Sepanjang PKP ni, nak tunggu barang yang kita order ni kena banyak-banyak bersabar dari hari biasa kan? Tak kisah la company penghantar barang mana sekalipun. Ni barang saya yang saya ada cerita saya beli baru-baru ini kat Decathlon. Barang ni tiba setelah seminggu juga menunggunya. Tu yang saya kata kena banyak-banyak bersabar. Packaging ni dalam kotak besar yang panjang ini. Dalamnya takde la berat mana pun. Syarikat penghantar kurier ni dari DHL. Decathlon ni alamatnya dari Shah Alam je pun.
Jeng jeng jeng, ni dia skipping rope dan yoga mat dah tiba. Dania ingatkan ummi nak buat yoga dengan yoga mat ni tapi hakikatnya sebagai alas kalau nak buat senaman dalam rumah la kan?. Suami pun guna sekali skipping rope ni.
Time PKP ni pulak serum saya ni habis. Saya dah serasi dengan serum ni. Menariknya serum dari The Body Shop ni berasaskan tumbuh-tumbuhan. Nampak tu 100% Vegan. Tidak ada sumber dari haiwan. Mereka juga tidak menjalankan ujikaji terhadap haiwan.
Asalnya Serum Drops of Youth ni kawan saya yang pakai. Bila saya nampak kulit dia gebu dan tekstur sangat cantik, saya pun tanya la rahsia kawan saya tu. Kawan saya suruh saya try produk ni. Jadi, saya pun try la beli dan pakai. Mana tahu kot elok kan?. Memang serasi pun.
Pembelian online dapat pulak 20% off jika beli lagi satu barang dari range skincare. Saya pakai ni tahan 3-4 bulan jugak la sebab pakainya 1-2 titik ajer sehari. Pulak tu kulit muka punya liang pori akan mengecil, kulit muka lembut, kulit muka kita akan bercahaya, muka nampak segar. (Saya translate benefits kat The Body Shop ni). Cuba try. Memang best! Ada 2 size 50ml macam yang saya order ni dan size kecil 30ml.
Pembelian online dapat pulak 20% off jika beli lagi satu barang dari range skincare. Saya pakai ni tahan 3-4 bulan jugak la sebab pakainya 1-2 titik ajer sehari. Pulak tu kulit muka punya liang pori akan mengecil, kulit muka lembut, kulit muka kita akan bercahaya, muka nampak segar. (Saya translate benefits kat The Body Shop ni). Cuba try. Memang best! Ada 2 size 50ml macam yang saya order ni dan size kecil 30ml.
Face mist ni pula sebab saya nak dapatkan harga 20% off serum Drops of Youth saya ambil yang ni. Rose Dewy Glow. Harap2 muka saya ni glowing la bila pakai nanti 😃😃😃. Ada esen rose dan raspberry dalam ni. Bau dia lembut sangat bila saya sembur kat muka. Saya memang suka bau bunga dan fruity.
Bila dah memang pakai The Body Shop ni dapat la jadi ahli dan kena download apps The Body Shop Malaysia. Kat situ nanti kita boleh tengok rewards kita. Kalau ada, redeem la rewards kita untuk next purchase. Boleh la berjimat.
Oh ya, masa PKP ni order ni tiba agak lambat juga la. 9 hari to be exact.Kalau nak grab free delivery online purchase ni sehingga 23 April 2020. Nak beli online boleh download apps ni ye.
Dalam masa terdekat ni, inilah sahaja yang tiba. Ada lagi tak tiba tapi yang tu lambat sikit. 😊😊😊
Fuh tu la za pun duk tgu barang juga nih.. Utk printer dgn handphone tak sampai2. Kena la bersabar kan sbb pkp ni..
BalasPadammemang during pkp kalau order barang tahap kesabaran kene tinggi ;). tapi bila dah dapat tu seronok sangat. lepas ni terus buat aktiviti sihatlah kan. Mana taknya macam saya ni asyik buat cookies, lemak pun dah berganda ;)
BalasPadamkalau barang saya lagi best, sepatutna dihantar ke johor, tapi lepas ke sandakan sabah, now kena tunggu lagi barang tu patah balik ke jphor, padahal originnya still dalam johor
BalasPadamdone follow #1244
BalasPadamWah seronokla tu yeaa barang yg dinanti dah pon selamat sampai di muka pintu hehe. Anyway The Body Shop mmg best kan, Qeela dari zaman sekolah mmg dh suka item2 dari The Body Shop tu ❤️
BalasPadamProduk produk dari The Body Shop ini memang popular di kalangan yang mencari barangan untuk mandian. Bau sabunya segar dan wangi.
BalasPadamwahhh harap guna hari2 ye sis! Kena disiplin dan konsisten. Hehehe body shop ada buat delivery jugak ye. baru tau. lepas ni boleh la order :D
BalasPadamSeronok tgk orang beli barang online tapi ntah nape sis malas benar nak cek online ni.. letih nak mencari haha... agaknya sbb memang suka g terus kedai lut huhu... old school haha
BalasPadamamboi kemain shopping ye time pkp ni. kawan2 semua pakat dok shopping, saya tak tau nak beli apa. hehe
BalasPadamwahhh dah ade exercise mat and jumprope la. fighting!
BalasPadamuh uh i love body shop. it's a bit expensive so every time beli mmg berjimat so that tak cepat habis haha
I like your online shopping haul. great to exercise at home and maintain skin with The Body Shop Malaysia product
BalasPadamMusim PKP ni kena sabar menunggu parcel sampai, kadang risau je bunyi pin pin depan rumah ingat parcel kite rupanya jiran... ok lepas nih dah boleh buat yoga yea
BalasPadamwahh bagusnya beli barang untuk senaman T__T
BalasPadamiena nampak The body Shop Rose Dewy Glow. hehehe best rose dewy glow ni. iena pernah pakai.Letak kat kereta. Rase ngantuk drive..spray haha
BalasPadamKannn, tengah PKP ni nak beli barang, yang bercintanya nak tunggu barang sampai, adeiii...Sis pun kalau beli minta dia pos dengan poslaju, sebab still masuk sini, yang lain semua hampeh!
BalasPadamSama Sis pakai BS tu hehehe, nasib sebelum PKP dah membeli masa sale tu..
time PKP ni, memang kena tabah tunggu barang2 yg order online. sekali sampai memang excited kan. ada juga barang yg order ni berminggu2 tak sampai.
BalasPadamSaya tertarik dengan pembelian skipping rope tu.. heheh. Meh la kita ber skipping hari-hari dalam rumah.. Bagus untuk burn calories. InsyaAllah boleh kurus
BalasPadamtime PKP ni mmg bertabahlah menunggu barang2 order ya. hihi
BalasPadamSeronoknya apabila yang dinanti-nantikan dah kunjung tiba kannnn... semasa PKP ni memang dok beli barang online juga saya ni... order makanan, groceries pun semua online... mudah lagi dipermudahkan tak gitu... psttt, Body Shop ni memang antara brand kegemaran saya sejak remaja lagi... yang paling legend ialah body mist white musk, sampai sekarang tak pernah tak sayang... hehehehe...
BalasPadamBaguslah buat senaman di rumah bagi kesihatan jadi bila ada barang sesuai lagi lah rajin kan?
BalasPadamBestnya lepas ni boleh buat senaman dalam rumah pula kan.. Kita pon nak beli yg lapik tu.. Sebab lantai licin sokmo... Ssh nak buat senaman... Nak shopping jugalah nanti
BalasPadam