Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Sunday, April 26

Hikmahnya Perintah Kawalan Pergerakan

Hikmahnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kalau duduk rumah ni ialah kita akan sentiasa bersama di rumah. Nak wujudkan kemesraan ni kena sama-sama tolong menolong dalam bab memasak. Haa masa ni nak asingkan kepala ikan bilis. Nak dijadikan cerita hubby masa nak beli, cari ikan bilis yang dah siap asing kepala takde pulak. Dengar cerita ada yang susah nak jumpa ikan bilis kan masa PKP ni?. Hubby terjumpa yang ni je sebab tu kalau nak masak kena asingkan kepala dia tu. Leceh sikit la. Mulanya saya dan Dania ajer yang asingkan kepala ikan bilis ni tapi since nak cepat masak, saya minta tolong hubby sekali. Haaa siap la dengan cepatnya. Tangan warna-warni tu nak cover tangan saya dan Dania. 😊😊😊. Tak cover tu tangan hubby la tu. 


Kalau Dania takde kelas, saya akan minta tolong Dania potong bahan-bahan masakan seperti kobis ni. Tak pun part menumbuk pun Dania yang buat. Dulu masa kecik2 saya la kena tumbuk bahan-bahan tu. Paling tak suka kalau saya kena tumbuk kelapa yang disangai sampai dia jadi kerisik. Sakit tangan oh menumbuk tu....tapi pengalaman yang tu lah mengajar saya reti sikit-sikit kat dapur. Harapan saya Dania pun macam tu jugalah. Nak kena belajar dari sinilah kan....


Selain daripada itu, rajin pulak nak mencuba resipi baru. Entahlah sebab apa. Sebelum ni takdelah beriya nak mencuba resipi yang baru ni. Benda yang tak pernah masak, dah boleh masak sekarang ni. Err seperti keropok lekor. Hehehe....

Since Dania ni sekarang ni pengguna tegar pc dan laptop ummi (ada kelas online sekolah dan pusat tuition) jadi bila ada apa2 error ke boleh la ayah dia tolong since ayah dia work from home kan?. If not kalau ayah dia pergi kerja, idak la ummi tahu nak buat apa bab pc ke laptop ke. Jadi boleh tolong solve kan error kat pc dan laptop tu on the spot lah. 

Malam pulak selalunya kami akan menonton movie kat Netflix tu. Dania selalunya tidur awal sikit. Saya dan hubby lah yang menonton sampai habis. Kalau sebelum ni sibuk bekerja...takdelah nak menonton macam ni kan sebab hubby pun tidur awal sikit la. Mengeratkan ikatan suami isteri giteww....

Lagi satu kan...kita jadi semakin pembersih semenjak PKP ni. Bukanlah sebelum ni tak bersih tapi kita jadi semakin menitikberatkan kebersihan. Selepas balik membeli barang kat luar, kita akan membersihkan tangan dengan hand sanitizer, balik rumah terus basuh baju yang dipakai tadi dan mandi. 

Sekarang ni juga saya makin rajin menonton berita atau jika ada perutusan dari Perdana Menteri. Kalau tak sebelum ni mana la menonton TV kecuali movie ke kan?. Bagus juga at least dapat mengetahui juga info yang penting. Haaa you alls rajin ke tunggu perutusan Perdana Menteri tu. 

Bila dah kebanyakkan pejabat tutup, kilang-kilang tutup, pencemaran udara seperti asap yang dilepaskan dari kilang-kilang juga berkurangan selain itu, sisa toksik yang dilepaskan ke sungai dari kilang pun berkurangan. Baru-baru ni ada kat berita tunjuk sungai-sungai kat Malaysia semakin jernih airnya. Sebelum ni sungai berwarna teh tarik. Kali ni kita boleh melihat sampai ke dasar sungai. Udara juga semakin pulih kerana kurangnya pencemaran asap kenderaan. Ramai diantara kita bekerja dari rumah kan? .

Kalau bulan ramadan ni dapat berkumpul satu keluarga bagi keluarga yang jarang dapat berkumpul. Boleh bertadarus dan berterawih bersama. Hmmm banyak jugakan hikmah PKP ni kan?

Kena berfikiran positif la kan...kalau tak kita akan rasa terkurung kat dalam rumah ni haa...demi kebaikan bersama untuk memutuskan rantaian Covid-19. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Efek bukan negara kita je tapi seluruh dunia. 

19 comments:

  1. it's a blessing in disguise..redho dan look fwd gitu...pray hard too..moga2 covid-19 segera lenyap..aamiin

    ReplyDelete
  2. Betul rajin sedikit tengok berita dan laporan kesihatan, laporan prrgerakan dan segala berlaku di dunia. Perutusan PM pun tengok.
    Salam singgah. Ada kerajinanan blog walking sampai sini :)

    ReplyDelete
  3. Alhamudlillah . Banyak hikmah PKP ini sebenarnya . Selama ini kita sibuk dengan kerja . Tahun ini lain sangat .

    ReplyDelete
  4. Stay positive & stay motivated. All this soon will be gone, just be patience!

    ReplyDelete
  5. PKP ni kalau pandang dari sudut positif memang banyak kelebihannya. Antaranya family bonding lebih power!

    ReplyDelete
  6. tu la, ezna. byk hikmah nyer kan.
    selain dari kita sekeluarga dok rumah sama2, alam pun sebenarnya berehat.
    sungat melaka kata nyer dah tak warna teh tarik :)
    haiwan-haiwan pun seluruh dunia dah kembali ke tempat asal yg dulu nya habitat mereka. bila manusia ambil alih, haiwan tu berhijrah. now, mereka kembali...
    indah. indah. indah hakikat ni meskipun ada skit keperitan di sebaliknya, kan.

    ReplyDelete
  7. PKP ini mengajar kita bersabar, berusaha dan eratkan tali kekeluargaan.

    ReplyDelete
  8. kalau pkp bersama keluarga seronok lah. macam saya pkp sorang2 kat rumah. dah sebulan lebih ni kadang2 tak ada arah la jugak.

    ReplyDelete
  9. Pandemik Covid-19 memang satu virus yang mengerunkan. Namun disebalik musibah terselit juga hikmah tanpa kita sedari. Terutamanya hubungan kekeluargaan makin bertambah erat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. Memang banyak hikmah masa pkp ni. Dr x pandai masak..skrg ramai dh boleh masak, dari jarang bersama keluarga skrg meekat je, dr x pandai busines online skrg masing2 dh pandai online..mcm2 lagilah time pkp yg mengajar kita erti kehidupan

    ReplyDelete
  11. Dlm keburukan ada kebaikan. Cumanya mcm sis ckp, persepsi dan perbuatan kita yg tentukan arah nya. Bagi za, PKP ni sedikit sbyk memberi kami sekeluarga masa utk mengenali hati masing2, baik anak atau pun pasangan. Kadang2 masa keje kita lupa akan perasaan org serumah kan!?

    ReplyDelete
  12. Dania umur berapa? Kita memang patut ajak anak masuk dapur. Tolong apa yang patut. Bukan sahaja anak perempuan, anak Lelaki pun sama

    ReplyDelete
  13. Betul tu ada hikmahnya PKP ni. Kalau dulu mungkin masa kita dengan keluarga kurang tapi kali ni kita dapat luangkan masa setiap saat dan minit. Buat kerja sama sama dan buat macam macam aktiviti untuk penuhi masa dwngan mereka.

    ReplyDelete
  14. PKP ini banyak hikmah dan pengajarannya kita boleh nampak. Semoga semuanya sihat ya.

    ReplyDelete
  15. PKP ni byk mengajar erti hargai ahli keluarga. Byk spend masa dengan anak2. Buat aktivi sama-sama. Peluang macam ni bukan selalu ada. Just stay safe at home and buat sesuatu yg best je.

    ReplyDelete
  16. Ye betul, masa PKP nilah kita dapat eratkan lagi hubungan kekeluargaan tu. Sebab yelah bila waktu biasa memasing sibuk kerja and got less time. Ada masa pun hujung minggu. But even huda hope lepas PKP pun perkara yang sama kita buat masa PKP ni terus berkekalan. Hope COVID 19 ni cepat la pulih seperti sediakala

    ReplyDelete
  17. Memang ada hikmahnya PKP tahun ini, Puasa tahun ini semua berbeza dari Puasa tahun sebelumnya dapat masak berjemaah bersama-sama dirumah dengan anak... memang seronok sangat badan pun tak letih sangat.

    ReplyDelete
  18. Yaaa setuju, satu hikmah dari PKP ni, semua bekerjasama...selama ni Suami balik tau kerja dah siap, ini kali dapat tengok macam mana bizinya isteri dirumah...anak-anak pun dapat membantu masak semua kan..syukur alhamdulilah..

    ReplyDelete
  19. Patutlah kita patut arahan pkp.. Semoga negara kita dpt kalahkan virus ni yg mengerunkan.
    Https://rachelstruth.home.blog

    ReplyDelete