Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, April 5

Online shopping sepanjang PKP

Masa PKP ni banyak pula cerita pasal online ni tapi kali ni nak cerita pasal online shopping pulak. Terinspirasi dengan kawan yang exercise guna skipping rope dah terjebak nak membeli online. Ingat nak beli kat kedai sukan sebab kedai sukan ni selalunya barang pun berkualiti la bagi saya kan?. Dah specialised jual barangan sukan. Jadi terus ke page Decathlon ni. Wahhhh syok la ada free shipping on all orders! Paling penting no minimum purchase value. Tak kisah berapa harga kita beli pun. 

Photo credit : Decathlon

Saya dah tahu apa nak cari jadi saya pun terus la search je. Ha tu dia yoga mat dan adult skipping rope . Yoga mat ni cari yang paling murah iaitu berharga RM29 dan adult skipping rope ni harga dia RM15. Memang saje ambik warna pink so that macam feminin la sikit. Girl power....Ok...total semua RM44. Takpelah investment untuk kesihatan. 💪💪💪

Photo credit : Decathlon

Skipping rope ni special sikit sebab boleh masukkan weight untuk bagi berat kat pemegang tu. Ha nampak tak tu kat pemegang ada tempat boleh buka. 


 Photo credit : Decathlon

Weight ni pulak rupanya macam ni tapi kalau nak beli weight ni kena beli asing. Berat dia 75g. Rasanya tak beli kot yang ni. Try la dulu skipping tu. Kalau dah biasa boleh la letak pemberat pulak. 

 Photo credit : Decathlon

Haa ni dia benefits kalau melompat guna skipping ni. Moh la kita praktikkan. Boleh improve mood kita jugak tu...agaknya dari moody jadi happy kot? 


Photo credit : Google

Baru berbelanja online yang ni je sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP). Kain baju raya dah siap hantar tailor dah dan kebetulan ada juga beli baju tak rasmikan lagi. Jadi baju raya je la. Kalau extend lagi, bersederhana la kita...

16 comments:

  1. Perkongsian yang sangat baik tambah2 musim PKP ni. Mesti ramai yang guna platform ini utk shopping utk cari alat2 kesihatan. Walaupun PKP, kesihatan mesti kena jaga kan..

    ReplyDelete
  2. Sejak PKP belum pernah lg beli online sbb tiada kepwrluan berbuat demikian.

    ReplyDelete
  3. Baca tajuk je kan setepek kena muka sendiri hahahaha...Iyeee banyak betul online sopingnya kan, tapi yang geramnya ada 3 barang stuck tak dapat lagi ni adeiii...terus stop jap soping...

    ReplyDelete
  4. banyak sgt brg online belum smpai huhu.. Tu la dok umah ni, tangan gatal nk klik sana, klik sini. huhu. decathlon ni mmg mengundang. free pos lak. huhu

    ReplyDelete
  5. Dahg lama tak online shopping sebab selalu suka pergi kedai je, Di kedai rasa lebih konfiden beli barang sebab boleh sentuh dan tengok betul-betul tetapi bagus juga ada online platform ini bila sesak sesak.

    ReplyDelete
  6. free pos? ok sound good. haha. ala macam tau je kita nak cari skipping tu. tak buat apa dekat rumah petang-petang boleh jump sekejap dengan skipping tu kan. keluar juga peluh sikit :)

    thanks for the info :)

    ReplyDelete
  7. Belum lagi sempat melakukan online shopping dalam tempoh PKP ini. Mungkin selepas ini kut jika ada barang-barang yang dah habis di jual di kedai berhampiran.

    ReplyDelete
  8. Musim PKP ni banyak betul online shopping buat promosi dan paling best bila free shipping. jimat banyak hehe

    ReplyDelete
  9. Harg amampu milik la skipping rope tu. Tak sangka pula ada pemberat tu. Tengah konfius macam mana fungsi bila letakkan pemberat tu. Next boleh try la tengok online platform Decathlon ni.

    ReplyDelete
  10. macam best je laman web ni, barang sukan. Kan, sekarang mostly people berbelanja secara dalam talian. Senang, mudah dan practical.

    ReplyDelete
  11. Setakat PKP ni masih belum lagi shooping online selain beli makanan dgn cara online adalah...hehehe. Tapi memang ada niat nak beli sikit2 brg kperluan yg dah nak habis ni

    ReplyDelete
  12. Bagusnya decatholn ade jual online. Masa PKP ni pun kene jaga kesihatan dan bersenam. Tiba-tiba nak pergi usha juga..heheee...

    ReplyDelete
  13. Wow senang lah, barang sukan pun boleh beli online I sekarang! kualiti pn terjamin!👌

    ReplyDelete
  14. Eh. Rawlins pun terbeli benda yang sama - yoga mat dan skipping rope - almaklum dok makan tido nie neves bila PKP abis, kena beli pakaian baru plak hahaha

    ReplyDelete
  15. Haaa, cuti cuti ni kena juga bersenamkan walaupun duduk dalam rumah. Hihihi..
    Sekarang mudah kan.
    Boleh buat pembelian secara online.
    Tapi kalau takde masalah penghantaran okay la. Mudah.

    ReplyDelete