Rabu, Julai 16

Siput retak seribu dan pisang susu akhirnya jadi .......

Siput retak seribu atau lala yang dibeli kat Pasar Borong Selangor dah selamat dijadikan lauk. Mulanya ambik 1/2 ajer nak masak kemudian tengok macam tak cukup je. Terus habiskan semua. Lala ni pun dah lama tak masak juga. 


Resipi Siput Retak Seribu bercili

Lala / Siput retak seribu (panggilan orang Utara)
Serai diketuk (Saya masukkan dua) 
Cili Api dipotong halus
Cili Merah dipotong halus
Halia dipotong halus
Bawang besar dipotong halus
Bawang putih dipotong halus
Pes cili
Sos cili
Sos tiram
Garam secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan

Cara-cara :

Lala direbus sehingga terbuka lala tu kemudian ketepikan. Tumis cili api, cili merah, halia, bawang besar dan bawang putih yang dihiris halus dan pes cili sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan serai yang diketuk kemudian sos cili dan sos tiram juga garam secukup rasa. Masak sehingga agak kering / kalau nak berkuah...berkuah la dia...ikut citarasa masing-masing. Last sekali masukkan lala. Kacau sebati. Siap untuk dihidangkan. 

______________________________________________________________________


Kemudian....ada buat cekodok pisang jugak. Resipi mungkin berlainan sikit. 

Bahan-bahan :

Pisang susu (kebetulan saya beli pisang susu ni. Sedap juga buat cekodok)
Tepung gandum
Tepung jagung sedikit
Garam secukup rasa
Gula sedikit
Sebiji telur ayam
Sedikit marjerin

Caranya : 

Pisang dibuang kulit kemudian dilenyek halus. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang diayak sebab kita nak tekstur tepung yang halus. Garam secukup rasa kemudian pecahkan sebiji telur dan letak sedikit marjerin / mentega dalam adunan. Kacau la semuanya sehingga sebati. Biarkan adunan tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. Kalau likat boleh juga masukkan air sedikit. Kemudian bolehlah digoreng. 

Sedap pisang susu dijadikan cekodok. Cari pisang emas, tak masak lagi la pulak...nak kena tunggu. Tu yang beli pisang susu. Lemak manis rasanya. 


Adunan cekodok pisang masih ada lagi setengah jadi kita akan buat cekodok untuk hari kedua berturut-turut. Penangan dah lama tak makan cekodok. 




XOXO,
Ezna
 

9 ulasan:

  1. Tengok rupa cekodok pisang tu dah tahu mesti sedap.

    Lala tu sebungkus tak banyak pun sebab isinya kiut².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mulanya nak buat sikit je, tapi eh macam sikit pulak. Buatlah semuanya.

      Padam
  2. masak lala tu sama dgn masak kerang ke kakEzna? kena rebus dulu ya?

    BalasPadam
  3. sedapnyaaa cekodok pisang... mkn panas2 lg ummphhhh

    BalasPadam
  4. Lama dh x makan lala...sebab bukan penggemar seafood..

    BalasPadam
  5. Fav kalau pisang goreng nih Kak Ezna..yang Kak Ezna buat ni pun sedapnyaaa

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, sedap2 belaka ni ezz :) syukur i baca entries ni lps dh siap mkn lunch heheh if not sure terliurrrr

    BalasPadam
  7. dua-dua menu sedap ....lama tak makan lala & cekodok.. ..

    BalasPadam
  8. Tudiaaaaa ...kasi layan berturut turut

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siput retak seribu dan pisang susu akhirnya jadi .......

Siput retak seribu atau lala yang dibeli kat Pasar Borong Selangor dah selamat dijadikan lauk. Mulanya ambik 1/2 ajer nak masak kemudian ten...