Penangan PKP yang agak lama. Mulalah teringin nak makan itulah inilah kan?. Ke saya je? 😅😅😅. Dah beberapa hari tanya suami ada tak keropok keping kat kedai yang suami pergi?. Hampa....tak ada. Mana pulak nak carinya keropok time PKP ni?. Akhirnya saya berkobar-kobar nak buat keropok lekor from scratch. Ok apa bahan-bahannya?
1. Ikan. Diasingkan isi dengan tulang. Kita nak isi je. Ikan apa-apa yang ada je. Saya guna ikan selar size sederhana 11 ekor.
2. Tepung ubi 1 cawan
3. Tepung gandum 1/2 cawan
4. Soda bikarbonat sedikit
5. Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Isi ikan yang telah diasingkan tu masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga hancur. Gunakan sedikit air je ye....air tu tak nak banyak sangat.
Ni rupa isi ikan yang telah dikisar.
2. Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
3. Masukkan juga tepung gandum, garam secukup rasa dan soda bikarbonat sehingga adunan ini tidak lagi melekat kat tangan.
4. Taburkan tepung atas tempat untuk anda membentuk keropok lekor kemudian mulalah membentuk memanjang.
Ni lah rupa setelah siap.
5. Rebuskan di dalam air sehingga keropok lekor timbul. Dah timbul angkat dan toskan air.
Ini rupa setelah direbus.
6. Kalau suka rebus, sampai step no. 5 je la. Kalau tak suka keropok yang direbus...potongkan serong macam ni kemudian digoreng. Dah siap. Boleh la makan dengan sos cili.
Keropok lekor ni rangup di luar tapi lembut di dalam.
Haaa boleh la anda semua cuba. Harap-harap jangan la lepas ni teringin nak makan yang pelik-pelik pulak. Dania dah teringin nak makan pisang goreng tu. Esok la goreng pisang pulak.
musim PKP ni mcm2 resepi baru blajar...mudah juga nmpknye nk wat kopok lekor tu ye..tq for sharing
BalasPadamResepi glemer masa PKP
BalasPadamkepok lekor dan donat
Semua pakat buat. Hihihi. Sy ni stok kepok frozen selalu ada dlm fridge tp puas hati juga kan makan hasil tgn sendiri
Ada nmpk kwn post buat homemade kopok lekor. Thnk sb bg resepi bolehla Bella buat sendiri. Bella memamg gila kopok lekor. Setiap minggu mesti beli kat pasar Taman Tun.
BalasPadamsedapnya, buat sendiri lagi la sedap boleh letak ikan banyak kan. terima kasih bagi resepi
BalasPadamSuami Sis kan selalu mancing dapat ikan, Mak selalu cakap cubalah buat kopok lekur, tapi entah belum ada nak rasa buat, tapi bila nengok resepi ni, nanti nak cubalah...fikir macam susah, tapi macam senang je tu...
BalasPadamYum!!!!!!! Ini bagus nie utk binge watching Netflix. Thank you for sharing your recipe.
BalasPadamOh sng jer buat keropok lekor nti nak cuba buat sendiri
BalasPadamFuhh sedapnya.. Sikit je pun bahan2 nya ek.. Boleh la nnt cuba buat kat umah. Thanks sharing
BalasPadamPKP ni memnag macam-macam idea nak masak kan..Wah jadi la tengoknya..sedap pulak tengok keropok lekor ni..ni makansambil tengok tv sedap ni
BalasPadamAlamak sedapnya, nampak macam senang jer nak buat... Kalau terajin nanti bolehlah cuba resepi nih!
BalasPadamTudiaaaa..
BalasPadamPenangan PKP, siap boleh buat kopok leko tu. Hehehhe..
Sedap kopok leko ni kan.
Makan santai santai..
Ehhh rasa nak goreng stok kopok lekor dalam peti tu haaa penangan tengok post ni. Hihi
ya Allah, sedap nyer. rangup di luar tu!!!
BalasPadamkudapan terbaik ni, ezna. aida tak pernah cuba buat lagi.
ikan selar ekkk. ok ok. senang skit sebab time pkp ni susah nak beli brg basah.
once a week aida kluar :)
mudah juga caranya kan.
Wow ni memang terror la, sebab lama sgt PKP sampai kopok lekor pun dah boleh buat sendiri... Lps hbs PKP xlaku lah tauke kopok lekor :p hehe
BalasPadamterliur tengok! dah lama cari resepi keropok lekor ni, yang ini paling mudah nak ikut dan sedang disediakan. boleh buat aktiviti time pkp ni
BalasPadam