Selasa, April 28

Kenangan lalu dan tukar juadah

Kawasan rumah you alls ada ke tukar-tukar juadah bulan ramadan ni?. Kalau tak tukar juadah bulan ramadan pun....bulan-bulan biasa dengan jiran berlainan agama ke?. Dulu, masa tinggal dekat dengan Kg. Tunku, Petaling Jaya....masa tu duduk menyewa kat sebelah rumah orang cina. Ya allah baik betul family tu. Kami saling bertukar-tukar makanan atau hadiah. Hidangan tu ada pernah sekali jiran cina saya bagi 1 ekor ayam roasted ayamas. Haaa puas makan sebab kemain besar. Masa tu Dania kecik lagi. Masa birthday Dania, atuk Dania bagi 2 kek secret recipe. Ya allah mana nak larat habisnya sebab isi rumah 2 dewasa dan 1 budak kecil. 1 kek besar saya share dengan jiran cina saya tu. 

Pernah juga saya masuk peraduan dan menang 10kg beras Bernas dapat 2. Ikut logik mana nak habisnya beras 10kg tu keluarga kecil saya makan kan?. Nak nak saya dapat 2 kampit. Jadi, saya bagi 1 kampit 10kg kat jiran saya tu. Jiran saya tu ada family dia tinggal dengan orang tua juga. Uncle orang tua tu saya ingat sangat lagi. Pernah kunci rumah saya tertinggal dalam kereta. Saya dan Dania terkunci dalam rumah sendiri sebab masa tu ada 2 kunci rumah. Bila keluar dengan suami, kunci rumah saya dalam kereta. Suami nak pergi kerja kunci rumah guna kunci dia jadi terkuncilah. Saya minta tolong jiran sebelah. Panggil...uncle...uncle....tolong. Uncle tua tu apa lagi lompat pagar dari rumah dia dengan pakai shorts ajer lepas tu ambik kunci rumah dari dalam kereta. Ok...selamat saya dan Dania boleh keluar. Fikir-fikir balik dah la pagar tepi rumah sewa tu jenis fesyen dulu yang atas dia tu tajam. Kalau you alls perasan la kan?. Kalau terkena uncle tua tu macamana?. Mau luka oh....tapi kudrat uncle tua tu kuat. Saya bersyukur sangat. 

Kes ketiga entah macamana suami bakar sampah kat belakang rumah kemudian api naik membakar daun kering sampai naik dekat benteng rumah belakang kami. Rumah belakang kami tu kawasannya tinggi tau. Ada benteng tinggi yang keluar air celah lubang-lubang tu. Kat benteng tu ada daun2 kering. Jadi api menjulang naik tinggi menyambar daun-daun kering tu. Jiran kami uncle tua dan anaknya juga jiran-jiran sekitar bersama suami turut menolong simbah air supaya api tak melarat. Nasib baik api berjaya dipadamkan. Cuak juga suami masa tu. 

Tibalah masa saya nak berhijrah ke rumah yang kami beli, susah hati aunty tua tu cakap sampai dia kata....saya banyak sakit hati.....saya takut jiran baru macamana. Saya dapat tangkap la bukan sakit hati tapi 'susah hati' kami sekeluarga nak pindah. Takut aunty tu dapat jiran yang tak baik la kot. Saya pun berat hati juga nak pindah sebab jiran kami tu baik sangat. 

Ok...tu kisah dulu, kali ni jiran kat tempat baru ni. Suka juga memberi. Baik si kakak ataupun si adik. Saya diapit oleh jiran adik beradik. Ada sekali tu saya dapat kuih ni dari jiran si adik. 




Haa ni saya baru dapat masa iftar hari kedua baru ni. Kuih sagu. 


Semalam, Dania gigih buat oreo cheesecake jadi saya bagi jiran kiri dan kanan saya 2 each. Masa ni oreo cheesecake ni baru sangat buat jadi pesan kat jiran supaya sejukkan dulu oreo cheesecake ni. Alang-alang buat untuk kami makan, buat lebih la untuk jiran kiri dan kanan. 


Seronok tau dapat jiran yang baik ni. Tenang je jiwa. Kalau dapat jenis yang buat tak reti tu jenuh juga kan?. Macam kawan saya cerita, dia nak bagi jiran dia mangga masak. Suami dia panggil la jiran tu. Panggil nama ok?. Jiran tu buat tak dengar je lepas tu terus masuk rumah. Pelik tak?. Kalau ada apa-apa hal jadi agaknya ada ke orang nak tolong jiran macam tu?. 

Kata kunci di sini buat baiklah dengan jiran. Mana tahu satu hari nanti kita perlukan pertolongannya?. 

20 ulasan:

  1. Betul tu, Sis dari rumah lama hingga ke pindah sini, alhamdulilah dapat jiran yang baik hati...hingga kini pun kalau tak pose, kami saling tukar juadah...hrni niat pun nak masak nak hantar kat jiran, alhamdulilah

    BalasPadam
  2. That Kuih sagu looks so delicious! I would love to eat too haha. Oreo cheesecake ni mesti taste enak too, right

    BalasPadam
  3. Murah rezeki sis dapat tukar-tukar juadah dengan jiran-jiran ya. apapon stay safe ya sis sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Saya x ada bertukar juadah tahun Ini. PKP nie jiran saya x boley masuk Malaysia. Dia kena stay kat negara dia. Huhuhu.

    BalasPadam
  5. Jiran yang baik memberi persekitaran yang baik. Ini pun satu rezeki juga. Eiza pun masih bertukar2 juadah dengan jiran sebelah.

    BalasPadam
  6. Wah baiknya! Untung sngt dpt jiran baik mcm ni. Tk salah kita cuba jadi jiran yang baik juga. Insyallah ada je rezeki dtg dengan cara tersndiri

    BalasPadam
  7. Kalau kat area rumah ni, ada lah sesekali bertukar juadah walaupun bukan bulan puasa. Dalam kata lain, ianya mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama jiran tetangga.

    BalasPadam
  8. Masa duduk kat kampung dulu memang jiran sebelah menyebelah kita rapat walau berlainan bangsa dan agama, rasanya ramai le kat taman tu kita kenal, tapi sejak dok kl, tak ada pun jiran menyebelah yg kita kenal yg nak bertegur sapa, masing2 buat hal sendiri..sakit hati kita tau..hehehe

    BalasPadam
  9. Setuju sangat. Dapat jiran yang baik seronok! Kita pun selalu tukar tukar juadah. Jiran baik pun rezeki jugak kannn...

    BalasPadam
  10. Masih ada jiran macam ni. Sisyat baru pindah kat taman perumahan ni. Tahun k3 bpuasa disini. Tiap petang kami mesti ni ulang alik berbagi juadah bpuasa kt jiran2.

    Seronok. Rasa nikmat Ramadan tu makin terasa 😊

    BalasPadam
  11. tak sama dah sekarang kan, jiran2 kita masih lagi tukar2 juadah, cuma takla nak menyembang macam dulu

    BalasPadam
  12. Indah hidup berjiran ni andai masing2 boleh hormat satu sama lain.
    Mak pun selalu bertukar juadah dengan jiran sebelah rumah ni ha.
    btw saya singgah dan follow blog ni ya :)

    BalasPadam
  13. jiran yg baik2 is a great blessing :)

    BalasPadam
  14. Bestnya dapat bertukar juadah berbuka puasa dengan jiran..kita kt sni jiran pun xbrapa nk ada..trigt zaman kcik dlu, rajin jiran sblh umh bg makanan then kita pn brbalas2 bg mkanan..sronokk..

    BalasPadam
  15. Za sejak duk apartment ni baru la merasa hidup mesra berjiran. Best juga sbb kadang2 ada benda tak cukup ada yg mbantu.

    BalasPadam
  16. Seronok ada jiran macam ni kan. Bertukar-tukar hidangan. Kawasan rumah Marina tahun ni takde lagi tukar2

    BalasPadam
  17. Kak meniaga cendol skrg ni kat umah sbb PKP and selalu tkr2 juadah dgn jiran

    BalasPadam
  18. best nyer, ezna.
    bertukar hidangan dgn jiran time Ramadhan is always ohsem lah. tak sama dgn time lain.
    buat satu hidangan, dpt balik lebih dari satu hidangan, in shaa Allah.
    kebetulan semlm aida dpt buah tgn dari jiran sebelah. lom dpt balas sebab lom buat something, kan :)
    mcm nak buat pengat labu. boleh beri jiran tu semangkuk nanti.

    BalasPadam
  19. Betul tu masa kecik2 dulu mmg nmpk budaya ni. Tp sejak ddk KL ni, xde dah semua jiran busy lah ��

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah. Pernah tulis dalam blog. Dapat mangga. Hehe kitorang tukar buah-buahan. Kitorang banyak pokok pisang.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...