Selasa, Julai 29

Sila datang untuk isi borang ya.....

Dania dapat whatsapp untuk datang mengisi borang Part Time. Katanya kalau tak dapat datang pagi, boleh terus datang petang sebab kalau datang tengahari memang packed. Tak nak bersesak datang pagi je la. Settle siap2 kan....timing pun elok je sehari selepas Dania habis exam. Memang Dania free pun ya jugak. Ummi la rasa macam dalam mimpi je sebab cepat sangat sebenarnya. 

Ni Dania tengah mengisi borang la ni. 


Dania dah pernah ada pengalaman kerja jadi tanya la job scope kat sini. Rupanya kena interview pula dengan HR Parkson. Katanya memang confirm dapat cumanya ni untuk formality. Mungkin untuk briefing cara kerja atau do and don't. Sebenarnya kerja kat sini tenang sebabnya dalam seminggu hanya 2 hari je kena kerja 8 jam, hari lain 4 jam ajer masa kerjanya. Saya rasa lebih fleksibel la sebab tak lama sangat berbanding kerja sebelum ni kat F.O.S. Timing ada 3.....10 pagi - 6 petang (Morning), 2 petang - 10.00 malam (Noon) atau 10 pagi - 10 malam (Full). Ikut jadual kena masuk jam berapa. 


So nak print gambar kami ke booth kecik kat sini Memang ada dalam simpanan email. Kena ada gambar saiz passport sekeping untuk pas pekerja nanti. Siap2 la sediakan. Tak boleh print 1 je, Ada variasi 4 keping atau 8 keping. Pilih yang 4 keping je la. Tu pun harga RM23. Kalau 8 keping berharga RM28. 


Dalam pada tu kita bergambar kat kawasan buluh ni. Lawa dan redup je kat sini. 


Cantik la pohon buluh berdaun nipis ni. Buluh Jepun ke namanya?....ada juga pohon buluh jenis besar2 juga. 


Moga dipermudah perjalanan kerja Part Time Dania ni. Banyak masa juga untuk berehat selain bekerja. Alhamdulilah untuk peluang ini sebab semester ini rasanya nak mencari kerja jenuh juga. Krik...krik....je yang banyaknya. 

Tengok la kena datang bila untuk interview ni. Kena bawa duit RM5, gambar pasport sekeping untuk buat pas pekerja, borang kerja siap isi, salinan I/C. Nanti kena buat thumbprint lagi. Fuhh panjang berjela juga staff tu ingatkan Dania kat whatsapp. Kitanya dah siapkan semua dokumen dan gambar yang diminta awal2 jadi tak kalut la. Dah prepare masukkan dalam file plastik supaya semua lengkap. Tak nak ada yang tertinggal.




XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah dapat jugak Dania kerja, awal dapatnya..my Dania hari tu dah sebulan baru kerja..next time kena cari awal2 la senang, habis je exam dah boleh masuk kerja..bukan apa pun dari duduk rumah tido je elok kerja, dapat gak duit poket..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Semoga semuanya senang je spnjng Dania keje dkt sana...Sy pernah jadi cashier parkson..Seronok sbb every 3 months kita akan dpt komisen...Dulu2 stp sale RM1k, staff akan dpt komisen 60sen..Sale sehari kalau dkt bhgn cosmetic paling best sbb bleh cecah 10k++/day...Means every 3 mths dpt almost RM400 ikut department mana yg dia jadi cashier stp hari bekerja.

    BalasPadam
  3. tenang sikit kerja nie, takde lah pack sangat jadualnya...good luck Dania

    BalasPadam
  4. Selamat menempuh alam pekerjaan Dania, all the best.

    BalasPadam
  5. best tu seminggu 2 x je kerja...
    all the best dania!

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah Dania dapat kerja yang waktu kerjanya tak berapa nak panjang...
    Semoga yang baik-baik sahaja untuk Dania, Aamiin...

    BalasPadam
  7. Alhamdullilah, pengalaman kerja itu yang mahal. Moga dipermudahkan untuk Dania 💝💝

    BalasPadam
  8. all the best Dania, cari pengalaman kat sini pula kay :)

    BalasPadam
  9. all the best dania...keje part time sbb dh ada pengalaman keje lg bgs...cantik view pohon buloh tu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Potong pokok dan brisk walk

Nampak cuaca kat luar dah nampak ada improvement sikit berbanding sebelumnya. Ni hubby memotong dahan pokok yang masuk ke rumah jiran. Sampa...