Ni lah angkara Yen penjual cendol tu. Siapa Yen ni?. Masa bukak TV nak dengar pengumuman PMX tu ada iklan pasal rakyat Malaysia berbilang kaum dan pekerjaan. Dania ternampak Yen penjual cendol. Terus Dania cakap ummi kita gi makan cendol. 😅
Siapa lagi yang tengok pengumuman PMX ni?. Paling saya berterima kasih ialah pemberian one-off menerusi MYKad untuk pembelian barangan asas di 4,100 kedai. Hanya berumur 18 tahun ke atas sahaja yang dapat. Ada lagi la ucapan PMX. Saya takde la letak sini sebab nak citer cendol je sebenarnya 😁
Credit : Google
Kat sinilah kami makan ni. Lepas Zohor gerak ke sini. Nampak beberapa pelajar sekolah menengah jugak yang memakai baju kokurikulum kadet polis. 2-3 jugak yang menaiki motor tapi....tak memakai topi keledar. Bahaya kan?. Sebabnya baru-baru ni ada kemalangan dan pelajar perempuan tu tidak memakai topi keledar. Kejadian kemalangan tu tak jauh pun dari sini.
Ummi dan anaknya. Makan di bawah pokok ni redup la.
Cendol pulut dan laksa. Haaa puas hati Dania dapat makan cendol?.
Kita turutkan ajer....tengahari ni makan cendol dan laksa je lah.
Kita tengok nanti pelaksanaan pemberian one-off RM100 tu macam mana. Mungkin kedai terpilih ajer kan...boleh la buat beli beras, minyak dan barangan asas yang lain. Terima kasih YAB Perdana Menteri Malaysia!
XOXO,
Ezna
One off tu sekali tu je la dapat erk..macam dengar start August sampai december...boleh la buat beli barang asas...
BalasPadamYa sekali dapat SA. At least barang asas dah boleh cover RM100 dah.
Padamsedapnya makan cendol panas-panas lit lit ni.... 😻😻
BalasPadamMemang ya pun...ni sume Yen punya pasal....eh eh...tak la sebab ternampak Yen Penjual Cendol.
PadamRM100tu dpt utk setiap orang kan? Kalau satu rumah ada 4 orang dapat RM400 gitu. Okayla boleh cover duit beli brg dapur
BalasPadamYa dia bukan ikut satu rumah. Dia ikut individu jadi kalau berumur 18 tahun dan ke atas tu dapat la. Mengikut pemahaman akak la. Cara pelaksanaan tak sure juga. Kita tunggu announcement yg tu pulak.
Padam