Rabu, Januari 31

Terpaksa membeli......

Hehehe tajuk kemain terpaksa lagi ye. Sebetulnya seterika dah rosak jadinya kebetulan Harvey Norman tengah buat warehouse sale minggu lepas kat Citta Mall. Apa lagi....terpaksa la pergi Citta Mall. 😀😀😀

Mulanya maybe nak beli seterika Phillips tu. Harganya dalam RM1200++ tapi kami kata nak jalan2 dulu. Mana la tau ada yang berkenan kat lain pulak kan?. Jalan punya jalan ternampak seterika yang ni pulak. Imported from the UK, boleh laras suhu nak panas macamana. Dapat sekali dengan ironing board yang besar. Harganya RM800++ berbanding Phillips (Phillips harga RM1200++). Dapat pulak 2 tahun warranty. Harga asal dalam RM900++. Kita kena pilih yang mana yang terbaik dengan harga yang berbaloi. Kami pun pilih yang ni. Senang Dania nak gosok baju sekolah. 


Ni ironing board tu. Ironing board sedia ada kecik sikit daripada yang ni. Puas hati la ironing board sebesar ni tapi makan space la pulak.....


Hubby nak beli yang ni pulak untuk letak kat ruang tamu atas. Tak payah dah nak letak aircond.  Aircond kan lagi mahal bil apinya. Produk ni kan kalau nak lagi best boleh masukkan ais kat dalam ni supaya suasana area tu sejuk. Harga RM800++ dan product ni buatan Jerman. 


Belian yang berbaloi kat Harvey Norman, warehouse sale di Citta Mall.  

14 ulasan:

  1. bli time sale berbaloi...cuaca panas skarang ...mmg kena ada ekon hehe...tp tula sure bil letrik melambung..ada air cooler okla tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuaca panas berbahang balik Aimi. Musim sejuk dah bye bye....

      Padam
  2. Balasan
    1. Ye ke memang phillips ok Izwa tapi ni pun bagi akak dah ok sangat....

      Padam
  3. Aset tu.. tak rugi beli dan guna manfaat dia kita dapat

    BalasPadam
  4. Adudu berkenan pula kat seterika tu.tp betul kalau nak membeli kan saya akan survey harga dulu tau.kalau boleh nak beli sesuatu barang tu dengan harga yang murah tp hasilnya bagus,produk berkualiti..

    BalasPadam
  5. Time sale dan ada duit. Memang ngam untuk berbelanja. :)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...