Jumaat, April 17

Dapat keluar satu nikmat masa PKP

Ketua keluarga kena work from home. Sebelum ni ketua keluarga boleh ajer keluar time rehat tapi disebabkan kerja bertimbun, saya sukarela nak pergi membeli lagipun last saya keluar rumah exactly sebulan dari tarikh hari ni 17 Mac 2020. Sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. Kena terus pakai mask dari rumah. Rimas juga pakai benda alah ni tapi untuk keselamatan kan. 


Keadaan di traffic light Bandar Baru Bangi yang agak lengang. Kalau hari biasa sorrylah nak lengang macam ni. 


Tempat yang dituju ialah di Evo Mall. Tak sampai 10km pun dari rumah. To be exact 4.5km kalau ikut google map. Saya ke sini sebab nak pergi MaxValu dalam Evo Mall ni. Hari biasa pun tak ramai orang. Zaman PKP ni pun sama. Tak ramai dan lagi sedikit dari hari biasa. Boleh terus masuk je lepas kena check suhu. Ada kerusi yang disusun memanjang macam ni. Hakikatnya yang duduk depan tu pekerja sini. Nampak tak tanda tak ramai orang?. 

Ada satu insiden kat sini. Saya nak mencari cream cheese. Dania nak buat projek memasak dia. Gigih mencari tapi takde. Saya tanya staff sini. Dia kata stok akan sampai kejap lagi. Sedang saya berjalan-jalan, staff tadi approach kata stok cream cheese dah tiba. Nanti bila dia selesai check stock dia akan bagi kat saya. Gigih la saya jalan cari barang lain dalam list. Tengah dok mencari, datang la staff tadi tanya saya ke yang cari cream cheese? Sampai 2 dia bagi tapi saya cakap nak 1 je. Akhirnya saya ucap terima kasih dan sebut nama kat name tag. Namanya tak silap En. Khalil. Ada juga orang datang membantu kita kan?...Alhamdulilah. Fikir2 balik, gigih juga dia mencari saya kat setiap lorong tu. Ikutkan saya jauh dari tempat cream cheese tadi. 

Suami pulak kalau keluar dia pergi Giant kat Kipmall. Saya tak suka sana sebab masalah parking dan suami kata line beratur panjang sampai keluar. 


Time nak membayar saya guna pay wave je. 


Lepas keluar Maxvalu singgah pula Aeon Wellness. Nak mencari deodorant saya dan Dania. Walaupun duduk rumah, kena wangi-wangi ok?. Beli lebih sikit. Malas nak keluar mencari. Aeon Wellness ni langsung takde orang kecuali staff je.


Nikmat betul keluar ni. Sekarang ni nikmat ni yang kita rindukan sepanjang PKP. Nak bebas berjalan sana sini. Moga negara kita bebas dari wabak Covid-19 ni. Banyak-banyakkan berdoa....

Balik rumah, rehat, mandi kemudian masak. Terjadilah 2 masakan simple. Sardin dan kerang rebus hasil rembatan kat MaxValu. Paling manis bila suami dan anak bertambah nasi. 😊😊😊. Suami siap kata rasa macam dah kenyang tapi nak tambah lagi 😍😍. Masakan simple je pun tapi mungkin air tangan seorang isteri dan ibu yang berkat. Bukan senang nak makan lunch dan dinner bersama-sama macam ni kalau tak PKP. Hari biasa, suami dan anak tak ada kat rumah sebab bekerja dan Dania ke sekolah. Ada hikmah juga kan PKP ni?. Training masak2 sebelum bulan Ramadan nanti. 



22 ulasan:

  1. bila lama tk keluar..rasa lain kn..sepanjang PKP..baru 3x keluar beli brg selebihnya mmg ketua keluarga yg keluar

    BalasPadam
  2. Bestnyaaa...Sis lama gile tak keluar ni, semua urusan Suami aje yang beli...jangan-jangan nak start enjin kereta pun tak reti dah hahahaha

    BalasPadam
  3. saya pulak macam seram nak keluar. kat sini semua tempat pun ramai orang, so beli online je lah.

    BalasPadam
  4. setuju.. BBL pergi kedai KK Mart tepi rumah pun dah rasa puas. bosan asyik terperap dalam rumah lama2..tetap rindu nak jalan sana sini tak payah pass by roadblock polis tu

    BalasPadam
  5. Mommy rimas wo pakai mask tu. Bila hembus habis cermin mata bergabus. Memang nikmat dapat keluar. Mcm mommy hr tu. Beli brg nikmatnya lahai. Tp kena laju2 la. Kedai pun tak banyak bukak. Hahaha. Tak nikmat kat situ

    BalasPadam
  6. Ban pergi pasar ni selalunya kak yg pergi sbb senang kita tahu apa nak beli ... leceh nak peaan2 pd lelaki ni...baru2 ni ada sorang lelaki tanya “kak mana satu bendi?’emm tak kenal rupanya dia bendi... huhu

    BalasPadam
  7. memang lain macam je rasa keluar time PKP ni, sebelum ni nak keluar tak de fikir boleh ke tak keluar.. sekarang nak keluar je rasa takut. takut polis suruh balik sebab tak penting. LOL

    BalasPadam
  8. Memang bila sekali sekala luar rasa nikmat ha ha walaupun cuma kedai bawah paling dekat ha ha

    BalasPadam
  9. Betul-betul duduk rumahlah ini. Alhamdulillah dapat beli barang keperluan dengan jayanya. Sesekali keluar tak salah. Janji bukan berdua dan bawa anak.

    BalasPadam
  10. Lama x keluar juga ni..rindu shopping mall kalau tak hari-hari g curve..haha..adoi tapi teringin nak makan kerang juga sekarang ni..susah nak dapat kerang tu..

    BalasPadam
  11. Stay safe! Go everywhere ke mana2 janji safe. And take care of your hygiene.

    BalasPadam
  12. macam saya keluar atau tak sama je hehe sebab sebelum2 pkp pun saya lagi suka duduk di rumah hehe apapun2 terima kasih share pengalaman

    BalasPadam
  13. Betul tu..boleh bikin stress terperuk di rumah lama-lama. Okla dpt keluar beli belah, beli sayur. Happy sgt mcm pegi bercuti. Hehe. Alhamdulillah dpt luang masa bersama2 keluarga kan.

    BalasPadam
  14. Betul kak . Nikmat keluar tu rasa lain. Berdebar juga rasa bila nak keluar.. hahha za keluar smlm pun sbb nak derma darah. Lain macam KL xde kete

    BalasPadam
  15. Nad ni dah lama tak keluar. Pergh lepas ni kalau dapat keluar, memang nikmat dia lain macam ni.. Rasa macam bebas sebebasnya. Ya allah semoga covid ni hilang..

    BalasPadam
  16. betul rasa betul2 terapi bila dapat keluar time2 pkp ni. stekat ni saya dapat keluar seminggu sekali

    BalasPadam
  17. ada keluar 3 kali time pkp ni. 1 kali ke ofis.
    2 kali tu gi beli brg dapur. sebelum tu sekali mr.asben gi, ezna, tak puas hati! tu yg berikutnya, aida yg gi.
    first time gi mydin, pakai mask, after 20 minit gitu dlm mydin, terasa nak muntah!!!
    mcm pernafasan stucked somewhere tau. then, slowly, buka mask tang hidung. releks jap kat tempat tak ramai org.
    few minutes, baru rasa ok.
    tak pernah2 pakai mask kan. gitu la penangannya...

    BalasPadam
  18. Memang nikmat dpt kuar dlm masa PKP ni.. haaa.. kak kat umah abg jer yg gi beli brg2 umah sbb area sg buloh byk kedai xpyh pg jauh2

    BalasPadam
  19. Dapat keluar kejap pun dah nikmat kan.. i pun excitwd kekuar biarpun kejap jer masanya hahah

    BalasPadam
  20. Alahai.. kampung saya ni Seksyen 9 Bangi. PKP ni tak balik la ke Bangi. Mesti lengang je kat sana. Selalu bulan Ramadhan, tempat tu meriah dengan org shopping baju raya.. tahun ni dah takde orang...

    BalasPadam
  21. Yes a lot of us are really depressed over these few weeks. Can't wait for everything to return to normal again.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...