Isnin, Januari 8

Kenduri dan Kendurian

Hari Sabtu minggu lepas kami balik Ipoh sebab ada kenduri kahwin. Sebelum bertolak ke Ipoh singgah makan nasi lemak kat perhentian area berdekatan UPM. Nasi lemak saya dan hubby lauk ayam. Dania makan nasi lemak biasa. 


Dekat Tanjung Malim, singgah makan dekat food court. Ni makan gado gado. Sedap la. Ingatkan nak rasa nasi lemak sambal bawang tapi dah habis pulak. Hubby pernah singgah kalau ride motor dengan kengkawan. Kata hubby sedap sambal bawang tu.


Kemudian terus ikut highway PLUS. Masuk pulak exit ke Gopeng sebab nak makan durian. Makan durian terus je kat sini sebab tak boleh nak bawak durian ke hotel. 


Sebiji durian dikongsi dua orang. Dania tengok kami makan je. Hee hee. 


Kemudian masuk balik highway PLUS. 


Dalam 2.30 petang tiba MU hotel (nama dulu Ibis Styles) dan terus check in. Ni bilik ada 1 katil queen dan 2 katil twin bed. Wardrobe dan TV pun ada kat dalam bilik ni. Bilik ni bilik Dania. 


Kat sini ada 2 katil twin bed. Tak masuk pulak dalam frame. Ada TV dan coffee maker sume ada lah. Ni bilik saya dan hubby. Dania takut nak tidur sini sebab nanti katil sebelah kosong. 


Makan petang kat Thumb's Cafe ni. Unik sebab cafe dalam rumah kayu. 


See....deko dalam cafe ni. 


Hubby pilih nasi goreng. 


Macaroni and cheese pilihan Dania. 


Kanji ayam pilihan saya. Banyak juga portion kanji ni. 


Petang sikit, adik saya Elza pun tiba. Jadi ni photo Dania dan 2 cousins. Zharif dan Zharfan. 


Malamnya teman family adik makan. Saya cuma reratah je kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Dania memang tak boleh tolak pulut mangga. 


Ni belut bakar. Not bad juga rasanya. Ada berani cuba?. 


Ketam masak serbuk kari. 


Udang bakar. Ada la 3 ekor. 


Keesokannya breakfast je kat hotel since ada 4 breakfast kan. Masa ni family adik tak turun lagi. Lepas pukul 12 tengahri check out untuk ke kenduri kahwin. Dekat ajer dengan hotel about 4km ajer. 


Photo ni sepupu saya yang ambik dalam St John Ambulance Hall, Ipoh. Wedding anak kepada sepupu saya ni. 

Edlin dan Shahridhan


Kali ni semua masuk frame. Tadi tak cukup kuota. 


Masa kat wedding jumpa abang arwah mama saya. Kami adik beradik panggil ayah. Isterinya tak datang sebab tak berapa sihat jadi kami pakat2 nak ziarah isterinya. Kami panggil Wan Bibah. 

Ni ambik gambar adik beradik saya. Dari kiri Elza, Ezna dan pakai specs tu Erma. 


Bebudak sibuk main buaian. Muka anak ummi terlindung dengan sepupu Dania nama Musyafee. 


Balik dari rumah ayah, kami singgah solat dulu kat masjid ni. Masjid ni terletak berdekatan rumah family kawan saya Jona kat Ipoh. 

Ni group boys. Group girls tempat lain le. Family adik saya Elza dah lepas ke highway PLUS kat hentian Simpang Pulai.  Nanti kami meet kat sana sebab nak convoy sekali makan durian kat Gopeng. 


Tara....dah tiba kat Gopeng tempat kami makan sebelum ni. Meh kita kendurian pulak. Makan durian reramai ni syok. Adegan rebut2 pun ada. Kat sini RM15/kg durian kampung. Sebenarnya singgah sini sebab ada kawan saya kirim cempedak. Tambahan ada meja macam ni dan kerusi. Senang la nak kenduri durian. Dania je yang tak makan durian. Tengok orang makan je. Ada juga adik yang tapau terus buah durian. Beli yang kecik RM10/kg. Agaknya bila tengok meriah kat sini, datang pulak rombongan 2 family lagi. 

Lepas habis makan berpisah la kami free and easy. Kena repeat lagi convoy macam ni. Syiok!!!


Kami ada singgah stop kat R&R Jejantas Sg Buloh sebelum solat Maghrib di Damansara Utama dan dinner pulak kat Vicchuda Tomyam Damansara Utama. 

Lepas dinner terus ke Bandar Kinrara sebab nak hantar cempedak kawan saya kirim. Kawan saya takde tapi anak bujangnya kawan Dania yang ambik. Manis anak bujang ni Ahmad Faris namanya. Sekolah Menengah je tak sama dengan Dania. 


Fuhhhh what a day. Penat tapi seronok....

17 ulasan:

  1. Akak baru makan durian rm8/kg agak berbaloi harga.

    BalasPadam
  2. Musim durian...sana sini org dok cite pasal durian...sis hr tu ke KKangsar pun dok makan durian...la ni terasa balik nak makan durian bila tgok org makan durian...huhuhu

    BalasPadam
  3. Dah lama ni tak makan durian. Dari mengandungkan anak lagi. Kalau kira kira ni dah nak masuk 3 tahun tka makan durian. Hadui

    BalasPadam
  4. bagus nya your trip, like jalan jalan cari makan! :D

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  5. Menariknya. Teringin nak cuba makan belut tu.

    BalasPadam
  6. Jalan-jalan cari makan namanya ni... Hehehe.. Bestnya makan durian.

    BalasPadam
  7. wow bestnya trip ! Memang best kan dapat ke sana sini bersama orang tersayang. durian dan belut tu memang favorite I ! ;)

    BalasPadam
  8. Wah makan sakan ni. Jeles sungguh

    BalasPadam
  9. seronoknyua jalan2 santai..udang bakar tu nampak sedappp

    BalasPadam
  10. best kan bila dapat jalan jalan ... tambah dengan family tersayang .. part belut tu hehehe...Sal tak pernah try lagi

    BalasPadam
  11. seronok yer berjalan , makan2 dan jumpa sanak saudara.

    BalasPadam
  12. Lamanya tak jalan-jalan Ipoh ni. Thumb Cafe tu lama x makan gak. Rindu Ipoh!

    BalasPadam
  13. Seronoknya berjalan sana sini. Lagi best bila bersama keluarga.. Lagi blagi est bila ada durian. Hehe rezeki berdurian. Eh berkendurian. Hehehhee

    BalasPadam
  14. sambil berjalan, makan-makan sekali. hehe. tertarik dengan keunikan Thumb's Cafe tu. makanan pun nampak sedap semuanya

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  15. The best way of tasting food-exploring and discovering. Plus the food looks really good too :)

    BalasPadam
  16. Jalan Jalan cari makan sambal attend kenduri. Meaningful family trip whereby can spend more time together.

    BalasPadam
  17. Sedapnya durian. Baru lepas makan durian juga ni tapi tak lebih 3 ulas. Err..tak berani nak makan belut tu. Tapi nampak sedap. Seronok dapat luangkan masa dengan family gini.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...