Friday, January 19

Ini kisah Yusuf dan Bujibu

Pada 17 Januari 2018 yang baru ni saya berkesempatan untuk memenuhi undangan ke Majlis Anmum Essential memperkenalkan Hanis Zalikha dan anaknya Yusuf sebagai duta. Tak semua undangan dapat saya penuhi sebab Dania sekolah petang. 

Berbalik pada majlis ni.....setting atas pentas ni memang comel, secomel pemilik nama Yusuf Iskandar. Diadakan pula di Blokke Cafe (Sebutan Block) yang terletak di dalam Citta Mall. 



Yusuf ni excited tengok banyak 🎈 kat atas tu. Comelnya si kenit ni. 


Pemilik Blokke Cafe ni Sheahnee Iman Lee (belah kanan). Kenal tak?....isteri kepada Naz Habibur Rahman yang jadi pengacara JJCM tu lah. 


Siapa para peminat Hanis Zalikha? 🙋 Jangan lupa saksikan kehidupan harian Hanis dan keluarganya sebagai duta baharu Anmum Essential dalam rancangan realiti TV terbaharu di Astro Ria (Saluran 104), My Little Heroes Yusuf & Bujibu. Bermula 31 Januari 2018 pukul 9 malam. Episod baharu pada setiap hari rabu. 

Kalau ikutkan inilah salah satunya rancangan di Astro yang menggabungkan kanak-kanak dan haiwan kesayangan. 🐱

Berkenan dengan warna baju Hanis ni warna lavender sebab so sweet. 


Majlis perasmian dengan gimiknya....tendangan Yusuf pada standee lolipop. Wachaaaaa....Jangan tak tau ye follower Yusuf kat IG 2 juta okayyyy 👏 cayalah Yusuf. Bujibu si kucing glamour pun tak kurang hebatnya sebab ada 1 juta follower di platform IG. Hebat2. Kalah kita ni....😝


Kanak-kanak aktif yang sedang membesar memerlukan nutrisi optimum serta stimulasi yang betul untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial mereka. Gabungan stimulasi dan nutrisi penting seperti DHA dan Gangliosida (GA) sangat penting untuk menyokong perkembangan otak. DHA menyokong perkembangan otak sementara Gangliosida pula membantu dalam hubungan sel sel otak. Apabila sel-sel otak berhubung, kanak2 akan lebih cepat berkembang dari segi memori, pembelajaran dan memahami perasaan. Anmum Essential yang kini dengan Mind-Q Connect mengandungi DHA dan dua kali ganda GA (Gangliosida) serta fosfolipid dan protin. 

Ketahui lebih lanjut tentang Anmum Essential di www.anmum.com/my 


Naz Habibur Rahman pemilik Blokke Cafe yang sangat murah dengan senyuman. Memang best tau Blokke Cafe ni. Makanan sedap dan child's friendly cafe sebab ada tempat mainan kanak2. Sesambil ibu ayah makan boleh biarkan anak2 bermain dalam suasana yang selamat. Luas tau tempatnya. Tak percaya datang tengok sendiri....


Gegambar makanan saya tak ambik pulak tapi takpe boleh usha blog Nana atau Zety bila mereka update nanti. 

Serius sangat 👍 food kat Blokke Cafe. #akusuka

Jangan lupa saksikan My Little Heroes Yusuf & Bujibu. Setiap hari rabu bermula 31 Januari 2018 ni pada jam 9 malam, Astro Ria Saluran 104 ✌

Dibawakan khas oleh Anmum Essential....

32 comments:

  1. Comelnya yusuf.. rasa nak picit2 pipi dia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. I teringin gak nak picit dia tapi dikawal ketat mummy dan daddy. Tak berani i....huhuhu

      Delete
  2. huhu.. baru tau nama penuh abg Naz.. ceh.. panggil abg Naz pulak yea.. terperasan kita muda pulak.. kih3.. smart jugak Blokke Cafe tu.. adui.. mestilah nak tengok rancangan yusof dan bujibu ni.. hahaha.. selalu skodeng ig yusof dan bujibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak penuh lagi tu. Kalau tak silap Nazrudin Habibur Rahman....

      Delete
  3. Selalu tgk yusof dgn bujibu kt ig.. Haha geram betul dgn peel masing2..

    ReplyDelete
  4. Selalu intai yusuf & bujibu dekat IG diorang. Comel jer masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye keduanya comel. Telatah mereka mencuit hati.

      Delete
  5. Ala comelnya Yusof walaupun hanya nampak dalam insta dan tv tapi di ada satu aura kanak-kanak yang buatkan ramai orang tertarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aura tu dapatnya sebab anak selebriti tu. Tambahan Yusuf ni comel.

      Delete
  6. Wahhh bestnya Kak Ezna dpt jumpa Yusuf. Teringin jumpa si kecil comel tu. Mesti kena tengok rancangan bujibu dgn si yusuf nie !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Zharif tengok la. Yusuf ni memang tak dok diam. Ye lah bebudak baya tu kan....

      Delete
  7. Comel betul yusuf..untung jadi anak selebriti..asyik jadi perhatian je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusuf jenjalan memana je ada je yang snap gambar...

      Delete
  8. saya peminat setia yusuf dan bujibu. dua2nya comel dengan keletah masing2. geram tengoknya hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram tengok Yusuf. Apatah lagi tengok secara live. Bujibu takde pulak event ni...

      Delete
  9. saya memang suka sangat yusuf dengan bujibu ni, kalau buka IG mesti tengok Ig diorang sekali hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. 2 juta follower? Menangis nak kejar oiii. Saya lah salah sorang di antara 2 juta tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahhh Rawlins Glam boleh je cecah 2 juta. Nama pon 'GLAM'. Kita ni ye lah tersemput semput nak tambah follower :P

      Delete
  11. best & beruntungnya yusof..kecik kecik dah ada program sendiri kan heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ibu ayahnya menabung untuk Yusuf. Untung jadi anak selebriti ya....

      Delete
  12. Suka tengok Yusuf dari baby. Keknis pun ruby dah follow dari zaman dia model dulu. So, rasa seronok tengok anak dan kucing dia ni pun dah macam adik beradik. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak je like Ruby kat IG Keknis tu haa....

      Delete
  13. Comel dan bijak yusuf, untung hanis dapat anak comel cam yusuf kan? Ok, nnt nak tengok la siri terbaru di Astro ni. mcm menarik jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki Hanis dan Hairul sebab anak comel....

      Delete
  14. Skrg ank2 artis semua ada show sdri kan...
    Untung..kecik2 da byk duit

    ReplyDelete
  15. alolololo.. seronok tengok gelagat budak dua orang ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails