Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, April 30

Black and Blue

Credit : Google

Ok kali ni saya nak review movie  Black and Blue. Movie ini dibintangi oleh Naomi Harris sebagai Alicia West, Tyrese Gibson sebagai Mouse. Movie ini adalah mengenai Alicia West, seorang bekas askar berkulit hitam yang pulang ke tempat asal untuk berkhidmat dengan pasukan polis. Nak dijadikan cerita suatu hari, rakan setugas polis Alicia yang bernama Kevin yang sepatutnya ditugaskan dengan Brown tak dapat bertugas kerana nak balik awal jadi Alicia sukarela nak menggantikan tempat Kevin. Bermulalah kisah Alicia bertugas dengan Brown. 

Pada masa shif mereka bertugas, Brown dapat panggilan telefon lalu mereka ke satu bangunan ni. Nampak macam bangunan tinggal. Brown pesan supaya Alicia tunggu dalam kereta polis. Hanya Brown sahaja yang masuk bangunan tu. Apabila Alicia terdengar bunyi tembakan, Alicia pun keluar dari kereta polis dan masuk dalam bangunan tu.

Mengejutkan bila Alicia ternampak seorang detektif bernama Terry Malone melepaskan tembakan ke arah seorang pengedar dadah yang tidak mempunyai senjata api. Setahu saya polis hanya boleh melepaskan tembakan jika suspek bersenjata. Disebabkan terkejut melihat kehadiran Alicia yang mempunyai kamera badan (body camera) yang tersemat di vest, salah seorang orang suruhan Terry Malone melepaskan tembakan ke arah Alicia. Alicia terjatuh ke tingkat bawah. Tembakan itu mengenai badan Alicia. Alicia dengan cepat melarikan diri. Kamera badan ada merakamkan insiden tersebut. 

Credit : Google

Rupanya Alicia menyaksikan yang Brown sama-sama bersekongkol dengan detektif Terry Malone. Bermulalah kisah Alicia cuba melarikan diri di kawasan tu. Kawasan tu adalah kawasan kulit hitam yang ada penduduknya menjadi pengedar dadah. Sedang Alicia berlari mendapatkan pertolongan, Alicia ternampak satu kereta polis. Alicia berjaya ke kereta polis tersebut dan cuba untuk memberitahu keadaan sebenar sehingga Alicia terdengar perbualan di dalam walkie talkie salah seorang polis berkomunikasi dengan Terry Malone yang dia sudah berjumpa dengan Alicia. Sah la polis yang Alicia jumpa ni pun bersekongkol dengan Terry Malone. Siapa lagi yang boleh dipercayai?. Apa lagi, Alicia pun larilah sehingga masuk ke dalam satu kedai untuk mendapatkan bantuan. Pekerja kedai tersebut bernama Mouse. Mouse ni lah yang tolong Alicia. 

Sedikit demi sedikit Alicia tahu yang pihak polis kawasan tersebut (tempat Alicia bertugas) bila membuat rampasan dadah, setengah disimpan sebagai bahan bukti manakala setengah lagi dijual ke kawasan / komuniti tersebut. Ini ibarat harapkan pagar, pagar makan padi la kan?. 

Terry Malone pulak twist cerita kat pihak polis dan ketua pengedar dadah yang Alicia sebenarnya yang menembak pengedar dadah tersebut. Alicia bukan sahaja menjadi buruan polis tetapi juga komuniti pengedar dadah tersebut. Gambar Alicia dihantar ke setiap telefon komuniti pengedar dadah. Alicia juga minta pertolongan dari rakan setugas dia Kevin tapi akhirnya dapat tahu Kevin pun turut bersubahat dengan kegiatan salah guna kuasa pihak polis. 

Saksikan seterusnya. Bagaimanakah cara  Alicia nak membuktikan yang dirinya sebenarnya tidak bersalah?. Saksikan bagaimana Alicia membongkar salahguna kuasa polis.

Jalan Cerita : 4.0 / 5.0 Cerita memang laju dari satu adegan ke adegan yang lain. Jadi tak lah bosan kan. Saya macam nak tahu kisah seterusnya macamana Alicia cuba melarikan diri. Berdebar juga bila Alicia cuba melepaskan diri dari kepungan pihak polis dan kumpulan pengedar dadah dan saya teruja juga tengok watak utama seorang polis wanita bermain dengan senjata dan cara beliau mempertahankan diri berlawan dengan polis dan pengedar dadah. 

Pelakon : 3.5 / 5.0 Pelakon yang menjayakan watak dalam movie ini kurang dikenali tapi dapat membawakan watak dengan baik. 

Keseluruhan : Bagi mereka yang berminat movie kepolisan, movie ganas pengedaran dadah dan samseng, aktiviti lasak boleh la menonton filem ini. Tidak sesuai ditonton oleh anak sebab banyak adegan tembak menembak.

20 comments:

  1. suka genre lawan2 ni janji part bunuh2 ke tembak2 xde seram n ganas sangat..

    ReplyDelete
  2. lama tak tengok movie english action ni, boleh bookmark masuk dalam list untuk next movie to watch.. Macam best

    ReplyDelete
  3. suka juga action movie camni tp kalo plakon tk brp femes mcm tk best juga kn..nanti sempat bole la tgk

    ReplyDelete
  4. Baca sinopsis pun saya baca dalam keadaan berdebar-debar. Haha.

    ReplyDelete
  5. Suami nengok cite ni hartu, tapi nak tau tak, dia punya slow cite dan sebab pelakon tak best, sampai tertido Sis nengok hahahaha..sebab memang tak berapa suka nengok cite ganas, layankan Suami aje masa tu..

    ReplyDelete
  6. dari sinopsis dapat bayangkan kentalnya dan mencabarnya watak heroin tu. akak memang suka sangat tengok drama aksi lasak bagai ni. barulah tak mengantuk ;)

    ReplyDelete
  7. Yes. Nak tengok nie lepas terawih kang - tengok dah ada kat Netflix

    ReplyDelete
  8. Ok nak ajak suami tengok malam ni, cuba-cuba search dekat channel telegram kalau ada layan he he he

    ReplyDelete
  9. Wahh kita tak pernah lagi tonton movie ni tambah sekarang musim semua pawagam kena tutup hehehehe tak apa nanti kita ajak Rawlins lah pergi tengok movie ni kat Netflix rumah dia ada kita tak ada wakakakakka..

    ReplyDelete
  10. Tak pernh tau ceriat ni..macam best je..Banyak aksi tak..pelakon di pun jarang Nampak..tapi cerita omputih ni tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  11. Cerita ni tak pernh tau.. Tengok pelakon pun macam tak kenal. Tapi mesti best cerita ni. Cerita omputih selalu best2.. Hehehe

    ReplyDelete
  12. Thanks sis suggest citer ni. mmg tgh dok cari movie2 best ni utk tgok buat isi masa sepanjang PKP ni. btw movie ni pulak belum tgok lagi sebelum ni.

    ReplyDelete
  13. saya minat juga citer camni kepolisian, ke askaran dll. insyaALlah blh tengok

    ReplyDelete
  14. Hah cerita macam ni yang saya suka tengok. Nak nak dia bekas tentera join polis kan. Mesti jalan ceritanya tip top. Dua dua pelaon utama saya biasa tengok tapi tak hafal nama.. Hahaha

    ReplyDelete
  15. Macam manalah kesudahan Alicia ye. Semua yang dia harapkan rupanya musuh dalam selimut. Nanti Sis nak tengok cite ni. Thanks sebab share. Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  16. Menarik jalan ceritanya. boleh tengok ni. Thanks ya share sinopsis movie menarik ni.

    ReplyDelete
  17. Dah tgk semalam. Boleh la jalan cite dia plot twist xde best sgt.. Cite predictable sgt. Yg best tgk si mouse tu teringat dia blakon fast furious.

    ReplyDelete
  18. I dah tgk cerita ni. Menarik sebenarnya. Suka mana yg partner dia akhirnya phk kat dia.. tp dia 'ghost' askar yg lari dr tugasan kan

    ReplyDelete
  19. I tk pernah tgk cerita nie. Kena check out!

    ReplyDelete
  20. ok,blom pernh tngok citer ni...nmpk mcm best..nnty sy try tngok..

    ReplyDelete