Saturday, January 27

Anak sulung besar tanggungjawabnya.....

Saya anak sulung dalam keluarga. Mama Papa saya dah meninggal tahun 2011 dan 2012. Saya ada adik beradik seramai 4 orang termasuk saya. Saya tak tahulah orang lain tapi kalau saya, saudara mara akan whatsapp / menghubungi saya kalau ada aktiviti berkaitan keluarga seperti perkahwinan ke atau jemputan rumah terbuka. Jadi saya akan mewar war kan kepada adik beradik. Sama juga untuk duit rumah sewa (opah saya ada rumah kat kampung. Pah pun dah meninggal). Saya kena distribute duit rumah sewa tu diantara kami adik beradik. Mama saya ada adik beradik seramai 9 orang dan ibu2 saudara saya pula telah meninggal dunia jadi anak2 yang akan mewarisi duit rumah sewa. 

Tadi, masa tengah drive ada seorang ibu saudara saya call sebab ada seorang sepupu saya nak bertunang esok kol 2 petang kat area Sg Buah Sepang. Ibu saudara saya tu mengharapkan saya dan family datanglah. Ayah saudara dah meninggal. Beliau ni kakak kepada Papa saya. Papa saya pula dah takde. Idak memang Papa saya jadi jurucakap agaknya. Kebetulan pula esok berderet pula dengan Dania pepagi ada merentas desa kat sekolah, petang pula ada tuition. Hubby pula ada jemputan kat rumah kawan. Saya pula petangnya ada hal area Sunway. Hmmm.....nampak gayanya kena utamakan ibu saudara saya ni lah. Serba salah kan?....

Ok tu cerita serba sedikit tentang anak sulung kan...ni nak cerita pergi kedai kat Bandar Baru Bangi ni. Saya beli kerongsang kekecik ni. Kebetulan kerongsang kekecik ni asyik hilang je. Kat sini beli RM10 dapat 12 biji kerongsang ni. Saya share sekali dengan Dania. Bila nak styling shawl Dania asyik la kurang kerongsang. Dania dah salahkan saya dia kata ummi ambik kan kerongsang tu 😡😡😡. Murah juga la. Kekadang RM10 boleh dapat 5 biji ajer. Yang ni 12 biji RM10 yer....best tak? 


Saya beli yang ni nak bagi ibu saudara saya. Tau tak yang ni dengan yang bawah, 2 set ni harga RM10. Maknanya set ni RM5 / set. Besar juga kerongsangnya. Ada juga 1 kerongsang kecik. Selalu bab kerongsang ni saya beli kat Kompleks PKNS ajer. La ni dah ada kat Bandar Baru Bangi beli terus la shopping kat CK Rahim Seksyen 7. Ni bukan batu Korea tu haa....batu biasa ajer. 

Design kerongsang ni nampak eksklusif. Sesuai la nak bagi ibu saudara. Nak bagi cecantik sket. Anak nak tunang kan....😘😘😘


Ni bentuk bunga pula. Pada mata saya sangat sweet. 🍬🍬🍬


Kekadang dalam hidup ni ada je time serba salah tu. Kena pepandai la solve. 

Moga majlis pertunangan berlangsung dengan lancar. Silap2 hubby saya jadi jurucakap. ✌✌✌

2 comments:

  1. murah dan cantik, rezekilah jumpa yg murah

    ReplyDelete
  2. murah kerongsang tapi cantik
    btw memang anak sulung tanggungjawab besar...setuju sangat :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails