Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 8

Billu

Semenjak PKP ni, banyak juga movie yang saya tonton dengan suami. Normally kami tonton waktu malam sebab siang suami work from home. Ada hikmahnya PKP ni sebab suami sentiasa kat rumah. Apa-apa barangan yang habis, suami la yang keluar untuk top up. Normally suami keluar masa waktu rehat. Minta juga nak keluar tapi suami kata biar dia je yang beli. 

Ok back to Billu pulak. Movie ni mengisahkan tentang seorang tukang gunting rambut bernama Billu. Billu dibintangi oleh Irrfan Khan sebagai Billu dengan Lara Dutta sebagai Bindiya isteri Billu.  Patut le cantik sebab Lara Dutta ni pernah menang Miss Universe. Ada juga Shah Rukh Khan sebagai Sahir Khan. Penampilan khas Priyanka Chopra, Deepika Padukone dengan Kareena Kapoor dalam adegan menari bersama Shah Rukh Khan. 


Credit : Google

Billu ni hidup dalam kedhaifan. Tengok la rumah Billu kat bawah ni. Billu dan isteri bersama dua orang anak tinggal di kampung yang bernama Budbuda. Billu nak bayar yuran persekolahan anaknya pun tak mampu. Pada suatu hari, kecoh la kat kampung ni bila seorang artis terkenal dan kru produksi nak shooting kat kampung Budbuda. Artis terkenal tu bernama Sahir Khan. Lepas tu Billu pun cerita la kat keluarga dia yang dia kenal Sahir Khan. Tersebar la kat kampung Budbuda yang Billu ni kenal Sahir Khan pelakon terkenal ni. 

Credit : Google

Apa yang terjadi selepas itu?. Datang la pihak sekolah ke rumah Billu. Pengetua dan beberapa guru. Billu pada mulanya bersembunyi dan bagitahu isteri dia supaya kata dia tiada di rumah. Rupanya pengetua nak tawarkan tanggungan pembayaran yuran sekolah sehingga habis anak2 Billu bersekolah tapi dengan syarat kena bawa Sahir Khan ke sekolah. Billu menjadi serba salah.

Di kedai gunting rambutnya pula, sedang Billu menggunting rambut pelanggan dia...datang seorang kaya ni bernama Daamchand ni siap tukar kerusi yang tunggu masa nak patah kat kedai gunting Billu tu dengan kerusi gunting rambut yang baru siap dengan alatan menggunting rambut seperti gunting, gel rambut dan lain-lain lagi. Haa Daamchand kata dia bagi barang-barang tu free ajer. Free ada makna tu?. Daamchand nak suruh Billu jemput Sahir datang kedai gunting tu.

Bermulalah kehidupan Billu jadi lebih baik sebab semua orang nak berkawan dengan Billu semata-mata sebab Billu kenal artis terkenal. Ramai la nak potong rambut kat kedai Billu bila selama ini kedainya sepi daripada pelanggan. Nak potong rambut gaya Sahir Khan. 

Daamchand juga menagih janji bila dia dapat jumpa Sahir Khan?. Bermacam cara Billu buat nak jumpa Sahir masa tengah shooting kat kampung tu. Ada yang dia telefon tapi diherdik pula dengan kru produksi tu. Nak jumpa kat set pun ramai yang tunggu sampai satu ketika Billu duduk kat pangkal pokok sampai pokok tu patah. Itu pun dapat tengok dari jauh. 


Credit : Google

Daamchand ni pun dah hilang sabar tak dapat jumpa Sahir Khan sehingga dia dan geng dia yang lain tuduh Billu menipu dan tipu duit untuk kepentingan diri sampai kena tangkap dengan pihak polis tapi dibebaskan. Kedai gunting rambut Billu juga diceroboh. Daamchand mengambil balik kerusi dan barangan yang diberi. Part ni sedih saya tengok bila Billu cari balik kerusi lama dia yang telah reput dan cermin yang dah usang kat tempat sampah. Orang kampung pun dah mengata-ngata Billu. Kononnya Sahir Khan tak kenal pun Billu. Billu yang menipu kata kenal sangat dengan artis terkenal tu. 

Pengetua sekolah anak Billu akhirnya dapat berjumpa dengan Sahir Khan dan mengajak Sahir ke sekolah. Ramailah orang kampung ke sekolah menunggu kedatangan Sahir. Billu dan isterinya Bindiya paling akhir datang ke sekolah sehinggalah time Sahir Khan bagi ucapan?....

Betul ke Sahir Khan kenal Billu?
Kenapa Billu balik masa Sahir Khan bagi ucapan?...

Serius part last ni memang emosi sangat. 

Jalan Cerita : 4.0 / 5.0 Agak slow juga pada mulanya kalau tengok Billu ni rasa geram juga sebab asyik-asyik tak dapat jumpa Sahir Khan ni. Macam-macam cara dah buat tapi tak dapat jumpa jugak. Banyak tarian dan nyanyian dalam movie ni. Penampilan Priyanka Chopra, Deepika Padukone dan Kareena Kapoor sedikit sebanyak menceriakan juga movie ni. 

Pelakon : 4.0 / 5.0 Irfann Khan (Billu) tu pelakon taraf Hollywood dah tu. Pernah berlakon dalam movie The Amazing Spider Man dan banyak lagi filem Hollywood. Om Puri (Daamchand) pula pernah berlakon dalam The 100 Foot Journey. 

Keseluruhan : Menyentuh hati juga movie ni dengan ada juga elemen kelakar. 






15 comments:

  1. wahh menarik gak ni..i jrg tgk citer tamil/hindi hehhe

    ReplyDelete
  2. Alamak part last tu dah jadi Sis ko nak kena tengok plak citenya...adeiii...nanti boleh tengok ni..

    ReplyDelete
  3. jrg plak tgk movie hindustan tp kalo ada shahrukh khan mmg suka ..tq share sinopsis tp part last emosi tu nk kena la tgk apa kesudahannya

    ReplyDelete
  4. I suka cerita.macam ni.. main dgn emosi dan kelakar.. jadi xdela boring sgt

    ReplyDelete
  5. pernah tengok cite ni. besttt sangat. banyak pengajaran movie ni.

    ReplyDelete
  6. rasanya dah tengok sebelum ni. lama dah kot. lupa pula. haha. review kat sini pun dah tahu ni mesti minat review wayang kan. haha.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tengok tapi pernah dengar tajuk filem ni. Memula Bella teringat cite yg ada Jaddu tu (alien). Walaupun PKP tak berkesempatan tgk bnyk movie. Baru 1 movie je tgk. Haha.

    ReplyDelete
  8. Rasa macsm dah tonton gak filem ini. Memang menarik apatah lg ada SRK berlakon mmg sata akan tgk.

    ReplyDelete
  9. Didn't watch this before! Thanks for sharing! If I have the chance to sit down, I will definitely watch :)

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak gi tgk movie, cite tamil cik abg jer yg suka tgk.. haaa.. klutgk punkat tv jer

    ReplyDelete
  11. menarik jalan penceritaan ezna ni. buat aida nak search for this billu ni jap lagi.
    yes. aida byk gak tonton movie time pkp ni.
    ter lah suka kan filem tamil. genre yg aida tak pernah suka sebelum ni, tersuka lah plak.
    ada identiti tersendiri citer tamil / hindi zaman sekarang, kan.

    ReplyDelete
  12. Movie Billu ni memang dah tengok. Best. Sebab macam macam jadi pada Billu ni hanya kerana seorang Sahir Khan. Tapi memang banyaklah pengajaran yang kita dapat dari movie ni.

    ReplyDelete
  13. Dah peenh tengok cerita ni. Memg best. Kesian dia masa orang cakap tipu. Tapi akhirnya shah rukh khan jumpa dia juga. .Suka tengok

    ReplyDelete
  14. Ok. Boleh masuk senarai ‘To Watch During MCO’. Time PKP nie macam dah review banyak movie online huhuhu

    ReplyDelete
  15. Kita minat hindustan.. hehe baca sampai habis. Ala nak tau ape jadi masa ucapan tu. Ape yang sahir khan cakap. Nak tengok movie ni sampai habis. Huuuu

    ReplyDelete