Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Tuesday, April 21

Resipi nasi lemak pandan

Resipi terlebih rajin PKP kali ini ialah nasi lemak pandan. Sebelum PKP tak pernah nak masak nasi lemak pandan ni. Haa inilah hikmah PKP...kita jadi rajin sikit. Hehe 😄😄😄. Nasi lemak pandan ni saya masak masa 12 April 2020. Ha tudiaa siap tarikh tu. 

Bahan-bahan nasi lemak :

1. Daun pandan 7 helai. 5 helai dikisar dan ambil air daun pandan. Tapis dulu ye sebab tak nak hampas pandan masuk sekali. 2 helai lagi nanti akan dimasukkan dalam nasi. Sebelum tu simpulkan terlebih dahulu. 
2. 1 kotak santan.
3. Bawang besar 1 dipotong bulat  
4. Halia 2 inci
5. Garam secukup rasa 
6. Beras 



Cara masak : 

1. Masukkan beras, bawang besar, santan, garam secukup rasa, daun pandan yang disimpul dan halia ke dalam periuk nasi. 


2. Masukkan air daun pandan ke dalam periuk nasi. Kemudian sukat la beras samada perlu ke tambah air untuk masak nasi ni. Macam saya, tambah air sikit. Beras yang saya masak ni 4 pot. 


Daun pandan yang dikisar tak boleh banyak sangat sebab kawan saya yang memang terer masak nasi lemak kata nanti bau nasi lemak ni bau maung. Resipi ni saya hanya menggunakan 5 helai daun pandan. 

Bahan sambal nasi lemak :

1. Cili boh
2. 5 bawang merah ditumbuk
3. 3 bawang putih ditumbuk
4. Air asam jawa 
5. Gula melaka
6. Garam secukup rasa

Cara masak :

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, air asam jawa dan gula melaka. Masak sehingga pecah minyak. 
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. 

Makan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun (tiada dalam gambar). Kacang memang tak ada sebab tak berapa suka. 


Warna hijau daun pandan pada nasi lemak ni lembut je. Masa masak nasi tu satu rumah bau wangi. 


Haaa kalau ada stok daun pandan tu boleh la cuba. 

Selamat Mencuba! 💪💪💪

21 comments:

  1. looks yummy!
    tak pernah makan nasi lemak pandan lagi :D

    ReplyDelete
  2. Sedap tu nasi lemak hijau ni. Pernah buat juga tp anak cakap ni nasi lemak mak ko hijau 🤣.
    Yang penting, nasi lemak hijau ni sedap

    ReplyDelete
  3. Baru semalam masak nasi lemak, cuma takde daun pandan aje, yang di tanam, alahaii anak daun je baru nak naik hehehehe...letak daun pandan time mendidih wangi satu rumah kannn

    ReplyDelete
  4. aroma dr daun pandan tu jd wangi..tkpernah lg masak nasi lemak

    ReplyDelete
  5. Aduhai. Masa nie nak mencari daun pandan agak payah. Now Rawlins teringin nak nasi lemak lauk paru sambal ikan bilis!

    ReplyDelete
  6. Hijau nasi lemak Dia. Kalau letak halba sedap tak agaknya?

    Rindu sangat dah ni dengan nasi lemak

    ReplyDelete
  7. baru few days back buat nasi lemak. next time nak tru nasi lemak pandan. mesti lebih wangi

    ReplyDelete
  8. Peenh makan nasi lemak pandan sorang blogger ni. Sedap.. Nak kene cari pewarna pandan la nak dapatkan rupa nasi le. Ak pandan ni. .boleh try. Takdela sush mana

    ReplyDelete
  9. wah. kreatif. nasi lemak pandan :)
    tak pernah aida terfikir nak buat gini, ezna.
    kalau la pasni aida buat nasi lemak, nak buat gini, kaler hijau.
    moga ijat nak makan la ha ha ha ha :)

    ReplyDelete
  10. Haritu beli nasi lemak pandan. Sedap! Nak cuba masak laa nanti. Tak pernah masak lagi nasi lemak pandan..

    ReplyDelete
  11. I bet nasi tu wangi gila! I didn't try this before, but I realize melayu got so many types of dishes! All kinds and all kinds of ingredients.

    ReplyDelete
  12. Baru juga masak nasi lemak. Pakai pandan dah wangi kalau dikisar buat nasi lemak pandan mesti lebih wangi semerbak. Bella nak try sb belum pernah buat letak pandan kisar.

    ReplyDelete
  13. wahhhh nasi lemak pandan. tak pernah try buat nasi lemak pandan. nanti boleh try

    ReplyDelete
  14. okay ,nanti nak suruh mak masak hehe. nampak sedap jugak ni. rasanya mcm belum pernah makan yg versi mcm ni

    ReplyDelete
  15. Alaaa teringin pulak nak makan nasi lemak, nak masak malas..hahaha. susahlah nak cr daun pandan. Kdg2 buat nasi lemak sis pakai esen daun pandan je sb daun pandan gak ada..hehehe

    ReplyDelete
  16. Selalu buat nasi lemak daun tabuh macam tu je. Nak bagi wangi. Kali ni daun pandan tuh dikisar dan airnya diambil untuk masak nanti. Lagi semerbak harum lah nasi. Plus bertambah sedap nasi tu. Tengok resipi nasi lemak ni dah lama tak masak nasi lemak.

    ReplyDelete
  17. cun sangat ni. mesti sedap. saya pun minat betul dengan nasi lemak

    ReplyDelete
  18. Nasi lemak pandan mesti wangi aromanya.. saya kalau buat nasi lemak memang letak daun pandan masam tu.. sedap bau dia..

    ReplyDelete
  19. Sedapnya. Mesti bau wangi semerbakkan 1 rumah bau pandan bila nasi tgh masak kan?

    ReplyDelete
  20. Okay nanti nak cuba. nasi lemak pandan ni kena bau sedang-sedang je dah wangi gituh kan kak. Hehehe. hari ni nak berbuka puasa nasi lemak macam best je. hehehe

    ReplyDelete