Khamis, Januari 11

Bila diuji di mesin ATM

Semalam masa keluarkan duit kat ATM Maybank Bandar Baru Bangi, kad je keluar tapi cash shutter tu tertutup. Bila check balik Maybank dah tolak RM1100 yang saya cuba keluarkan tu. Terus call nombor toll free belakang debit card Maybank. Agak annoying jugak sebab kena tunggu orang cakap then tekan 2 la tekan nombor itu ini sampai la bole cakap dengan customer service rep. Dengan suara yang sebak saya buat la report tapi terkeluar pulak kalau Maybank tak bagi balik duit saya tu saya viral. Hehehe....

Mana tak paniknya sebab amount 4 angka sebab saya organize glamping trip family saya ni. Later saya share. Can't wait. Niat di hati saya nak keluarkan kemudian nak bank in kat bank lain. Mula la terfikir nak jual je Public Gold bullion saya kalau nak bayar balik duit adik beradik. 

Tak lama lepas letak telefon, saya check balik via maybank2u, fuhhh lega duit dikembalikan semula. Nak keluar balik duit kat Maybank dah fobia pulak. So hari ni baru keluarkan. Itu pun kat ATM Machine Maybank dekat Petronas. 


So kalau anda semua ada kes macam saya. Nak keluarkan duit, kad je keluar duit tak keluar jadi kalau call customer service tu tekan No 2 (pilihan bahasa) kemudian No 0 (Nak bercakap dengan customer rep) dan kemudian tekan 4 (nak tahu status duit yang ada dalam akaun). Idak...terpaksa la tunggu dia cakap 1....1..... 

Lega sangat2 duit saya dikembalikan semula. Actually ambil masa 24 jam. Kes saya cepat pulak. 

Anda pernah kena tak? 

13 ulasan:

  1. pernh kena juga...tp tkla secepat ezna dpt duit blk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji dapat duit balik. Risaunya sebab duit2 tu sume adik2 yang punya. Kita ni organize Glamping Trip so sume duit kita yang pegang dan nak bayar. Jenuh la kalau kena ganti balik....

      Padam
  2. Balasan
    1. Tak tau nak cakap camne....seram, seriau gitewww

      Padam
  3. Pernah kena..dan pernah gak kena dengan kad2 sekali kena telan..ngek betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak solve bukan dan dan tu. Kena ambik masa la pulak ye....jenuh SA...

      Padam
  4. Pernah kena , tapi situasi berbeza .. nak keluarkan duit .. tapi kad kena tendang .mujur duit dalam bank still ammount yang sama

    BalasPadam
  5. takut bila jadi macam ni,.risau sanagt2

    BalasPadam
  6. Bila jadi mcm ni memang kita boleh call & buat aduan. Tapi proses dia melambatkan. Tak sama setiap kes kan. Fobia plak bila keluarkan duit amount yang banyak ni.

    BalasPadam
  7. Huii panic jgk klu jd mcm ni kat diri sendiri. Bulan lepas salah sorg senior kat ofis ni nak keluarkan duit utk nak pergi umrah. keesokannya dia nk pegi umrah. dan2 je kad atm sangkut x keluar2. kesian.

    BalasPadam
  8. Mmg risau klu keluar dlm amount yg banyak. Baguslah klu feeadback dlm 24jam..klu makn masa berhari2, mau kena kecam bank tu 😂.

    BalasPadam
  9. wuiii seriaunya kalau benda mcm nie berlaku. sy pernah sekali buat transaksi online untuk kawan. bayarkan tempahan hotel dekat Agoda. Duit dah tolak tapi reservation xde. Agoda kata dia reject. Ahh sudah, haru-biru saya dibuatnya >__< tapi nasib baik seminggu kemudian, saya cek duit tu dipulangkan. sy dah redha dah duit tu pergi sebenarnya. tapi nasib baik dapat balik.

    BalasPadam
  10. eh i dah pernah berlaku rm20 je pun sampai ke pahang I deal dengan maybank ,, duit I masukkan tapi dia keluar kosong padahal mesintu dah telan duit I.

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...