Ahad, April 19

Resipi Oreo Cheesecake mudah tanpa bake

Kali ni resipi ni Dania yang buat. Dah lama dia sibuk suruh ummi dia cari bahan. Ok kali ni lepas cari bahan, Dania buat. Dalam pantauan ummi jugak la. 

Bahan - bahan :

1. Unsalted butter 50g
2. Whipping cream 200ml
3. Cream cheese 250g
4. Oreo 2 paket (1 paket hancurkan dengan cream, 1/2 paket patah-patahkan oreo jadi kecik, 1/2 paket lagi asingkan cream dan biskut. Biskut tu kemudian dihancurkan) 
5. Gula halus
6. Esen vanilla


Cara masak :

1. Oreo 1 paket hancurkan termasuk cream masukkan dalam loyang. Jadi based cake ni. 

2. Unsalted butter dicairkan, whipping cream, cream cheese, gula halus dan esen vanilla disatukan dan dikacau sehingga bahan-bahan jadi sebati. 

3. Masukkan juga oreo yang dipatah kecil-kecil tu ke dalam adunan di atas kemudian tuang adunan tu dalam layer kedua di dalam loyang. 

4. Taburkan serbuk biskut Oreo yang telah dihancurkan. 

5. Masuk dalam peti semalaman. Esoknya ngap la. Kalau tak semalaman pun tunggu la adunan cake tu keras boleh la makan. (Macam Dania tak sabar nak rasa hasil tangan dia)

Ni bahan yang saya gunakan. Boleh ajer beli ikut suka hati kita bahan yang mana senang nak dapat. Zaman PKP ni apa yang ada, yang tu lah saya beli. Pastinya pilih yang halal. 

Butter unsalted daripada Anchor


Credit : Google

Cream cheese Beqa. 

Credit : Google

Whipping Cream dari Anchor

Credit : Google

Inilah rupa cake sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 



Haaa ni lah hasil masakan Dania...
Oreo Cheesecake simple tanpa bake. 



Puji sikit kemudian Dania kata boleh buat lagi. Errr yang ni pun tak habis lagi sayang oii...😁😁😁 Kena puji la nak bagi semangat untuk masak lagi. 💪💪💪. Serius rasanya macam aiskrim dan tak manis sangat. Gula halus tu kena berpada-pada je masuk dalam adunan. Bagi ummi sedap. Secukup rasa. 

Tahniah anak ummi.....next....apa pulak?

20 ulasan:

  1. oreo dah ada ni. nak beli a few more ingredients, boleh la buat.

    BalasPadam
  2. semua bahan dah ada ni kat rumah. dah boleh buat dah ni. thanks for sharing :D

    BalasPadam
  3. Wahhh sedapnya cheese oreo.. Ni anak zaza suka makan.. Boleh la cuba buat..

    BalasPadam
  4. Senangnyaaa lahaii..ni kalau anak Sis yang kat Shah Alam sesuai lee kalau nak buat ni, sebab dia menyewa sana takde oven..nanti nak share kat dia..

    BalasPadam
  5. Senangn rupanya nak buat kek ni tanpa perlu dibakar. Baru tahu. Nanti lah nak cuba kalau ada masa. Bahan nak buat pun senang nk cari

    BalasPadam
  6. oreo cheesecake non bake ni mmg senang...lama tk buat..fav ankdara juga

    BalasPadam
  7. Pandai dania, buat dh. Aunty nal buat2 bila nak dtg kerajinan ntah.. Haahha. Bahan pun tak belo lago. Ade whipping cream je.. Hahaha.. Dh lama ngidam nak makn oreao cheesecake ni

    BalasPadam
  8. suka kalau masakan yang simple. tapi bahan nya tak simple. nak cari whipping cream pun susah sekarang ni

    BalasPadam
  9. Memarik ni. Bole lq cuba cuma kak tak nerapa suka cheese... terasa agt ke cheesenya...? Klu tak ok la nak cuba.

    BalasPadam
  10. Sedapnya! Nak cari bahan nak buat cheesecake jugak lah camni! Kalau beli mahal kan! Buat sendiri puas hati, dapat makan puas2!

    BalasPadam
  11. Yum! Dengar diperbuat pada Oreo cookies pun day tahu macam mana rasa nyer. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  12. geram betul tengok orang dok share resepi cheesecake. whipping cream belum beli. huhu thanks share

    BalasPadam
  13. dah pernah buat sebelum ni. memang senang je, mudah & bahan pun tak banyak. yg penting takpayah bakar.

    BalasPadam
  14. mahal ni kakkk. kalau jual ni. larissssss. sedapnya cheesecake. Cuma memang saya takkan buat. selalu gagal..Hahahahahaah.

    BalasPadam
  15. Time PKP ni semua pakat share resepi senang & sedap kan😋 ni nak kena try ni hehe

    BalasPadam
  16. Memang nampak sedap nak nak kek cheese memang favourite saya. Cara nak buat pun mudah saja. Nanti nak cubalah buat kek cheese oreo ni. Confirm kerja asyik mengadap saja kek ni

    BalasPadam
  17. mudah giler. nanti boleh cuba, tak payah bakar lagi memudahkan. sedap tu

    BalasPadam
  18. Rajinnya dia masak hehehhe.. btw jek ni mmh sedap makan sejuk2 kan

    BalasPadam
  19. seriously, semua bahan ada dlm peti ais aida kecuali biskut oreo, ezna.
    bcoz plan dah nak buat burnt cheesecake nanti.
    unbake gini, aida lom pernah try tau. terasa mcm susah.
    tapi baca resepi ni, mcm mudah plak rasanya... tq for sharing.

    BalasPadam
  20. Best nak buat cheese cake tanpa bake, senang jer kalau ada product Anchor, sis pun nak try.

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...