Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, April 23

Hadiah sempena kedatangan ramadan dan syawal

Tengah surf internet terus terjatuh hati ternampak Kak Ina dari Sri Munawwarah Design tengah promo tudung baru. Ala Kak Ina pakai apa semua nampak cantik. Kalau sesiapa yang tak tahu....Kak Ina ni anak kepada owner butik. Nama Haslina Ali. Nama owner butik atau ibu Kak Ina ni Dato' Hasnah atau dikenali juga dengan Dato' Nah. Sultanah Zahirah Sultanah Terengganu dan Permaisuri Agong sekarang ni Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pun ada membeli kat Sri Munawwarah. Kedainya terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Saya kenal butik ni pun dah lama since saya dulu membesar kat Damansara Jaya. Taman Tun Dr. Ismail tu kira jiran la. Alkisahnya bila Wardina Safiyyah kahwin, ada baju pengantin Wardina yang ditempah di butik Sri Munawwarah berwarna ungu. Haaa time tu la saya terpanggil untuk ke butik ni sebab saya berkenan dengan baju tu.  Wardina pun saya minat jugak. Ada la beberapa kali ke sini dan membeli. Selalunya beli masa tengah sale 😀😀😀. 

Sekali tengok dekat website ada 3 helai ini je. Lain semua dah sold out padehal Kak Ina ni baru masuk dalam website 4 days ago. 3 tudung square yang berlainan warna tapi coraknya ada border seakan sama. Saya beli ketiga-tiganya. Niat di hati nak belikan hadiah untuk adik-adik saya. 

Lepas tu saya ternampak pulak website ada jual jute bag boleh tulis nama. Ada beberapa corak boleh pilih tapi saya pilih brown jute bag with colour lining. Kebetulan ada 3 warna juga. Jute bag ni boleh la bawa shopping groceries ke, ke pantai ke.....eh banyak tu boleh bawa. 


So dah siap pair kan tudung dengan jute bag. Tudung gold ni dan jute bag warna hijau ni saya punya. Nanti ada la nama saya kat situ. 


Ni untuk adik No. 2 saya. Saya pilihkan tudung warna merah dan jute bag warna merah jugak. Khas untuk adik saya Elza. 

Credit : https://munawwarahdesign.com/
https://www.famsymall.com/

Ni untuk adik No. 3 saya. Saya pilihkan tudung warna biru dan jute bag warna biru jugak. Khas untuk adik saya Erma. 

Credit : https://munawwarahdesign.com/
https://www.famsymall.com/

Nak tunggu tudung dan bag ni ambik masa jugak. Nak hantar lagi kat rumah masing-masing. Seorang kat Kelana Jaya, seorang lagi kat Cyberjaya. Nak kena hantar by post la. Harap2 semua barang yang dipesan selamatlah tiba. 

Harga tudung tu RM18/sehelai dan harga jute bag tu RM35/sebuah. Jute bag ni bagi saya antara range harga yang rendah sebab ada juga harga RM40++ ke atas. Bagi sesiapa yang mencari idea untuk memberi hadiah boleh la ke website di atas ye. Rasanya kita mungkin tak dapat beraya bersama adik-beradik dan sanak-saudara jadi hadiah ni la pengganti diri. Harga bukan ukuran, tapi tanda ingatan tu yang penting...💜💜💜

Psst...psst.....rahsia ni. Harap-harap adik-adik saya tak baca post yang ni 😅😅😅


16 comments:

  1. Cantik design dan warna tudung tu. Special lagi ada jute bag and boleh pilih ikut warna tudung.

    Memang special 😊

    ReplyDelete
  2. Saya x pernah dengar ini Jenama. But the. Designs not bad. Sesuai utk wanita matang. Huhuhu.......

    ReplyDelete
  3. Wah best buat hadiah...senang x payah bungkus2 kan...design tudung pun cantik sangat

    ReplyDelete
  4. jute bag tu memang trending sekarang. design pun simple but cantik

    ReplyDelete
  5. cutenya both tudung & jutebag :) i pun suka jutebag..i beli yg minaz punya..dh ada 2 koleksi jutebag minaz hehehhe

    ReplyDelete
  6. Tudung pun cantik, begnya juga cantik. Orangnya lagilah bertambah jelita. Aura Wardina Safiyyah kut.😄

    ReplyDelete
  7. Ehh murahla i rasa. Sangat berbaloi nanti i nak check la.. berkenan pulak

    ReplyDelete
  8. Best lah bila nak masuk Ramadan jer dapat hadiah hehehehe seronok orang perempuan menghargai diri sendiri hehehehe Kita tunggu orang nak hadiah kat kita tak ada pun wakakakaka..

    ReplyDelete
  9. Eh cantiklah koleksi tudung match dengan jute bag yang boleh letak nama sekali. Ala cantiknya. Nak jugaklah macam ni. Huhuhu

    ReplyDelete
  10. Bag mcmni senang kalau ada ramai penghuni kat umah, dah siap ada nama..hahhah xde salah amk

    ReplyDelete
  11. Seronoknya, semua dapat seorang satu... cantik design tudung dan juga bag tu, yang menarik boleh tulis nama tak risau tertukar nanti

    ReplyDelete
  12. menarik camni. beli tudung, beg pun dapat siap tertera nama kita ya. thanks info

    ReplyDelete
  13. Cantik...bertuah adik-adik dapat kakak macam Ezna..mesti adik-adik suka tu kann...moga bertambah rezekinya..

    ReplyDelete
  14. Cantik2 tudung and bag tu harga pun taklah mahal, tentu adik2 happy dpt hadiah dari kakak dia

    ReplyDelete
  15. Cantik tudung. Murah!
    Bag tu agak trending last few months, ezna.
    Ofismet aida ada jual. rm59. Tapi lom lah aida beli...
    Terbaik la. Hadiah utk adik beradik :)
    Hadiah pengganti diri... So lovely.

    ReplyDelete
  16. I love the bags! But veronica don't wear all these Tudung. But I want the bag~

    ReplyDelete