Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, April 26

Bila kirim barang kat kaum adam

Semalam, hubby sukarela nak keluar masa time rehat jadi bagi la list apa nak beli dan barang skincare Dania tu siap ambik gambar dan hantar kat whatsapp. Uiii skincare ni jangan buat main. Harga mahal silap pulak belinya. Dah pesan awal-awal cari kat Watson. Kebetulan Watson ada kat sebelah Paparich, Bandar Baru Bangi. Tak payah masuk shopping mall pun. Selalunya kan Watson ni ada dalam shopping mall kan?. 

Ok ni Cetaphil ni Dania punya Gentle Skin Cleanser. Kalau beli yang oily skin tu mahal sikit. Eh bukan mahal sikit tapi banyak. Dania dulu pakai yang oily skin tapi macam tak serasi. Tukar yang ni ok pulak. Harganya much better. Hubby beli size yang besar sikit pada ni. 500ml. 


Serum Dania ni pulak, pakai yang special untuk acne solution. Harga dia yang ayah Dania bising sikit sebab mahal. Nak buat macamana....nak kena invest juga untuk kesihatan kulit muka Dania yang berjerawat ni tapi tahan dia 4 bulan ye walaupun botol size kecil. Pakai pun bukan banyak. 2 titik ajer.  Untuk rekod, hubby beli kat Aeon Wellness dalam Evo Mall kebetulan nak beli barang kat Maxvalu. Eh ada pulak kat sini sebab Aeon Wellness ni tak banyak barang sangat jadi kalau ada tu kira bagus la kan....

Ok...so far 2 barang yang dikirim pass....hehe


Ok, saya suruh juga hubby saya beli bekas baking yang sederhana. Niat di hati nak bagi kat jiran kiri kanan saya bila saya buat masakan nanti. Hubby post la gambar kat whatsapp. Saya tak perasan sizenya ingat size sederhana. Hubby kata kalau nak masak puding roti ni tak cukup ni. Balik rumah bila tengok size rasa nak tergelak juga sebab size dia besar tapak tangan 😝😝😝. Beli 2 set pulak tu. 1 set ada 6 buah bekas aluminium ni. Hmmm kalau nak bagi jiran ni mau kena bagi 3 bekas sebab memang kecik sangat. Adehh tak tahan nak tergelak. 



So far barang yang hubby dibeli semua ok la ikut spesifikasi. Cuma yang atas ni je tak ikut. Mungkin lain kali kena tunjuk barang tu depan mata kot. Nak senang kita je yang keluar cari barang kan...baru puas hati. ✌✌✌. Ada kawan saya memang dia je yang akan beli barang sebab dia kata kalau suruh suami yang beli entah apa2 yang dibeli nanti. Fikir-fikir balik kalau tak train hubby beli barang kan bila lagi nak reti kan?...

13 comments:

  1. Suami za ni pun selamat jenis amk tahu. So far dia beli brg sume ok smpi pad jenis apa pun dia tau... Hahha harus lah train dari awal.

    ReplyDelete
  2. Ok la tu suami mahu belikan produk penjagaan kulit tu. Betul lak kan... beberapa hari lalu ada gak lelaki yang tak kenal bendi. Dia tanya kak bendi mana satu? Agaknya tak makan kari mamak kut yg selalunya banyak ada bendi haha.

    ReplyDelete
  3. Kena spesifik sebab guys memang clueless sebegitu. My dad memang takkan pergi shopping sebab kalau balik, confirm mak marah sebab banyak silap hahaha

    ReplyDelete
  4. Kalau rasa mampu untuk keluar dan beli sendiri pon ok. xde salahnya. cuma jangan sampai keluar lebih dari seorang. huhu

    ReplyDelete
  5. Bagus juga kepakaran suami Ezna beli barang penjagaan macamtu..kalau Suami bab tu dia surrender, pening nnati nak cari satu-satu...tapi bab barang dapo, benda tak suruh beli pun dia bawa balik hehehe

    ReplyDelete
  6. paling risau kirim barang adalah salah beli. kalau barang2 grocery okay je kita boleh olah kan. hehe

    ReplyDelete
  7. kalau bab2 membeli barang terutama barang skincare wanita & bab baking memang saya agak takut. sebab tu kena bagi gambar & penjelasan dgn betul;kalau tak memang beli barang tak betul

    ReplyDelete
  8. Kalau barang barang baking memang saya pun takut nak bagi suami beli. Kalau barang yang saya nak tu takde, okay jela kalau tak beli. Tapi suami punya jenis dia akan cari sampai dapat. Kalau beli actual size yg kita nak tak apa juga. Ni size kadang kecil sangat kadang besar sangat. Bila dah banyak kali kena komplen dan bebel sebelum beli dia akan snap gambar bagitahu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Suami Ezna pandai belikan, Suami saya pun tak ada masalah nak belikan barang-barang keperluan macam ni, sebab nya sebelum ni dah selalu shopping dengan dia.. just ingatkan sahaja produk tu ada dekat mana dan cari dekat tempat biasa pergi beli

    ReplyDelete
  10. Nak senang hntr gmbr je. Tk boleh salahkan suami kalau barang tersalah beli pun. Kira baik dia dah cuba cari jugak ap yang kita maksudkan tu. Hehehe

    ReplyDelete
  11. kalau dah biasa buat time PKP ni nanti mereka akan bertambah bijak dah insyaAllah

    ReplyDelete
  12. ha ha ha ha...
    time dia pilih tu, dia tak wasap ke? tapi takpe la. pengajaran.
    asben aida hanya akan beli kan brg dapur je. tu memang dia pakar.
    kalau lain je dari brg dapur, mesti dia awal2 dah surrender :) ha ha ha...
    dia malas nak fikir. so, memang aida la yg kena kluar.

    ReplyDelete
  13. i prefer kuar beli sendiri hehhe tp mr hubby selalu neli groceries esp bhn2 mentah utk masak2..so far lulus jer

    ReplyDelete