Rabu, April 15

Resipi Asam Pedas

Zaman sekarang ni nak kena masak je la kan untuk keluarga kita. Kali ni saya nak masak asam pedas. Rupanya ada beza juga bahan asam pedas Melaka dan Johor ni. Kali ni saya nak masak style Melaka. Jom kita start (ala ala cakap macam Khairul Aming) ✌✌✌

Bahan :

1. Daun limau purut.
2. Serai diketuk
3. Kunyit hidup (saya tukar dengan serbuk kunyit)
4. Belacan
5. Halba
6. Bawang Putih
7. Bawang Merah
8. Pes cili 
9. Ikan (saya guna ikan selar sebab tu yang ada dalam fridge) 
10. Asam jawa
11. Garam secukup rasa
12. Bunga kantan
13. Bendi 

Saya tumbuk kunyit hidup, belacan, halba, bawang putih dan bawang merah.

Cara-cara : 

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk. 
2. Bila dah berbau wangi, masukkan serai dan daun limau purut. 
3. Masukkan pes cili dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan kacau. Kalau kuah pekat sangat, tambahkan air. Masukkan bunga kantan. Kalau tak ada bunga kantan pun tak apa. 
5. Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan. Biarkan seketika sehingga ikan masak. Jangan lama sangat takut ikan tu hancur. Last masukkan bendi. 
6. Perisakan dengan garam secukup rasa. 


Resipi yang saya masak ni tak gunakan daun kesum tapi gunakan daun limau purut. Bila masak pun rasanya sedap. Ni hasil google dekat internet la ni. 

Time PKP ni la kemain rajin google resipi. Haaa siapa yang sama dengan saya? 🙋🙋🙋

18 ulasan:

  1. kalau diikutkan, ari ni menu aida asam pedas tetel.
    tapi tu la, org jual daging tu tak jadik delivery tetel :(
    tak jadik potong lembu plak, ezna.
    aida ni org melaka. memang melekat la dgn asam pedas hi hi hi...
    seminggu mesti sekali masak. ikan, ayam, daging.

    BalasPadam
  2. Hihi melaka punya asam pedas mmg terbaik. Suami za org melaka, dia masak asam pedas daging tetel fuhhh sedap.. Hihi

    BalasPadam
  3. Banyak versi asam pedas ni kann, tapi kalau dah nama asam pedas, tak kisahlah versi mana pun, hari-hari pun takpe kalau dapat makannya...heheheh

    BalasPadam
  4. wahh sedapnya...i lom pernah ni buat asam pedas...nanti nak try..cuma kat umah tak de halba..nak kena beli halba duluuuu

    BalasPadam
  5. akak fav saya asam pedas ikan tenggiri. pastu ayam goreng berempah kat sebelah sama telur masin or ikan masin. huhu. rindu masakan mak. time pkp koyak jiwa tengok asam pedas.

    BalasPadam
  6. sedapnya paling suka asam pedas ikan pari. Memang padu la. Bunga kantan daun kesum paling sedap dalam asam pedas haha. Dengan telur masin pulak kat tepi fuhh

    BalasPadam
  7. Wah! Sedap tau ikan asam pedas. Me like! Thank you for sharing this recipe ya.

    BalasPadam
  8. sedapnya lahai asam pedas. teringin tapi susah nau nak cari bunga kantan kat sini.

    BalasPadam
  9. saya suka makam asam pedas, tapi nak buatnya tak reti. teringat pulak tahun lepas saya makan asam pedas asli dkt melaka. memang sedap.

    BalasPadam
  10. Tahu ada asam pedas Melaka dan Johor. Beza Melaka ada letak halba kan? Dah lama jugak tak buat asam pedas. Senang buat asam pedas ayam dari ikan.

    BalasPadam
  11. Ouh masak asam pedas guna daun limau purut ya.. Iena masak tak guna daun limau purut. Hehe macam macam versi resepi asam pedas ni kan. Nanti boleh la iena cuba😁

    BalasPadam
  12. Saya peminat asam pedas sedapnya asam pedas ikan kembung... terima kasih kongsikan resepi, resepi ni hampir sama dengan apa yang saya masak cuma saya kalau masak asam pedas tak suka letak belacan...

    BalasPadam
  13. Ya Allah musim-musim PKP ni macam-macam resipi yang kita tengok semua nampak sedap dan menyelerakan. Tapi betul sepanjang kita duduk rumah ni tak pernah lagi masak atau makan Asam Pedas. Nampaknya kena cuba yang ni mudah dan bahan pun senang cari....

    BalasPadam
  14. Baru je buat asam pedas ayam letak sawi asam..yummy..sedap sgt. Mmg fav sis asam pedas. Dulu sanggup ke Melaka nak cr asam pedas sana

    BalasPadam
  15. Buat asam pedas ni memang banyak cara kan. Nad selalunya tengok bahan la, mana yang ada dan boleh buat, buat jela asalkan rasa asam pedas tu ada..hehee..

    BalasPadam
  16. Kan... time PKP ni memang rajin la kita google resepi dan try macam-macam menu masakan. Tapi yang ni nampak sedap

    BalasPadam
  17. menarik ni, minat juga asam pedas. nak cari yang sedap tu susah kan. nanti saya cuba resepi ni

    BalasPadam
  18. Aummm... asam pedas is my favourite, its so appetizing with nasi panas. Thanks for the recipe nanti sis nak cuba juga.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...