Hari ni dijadualkan interview di Parkson. Pukul 3 patut berada kat sini tapi saya dan Dania bertolak awal dari rumah. Tiba dalam 2.40 petang. Kena ke kaunter nak jumpa rakan sekerja full time tu Nik namanya.
Tengok cermin dulu elok ke tak make up tipis tu.
Jam 3.20 petang baru kena panggil ke office nak jumpa HR. Dania kena escort la dengan staff full time Uniknya...Nik baru perasan yang tarikh lahirnya dengan Dania sama iaitu 7 November. Eh eh ni memang kebetulan. Beza umur Dania dan Nik ni 3 tahun. Kiranya Nik tua 3 tahun pada Dania. Masa ni Nik dah bagi la Dania surat dapat kerja tu. Kena compile sekali nak jumpa HR pulak.
Sementara itu saya berjalan-jalan la kat sini.....jap tengok baju lelaki, jap tengok baju perempuan....siap berborak dengan staff part time lagi. Dia student Matrikulasi Perak. Kerja 2 bulan sebelum nak tunggu panggilan UPU Ijazah. Top 3 mintak UKM, UPM dan UUM untuk Perakaunan. Hehe tengok la ummi sampai interview orang pulak. Gambar takde la tapi handsome budaknya.
Lalu kat sini....eh macam kenal....ritu staff ni kat IOI City Mall. Punya peramah suruh tengok2 kat J&Co sana. Hari ni kat Alamanda pulak. Pun peramah suruh tengok2 baju J&Co kat sini. Bukan donut JCO ya. Terconfuse saya juga ritu.
Dania habis interview jam 4.45 petang. Fuhhhh nasib baik ummi tunggu dalam tempat aircond jadi nyaman je la. Rupanya banyak tanya course apa, kerja kat mana dulu?, umur berapa? Adik beradik berapa orang?...bila Dania kata anak tunggal dia pun tanya ok ke anak tunggal?. Dia risau sebab dia pun ada seorang anak juga. Kos kan makin tinggi...briefing tentang tatacara nak menghantar barang yang customer nak beli ke cashier. Pagi2 ada briefing staff. Kat mana staff nak masuk, nak kena bayar RM5 untuk pas kerja dah kena bayar kat kaunter tingkat lain pulak. Hmmmm...patut la lama...terasa ummi tunggu macam interview nak masuk kerja tetap je walaupun hakikatnya Part Time je... 😅. Malam ni tunggu rakan sekerja whatsapp bagitahu jadual kerja.
Ikutkan hari tu kalau berdasarkan dah isi borang kerja pada 25 Julai 2025 tu memang dah dapat la kerja tapi formalitinya kena interview dengan Parkson jugak. Kalau F.O.S. dulu interview terus dengan F.O.S. je. Parkson ni caranya gini pulak. Kerja mana-mana pun kena ikut la prosedurnya.
Lepas tu singgah jap minum kat Food Court ni sebelum balik. Moga yang baik-baik ajer untuk Dania.
XOXO,
Ezna
Moga dimudahkan urusan Dania sepanjang kerja nanti
BalasPadamAamiin. Terima kasih di atas doanya.
PadamDah dapat la ye kerja tu. Alhamdulillah boleh la cari pengalaman.
BalasPadamAlhamdulilah dah dapat dah. Esok mula kerja.
PadamSsteady Dania!
BalasPadamHarap2 steady la ya...hehe....cuak yang lebih tu.
PadamByk pengalaman dania attend interview etc so akan sgt berguna utk keje lps grad nanti
BalasPadamAlhamdullillah..semoga yang baik-baik sahaja untuk Dania..
BalasPadamLepas ni dapat kawan baru di environment baru...
Parkson memang sedikit Strict...apapun tahniah Dania dah dapat kerja sementara, nanti 9hb My Dania dah start semester break 10hari, dia sambung part time kat bakery yang dia kerja baru2 ni...
BalasPadamAlhamdulillah dah dapat...buat yang terbaik
BalasPadamalhamdulillah..kerja elok2 key. moga yg baik2 buat dania.
BalasPadam