Jumaat, Julai 4

Makanan Korea, Me Time dan kerja part time

Saya dan Dania ke IOI City Mall untuk makan tengahari. Yayyy tengahari ni kita makan kat luar je la jadinya kami ke Dubuyo. Lama tak makan kat sini. 


Ni kiranya light meal tapi sebenarnya mengenyangkan je. Tteokbokki ni agak lembik pulak. Mungkin dimasak terlalu lama. Air pula saya order peach tea. 


Dania pula nak makan yang ini. Soondubu Jigae Chicken. Air pun sama juga peach tea. Makan kenyang-kenyang. 


Nampak macam kosong je tapi sebenarnya ada je orang. 


Lepas tu saya ke Thai Odyssey untuk buat massage. Dania pula akan berjalan la sekitar IOI City Mall tu. Bila saya dah habis Dania akan datang semula. Dah 2 bulan tak gi Thai Odyssey ni. Last pergi masa Mei 2025. 

Ni kena pilih minyak aromaterapi mana yang kita nak. Ikutkan semua bau dia kuat walaupun nama Rose tapi kuat baunya dan tak tahu la campuran bau apa lagi. Saya selalunya pilih Calm iaitu bauan Lavender. Errr kuat jugak baunya cuma saya boleh tolerate bau dia. 😅

Badan tukang urut terapis tu kecik je tapi kekuatan dia fuhhh terasa bila mengurut tu. Alhamdulilah untuk Me Time ini. 


Lepas tu ada singgah la satu kedai ni. Dania dok beli je barang kat kedai ni....jom la kita kerja masa cuti lepas Final Exam. Itu pun kalau ada rezeki. Dah isi borang dah la. Masa ni just isi je borang tapi resume tak bawa. Takpe esoknya nanti kita bawa sebab dekat je pun. 

Kemudian, saje jalan-jalan sehingga ke GSC ni haaaa....ada tayangan Smurf nanti di pawagam tak lama lagi. Ambik gambar Dania kat sini sebab comel betul Smurf tu. Kanan Smurfette dan kiri Vanity Smurf. Kecik-kecik dulu saya memang menonton kartun Smurf ni. 


Takde la berlama-lama kat sini. Dania ajak tengok movie F1 Brad Pitt yang jadi pelakon utama tapi saya macam hemmm macam tak minat je citer gitu. 😅. Nak tengok Toothless tu pun ada tayangan jam 10.30 malam. No thank you je lah. 




XOXO,
Ezna




 

9 ulasan:

  1. Spend quality time..eh..dah habis final exam ye...kalau cuti lama memang la kena kerja..buat tambah- tambah duit belanja kan...

    BalasPadam
  2. Yaaayyy.. tak sabarnya tunggu tayangan Smurfs tuuu. Sy pun lama sangat dah tak makan kat Dubuyo, suka TTeokpokki.

    BalasPadam
  3. tk pernh try dubuyo...sbb kalo menu korea ni lebih suka yg jenis ada chicken fried mcm kfry tu

    BalasPadam
  4. Best spent time sama2 tu🤩😍❤️

    BalasPadam
  5. F1 movie tu utk boys kot.my zharfan beria nak gi tgk dgn kawan2 dia

    BalasPadam
  6. Tteokbokki is kids fevret...Sy suka Soondubu Jigae beef..Aduhai..Terus terliur tgk =D

    BalasPadam
  7. makanan korea pernah makan pun Samyang Instant Noodle tu je hahaha

    BalasPadam
  8. Pernah sekali ke dubuyo ini tapi hahaha.. tekak tak leh terima huhu.. so after that wife dgn anak2 jer la yg ke dubuyo ni..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Makanan Korea, Me Time dan kerja part time

Saya dan Dania ke IOI City Mall untuk makan tengahari. Yayyy tengahari ni kita makan kat luar je la jadinya kami ke Dubuyo. Lama tak makan k...