Jumaat, Julai 25

Makan apa di Secret Recipe?

Jadi, lepas ambik Dania kat Fakulti....kami menuju ke IOI City Mall. Kereta agak banyak kat jalan. Nasib baik kat IOI City Mall senang je dapat parking sebab hari biasa agaknya. 

Kami terus ke Secret Recipe dan apa yang menarik di sana?. Haaa bawah ni....

Credit : Google

Kami order dari menu ni. Ingat nak nasi goreng tapi eh takde pulak so order yang lain. 


Lunch set ni termasuk air sekali. Dania ice lemon tea saya pula ice plum lime juice. Ingat plum apa rupanya asam tu. 😅. Didatangkan dengan keropok ikan sebagai complimentary sementara menunggu order kita sampai. 


Tudia 3 kek sekali datang. Of course 2 kek kita tapau je la. Ada blueberry cheese, chocolate banana dan red velvet. Setiap satu pinggan diletakkan kata-kata. Happy, Enjoy & Smile. Cantik tulisannya. 


Masa kami makan, ada yang menyambut hari jadinya jadi terjebak bertepuk dan menyanyi sekali la. Hehe


Makan blueberyy cheese kat sini. Slice dia kecik berbanding kek yang lain. 


Dania order Mac & Cheese. Boleh rasa susunya dan memang creamy. 


Saya pula spaghetti meatballs tapi kan meatballs ni rasanya macam bergedil kentang je...tapi sedap la. Tak rasa meatballs macam kat Ikea tu. 


Kat kaunter memang ada lilin, bunga api letak atas kek tu kalau nak sambut hari jadi kat SR ni. 


Tak terus balik tapi jalan-jalan lagi la kat sini. 




XOXO,
Ezna

 

7 ulasan:

  1. waaahh.. sempat grab promo SR ni ye.. ^^

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..linda pun tapau kek tu juga semalam

    BalasPadam
  3. Semalam terlambat tengok emel dari SR bagitau promo ni. Baca emel dah 5 lebih. Takde rezeki.

    BalasPadam
  4. Awalnya SR bagi hadiah, tak tunggu 15 Sept nanti ... Tapi rasanya nanti mesti ramai juga brands akan follow SR ni bg special promo kan

    BalasPadam
  5. dah lama jugak i tak singgah mkn2 kat SR ni..ada jugak ari tu craving carrot cake tp lom sempat singgah lagi

    BalasPadam
  6. waaa murah 3kek rm29....lama betul tak makan dekat SR

    BalasPadam
  7. Tiga-tiga jenis kek tu memang saya suka! Tapi memang kena tapaulah kan, tak habis nak makan semua.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Seterusnya ke mana kita?...

Jalan-jalan la dulu di IOI City Mall sebelum kita balik ya....Tahukah anda kat Famous Amos Cookies ada Cookies perisa Nasi Lemak. Cookies pu...