Ahad, Januari 28

Pengasas Ikea meninggal

Siapa yang tak kenal dengan Ikea kan?. Pernah la dulu2 Dania main-main kat Smaland Ikea Mutiara Damansara tu. Masa tu Ikea Cheras tak bukak lagi. 

Siapa kenal pengasasnya?. Ni saya baru dapat tahu yang pengasasnya Ingvar Kamprad telah pun meninggal dunia ketika tidur. Panjang juga umurnya ketika meninggal iaitu 91 tahun. Kediamannya terletak di Smaland. Ohhhh patut la tempat mainan kanak-kanak tu diambil sempena tempat kediaman beliau di Sweden. 

Photo was taken here 

Fakta paling menarik tentang beliau ialah Ikea bermula ketika beliau berumur 17 tahun. Wow memang business minded kan?

Harap2 Ikea akan lebih berjaya walaupun Ingvar Kamprad tulang belakang Ikea telah pun meninggal dunia. 

1 ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...