Tahu kewujudannya selepas try Thai Milk Bun yang adik bagi dulu ni. Bila dah habis try la google Thai Milk Bun dan keluar pula Dunya Dessert. Terletak kat Bangi Getaway. Lepas Dania settle exam Bahasa Korea, kami ke sini.
Ada macam2 la kat rak ni.
Bila close up....paru pun boleh dibuat snek. Ada paru cheese jugak ha...
Ni pula Kunafa yang Ojen buat tu...Kunafa Aiwahhh. Bila pegang Kunafa yang madu tu harganya RM60. Fuhhhh....
Tengok ya kat dalam peti ada apa....
Ada je pengunjung kat sini.
Comelnya Bunny Jelly ni.
Mochi Durian? Wahhh....
Durian Crepe pun ada.
Mangga Jeruk Papa la...pun ada...
Pani Puri...
Dania dah jumpa Tiramisu dia dan ada pegang 2 Thai Milk Bun. Satu perisa strawberry dan lagi satu butter. Memang datang all the way dari Thailand. Jadinya stok kalau habis kena tunggu next shipment dari Thailand.
Kuih muih pun ada. Garlic bread dengan mushroom soup pun ada.
Sandwich Wan Paku.
Cake In Bowl ada ni.
Ni bila tengah beratur nak bayar.
Eh kat sini bukan hanya dessert ya....macam2 pulak ada. Kedainya takde lah besar sangat. Betul-betul kat bawah Apartment di Bangi Getaway ni yang mengadap Garden Homes. Orang tinggal kat Garden Homes ni boleh jalan kaki ajer ke sini.
Lepas tu balik rumah la sebab Dania pun nak berehat selepas exam. Lepas exam selalunya kita akan rasa mengantuk agaknya dah guna fungsi otak tu la kan...
XOXO,
Ezna
Wahhh..Menarik betul ni sis..Kalau gi Kajang nnt bleh la sy ajak Hata singgah sekejab..Tgk paru tu...terigt masa keje dkt menara citibank dulu..Akak cafe tu goreng crispy paru tu dgn tepung al-ala KFC...Sedap giler =D
BalasPadambyk betul pilihan mknn esp dessert kat sini! besh if memang nak beli/cari apa2 dessert yg diidamkan
BalasPadamBestnya... mcm² jenis desert ada kat situ... snek paru tu paling rare sbb x jumpa lg kt sini
BalasPadamMacam2 ada ye...
BalasPadamBeli tak mochi durian tu Ezna? Nampak mengancam :)
banyak makanan yang ada...
BalasPadambaru sempat nak singgah sini, bz betul dengan urusan dunia 2,3 hari nie
rambang mata...semua mengiurkan...
BalasPadamah..segala mcm ada jual kat situ yer..menggoda sungguh
BalasPadam