Jumaat, Julai 18

Buah cempedak goreng

Cempedak goreng ni kalau nak beli memang mahal la kan....kadang RM2 dapat berapa biji je. Baru-baru ni ada beli buah cempedak kat Pasar Borong Selangor. Dah masak elok dah buahnya. Manis betul. 


Bancuhan tepungnya dah ngam. Saya letak sikit serbuk kunyit sebab nak bagi warna sikit pada bancuhan ni. Idak la warna dia pucat sangat. Dalam gambar nampak pucat tapi sebenarnya dah ada warna kuning sikit. 


Cempedak dimasukkan dalam bancuhan. 


Setelah selesai digoreng. Alhamdulilah....puas makan. Dania memang tak makan cempedak. Nangka pun tak makan. 


Kalau beli kat luar siap goreng cempedak ni....sebanyak ini mahal. Jadi....kita masak sendirilah lagi berbaloi. 

Ada yang suka cempedak goreng?



***Hari ni Dania nak menghadapi Final Exam Bahasa Korea. Dania kata dah prepare Insya-Allah tetapi badan agak panas rasa nak demam jadi siap makan panadol dan tidur pun awal semalam. Moga Dania boleh menjawab paper Bahasa Korea dengan tenang dan dapat markah yang cemerlang. 





XOXO,
Ezna

 

7 ulasan:

  1. Saya suka betull ni Kak Ezna...
    Tengoklah kalau jumpa, nak goreng sendiri..

    BalasPadam
  2. Aduhai...Terliur betul sy tgk...Mmg kena cari la nnt =D

    BalasPadam
  3. Betul tu, berbaloi lagi beli buahnya dah buat sendiri. Ada juga yang jual RM2 sebiji. Lagi haruuu...
    Semoga Dania dapat jawab exam dengan tenang dan lancar. Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  4. puas hati kak kalau masak sendiri...kalau beli mahal dan tak puas

    BalasPadam
  5. sedap kak..berbaloi goreng sendiri puas makan..
    moga Dania cepat sihat,dapat jawab exam dengan baik

    BalasPadam
  6. Maunya tak suka hehe.... Betul kalau yg dah siap goreng tu mahal, makan pun tak puas.

    BalasPadam
  7. All the best utk Dania.

    #tak sempat wish, tertekan publish 🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buah cempedak goreng

Cempedak goreng ni kalau nak beli memang mahal la kan....kadang RM2 dapat berapa biji je. Baru-baru ni ada beli buah cempedak kat Pasar Boro...