Hari ahad baru-baru ni pula ada jemputan kariah surau pula untuk majlis perkahwinan anaknya. Majlis diadakan di Bangi Convention Center. Ada 2 Convention Center seakan sama namanya. Lagi satu Bangi Avenue Convention Center.
Masuk je Dania terus beratur kat sini. Apa lagi....ice cream la.
Lauk pauk yang saya ambil ialah ayam goreng berempah dan cendawan hitam masak lemak, jelatah dan papadom.
Dewan yang luas.
Ada kuih muih juga. Ni share je ni. Saya cuma makan kuih cucur badak tu separuh je. Share dengan hubby. selebihnya hubby la yang makan.
Dania beratur kat...apam balik la pulak.
Barisannya boleh tahan la.
Dah habis makan dah...cuma tunggu Dania bawak apam balik je.
Apam balik ni nipis je....memang nipis dari yang selalu saya pernah makan.
Nak balik dah ni....hubby jumpa jemaah surau pulak.
Dania bergambar dengan Tuan Rumah iaitu Kak Nisah. Tahniah Kak Nisah dah dapat menantu. Teringat masa solat terawih sebelah Kak Nisah....tanya punya tanya Kak Nisah ni duduk kawasan tanah lot kat atas bukit. Saya kata bestnya tinggal sana....kemudian Kak Nisah cakap dengan nada bersungguh. You nak beli ke rumah sebelah I....dia nak jual dalam 1 juta....Erkkkkk....1 juta? (Ni dalam hati je ni). Sengih je la saya 😅. Kalau 1 juta bagi saya baik la saya beli benda lain dari beli rumah....itu saya ya....sebab setiap orang keperluan dan kehendaknya berbeza.
Gambar pengantin saya tak ambik sebab pengantinnya kat depan sangat. Kami duduk paling menghadap jalan nak keluar dewan.
Kalau ada 1 juta agak2 apa yang anda semua nak buat?.
XOXO,
Ezna
Kalau dapat 1 juta, bayar hutang, pi mekah, pi travel..selebihnya simpan..bestnya makan kenduri
BalasPadamTahniah dan selamat Pengantin Baru utk kedua mempelai 🌹
BalasPadamSy suka apam balik yg tebal². Kalau nipis tu kadang tak berasa jagungnya, kacangnya...
selalunya kalau kenduri ada apam balik crispy mcm ni memang kena beratur panjang..
BalasPadamSedap apam balik nipis-nipis ranggup.Tahniah buat pengantin baru.
BalasPadamKalau sejuta baik kita round the world, pergi mekah, tolong orang, kucing hehehhe Nak beli rumah baru bila dah masuk angka tua ni, macam tak berbaloi, rumah besar-besar nak menten nak ngemas 😅😅
1 juta..nak travel🤭😁 apam balik tu nmpk nipis sungguh
BalasPadam1 juta tu besar maknanya bagi saya...untuk beli sebuah rumah dengan nilai tu hai...telan ayaq lioq ja la...
BalasPadamKalau ada 1 juta, Setel hutang piutang dulu, pergi Mekah (kalau boleh bawak 1 family, semua Linda bawa).. ada balance baru fikir lain..
BalasPadamHahahahah 1 juta rupiah boleh laah 🤣🤣🤣. Ini macam teman saya, tinggal di apartemen mewah. Trus pas kami ketemuan, dia tawarkan unit yg dekat dengan unit dia. Harganya 1 milyar rupiah saja. SAJAAAAAA katanya. 🤣🤣.
BalasPadamMacam duit hanya petik dari pohon 😅
Tapi kalo ada uang RM1juta , sudah pasti saya akan letak investasi obligasi, lalu sedikit di saham, dan sebagian utk saya tanam di bisnis peternakan ayam papa saya 😄. Dari return perbulan obligasi saja saya dah bisa tak perlu kerja 😁.
BalasPadam