugak. Hehe. Pembelian kat sini Pizza dan Keropok Lekor sahaja.
XOXO,
Ezna
rambangnya mata...macam-macam ada, cantiknya yana...sopan manis....
BalasPadamWahhh..Menarik betul event ni...Tapi x dpt pegi sbb xtau dari awal & lupa nk booking slot dgn Hata..Hahaha...=(...Kwn cosplay sy pun pegi sini sbb dia tggl dkt bangi je =)
BalasPadamMesti rambang mata tengok macam2 produk halal yg menarik kan hehe. Comel je Yana Samsudin posing buat lambang 'peace'
BalasPadamada ektra joss
BalasPadamminuman kesukaan saya banget
teringin nak makan jin ramen tu.. kot-kot boleh la jumpa Jin nanti kan? hehehe.. ^^
BalasPadamkak ana suka pii event Halal food ni sebab kenyang makan tester hehe, comelnya Yana :)
BalasPadamwahhh banyak nya makanan...rambang mata ni
BalasPadamKalau dekat dah lama pergi. Dah lama x pergi Halal Food Event macam ini.
BalasPadamhehe.. jauh betul cari keropok lekor.
BalasPadamBesar investment pengeluar mee Jin tu bila guna artis kpop.
Setakat ni tak jumpa lagi di pasaran. Mungkin sekarang mereka sedang road tour untuk kenalkan pada orang ramai.
best sbb byk food tasting tu. cutenya yana shamsudin
BalasPadam