Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, April 12

Resipi keropok lekor simple

Penangan PKP yang agak lama. Mulalah teringin nak makan itulah inilah kan?. Ke saya je? 😅😅😅. Dah beberapa hari tanya suami ada tak keropok keping kat kedai yang suami pergi?. Hampa....tak ada. Mana pulak nak carinya keropok time PKP ni?. Akhirnya saya berkobar-kobar nak buat keropok lekor from scratch. Ok apa bahan-bahannya? 

1. Ikan. Diasingkan isi dengan tulang. Kita nak isi je. Ikan apa-apa yang ada je. Saya guna ikan selar size sederhana 11 ekor. 
2. Tepung ubi 1 cawan
3. Tepung gandum 1/2 cawan
4. Soda bikarbonat sedikit
5. Garam secukup rasa




Cara-cara : 

1. Isi ikan yang telah diasingkan tu masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga hancur. Gunakan sedikit air je ye....air tu tak nak banyak sangat. 


Ni rupa isi ikan yang telah dikisar.  


2. Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan dikacau rata. 

 

3. Masukkan juga tepung gandum, garam secukup rasa dan soda bikarbonat sehingga adunan ini tidak lagi melekat kat tangan. 


4. Taburkan tepung atas tempat untuk anda membentuk keropok lekor kemudian mulalah membentuk memanjang.


Ni lah rupa setelah siap.


5. Rebuskan di dalam air sehingga keropok lekor timbul. Dah timbul angkat dan toskan air. 


Ini rupa setelah direbus. 


6. Kalau suka rebus, sampai step no. 5 je la. Kalau tak suka keropok yang direbus...potongkan serong macam ni kemudian digoreng. Dah siap. Boleh la makan dengan sos cili. 


Keropok lekor ni rangup di luar tapi lembut di dalam. 


Haaa boleh la anda semua cuba. Harap-harap jangan la lepas ni teringin nak makan yang pelik-pelik pulak. Dania dah teringin nak makan pisang goreng tu. Esok la goreng pisang pulak. 

14 comments:

  1. musim PKP ni mcm2 resepi baru blajar...mudah juga nmpknye nk wat kopok lekor tu ye..tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Resepi glemer masa PKP
    kepok lekor dan donat
    Semua pakat buat. Hihihi. Sy ni stok kepok frozen selalu ada dlm fridge tp puas hati juga kan makan hasil tgn sendiri

    ReplyDelete
  3. Ada nmpk kwn post buat homemade kopok lekor. Thnk sb bg resepi bolehla Bella buat sendiri. Bella memamg gila kopok lekor. Setiap minggu mesti beli kat pasar Taman Tun.

    ReplyDelete
  4. sedapnya, buat sendiri lagi la sedap boleh letak ikan banyak kan. terima kasih bagi resepi

    ReplyDelete
  5. Suami Sis kan selalu mancing dapat ikan, Mak selalu cakap cubalah buat kopok lekur, tapi entah belum ada nak rasa buat, tapi bila nengok resepi ni, nanti nak cubalah...fikir macam susah, tapi macam senang je tu...

    ReplyDelete
  6. Yum!!!!!!! Ini bagus nie utk binge watching Netflix. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  7. Oh sng jer buat keropok lekor nti nak cuba buat sendiri

    ReplyDelete
  8. Fuhh sedapnya.. Sikit je pun bahan2 nya ek.. Boleh la nnt cuba buat kat umah. Thanks sharing

    ReplyDelete
  9. PKP ni memnag macam-macam idea nak masak kan..Wah jadi la tengoknya..sedap pulak tengok keropok lekor ni..ni makansambil tengok tv sedap ni

    ReplyDelete
  10. Alamak sedapnya, nampak macam senang jer nak buat... Kalau terajin nanti bolehlah cuba resepi nih!

    ReplyDelete
  11. Tudiaaaa..
    Penangan PKP, siap boleh buat kopok leko tu. Hehehhe..
    Sedap kopok leko ni kan.
    Makan santai santai..
    Ehhh rasa nak goreng stok kopok lekor dalam peti tu haaa penangan tengok post ni. Hihi

    ReplyDelete
  12. ya Allah, sedap nyer. rangup di luar tu!!!
    kudapan terbaik ni, ezna. aida tak pernah cuba buat lagi.
    ikan selar ekkk. ok ok. senang skit sebab time pkp ni susah nak beli brg basah.
    once a week aida kluar :)
    mudah juga caranya kan.

    ReplyDelete
  13. Wow ni memang terror la, sebab lama sgt PKP sampai kopok lekor pun dah boleh buat sendiri... Lps hbs PKP xlaku lah tauke kopok lekor :p hehe

    ReplyDelete
  14. terliur tengok! dah lama cari resepi keropok lekor ni, yang ini paling mudah nak ikut dan sedang disediakan. boleh buat aktiviti time pkp ni

    ReplyDelete