Nuff

Anugerah Seni Kulinari Nestle Professional Ke 10

Semalam lepas Majlis Pertunangan sepupu saya terus la bertolak ke rumah sebelum bergegas ke area Subang Jaya di Taylor's University Lakeside Campus. Since semalam Dania terpaksa ponteng tuition untuk sehari, Dania nak ikut la ummi dia. Dania memang dari kecik asyik nak ngekor je ummi dia 😏😏😏. Kami tiba Taylor's dalam jam 5.26 petang. 

Dania pun dapat le sekali tag media. After all Dania kan anak kepada media 😜😜😜


Anugerah Seni Kulinari Nestle Professional Ke 10 mengumumkan pemenang 'Culinary Arts Award'  2018 pada 27 Januari 2018. Majlis diadakan di Taylor's University Lakeside Campus. 

Guest of Honour ialah En. Nizam Bin Kamarulzaman selaku 'Director General Department of Skills Development' daripada Kementerian Sumber Manusia. 



Ucapan oleh Dato Paduka N. Subramaniam 
Vice President of Malaysian Association of Hotels


Persembahan 🎻🎻🎻🎢🎢🎢🎡🎡🎡oleh pasukan dari Taylor's University membawakan lagu The Final Countdown dan Viva La Vida dari Coldplay. 


Kemudian, ada beberapa pelajar mendapat sijil penyertaan kerana menyertai pertandingan ini. Sijil disampaikan oleh Executive Chef Le Meridien Kuala Lumpur, Chef Antoine Rodriguez. 

Ini salah seorang penerimanya. Rasanya student ni student luar. 


Pemenang tempat ketiga membawa pulang RM1000. Pemenangnya ialah Shaun Wong Wen Jin daripada UCSI University. 

Mereka turut merangkul pingat dan sijil yang disahkan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Skills Malaysia. 


Idris Muaz Bin Mazlan dari Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh, Pulau Pinang mendapat tempat kedua. Hooray Hooray.....entah kenapa saya bangun memberikan tepukan gemuruh kepada Idris yang membawa pulang RM2000. Universiti saya dulu le walaupun cawangan lain. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


Juara....Eng Sheng Pei (Edward) student dari Taylor's University. Beliau merebut hadiah utama bernilai RM3000 dan yang paling best dapat latihan amali selama 6 bulan di bawah bimbingan Antoine Rodriguez, Chef Eksekutif di Le Meridien Kuala Lumpur. Pemenang juga berpeluang mewakili Malaysia dalam pertandingan kemahiran ASEAN dan pertandingan kemahiran dunia yang akan datang. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


'Lecturer of the year' pun mendapat pengikhtirafan. Ni kira hadiah terkejut ni. Takde dalam program. 


Masakan Eng ini diberi nama 'Dessert Garden' yang terdiri daripada Chocolate Mousse, Salted Caramel dan Pistachio 'sand'. 


Nestle Professional ditubuhkan untuk membekalkan produk-produk makanan dan minuman yang berkualiti tinggi kepada pengendali di dalam industri makanan dan minuman. Nestle Professional mempunyai rangkaian global yang terdiri daripada unit-unit penyelidikan dan pembangunan., termasuklah 14 kilang perkhidmatan makanan, pusat-pusat makanan, pusat minuman (beverage center) di Switzerland dan lebih 10,000 kakitangan di lebih daripada 90 buah negara. 

Photo terakhir anak media ni haa di Taylor's University Lakeside Campus. 


Comments

  1. gmbr terakhir dania tu ..mcm beso sgt dh dania...dh gaya student kt university hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....kengkonon student ambik foundation science la ni kat Taylor's University Lakeside Campus. Hehehe....

      Sebab Dania pakai baju kurung agaknya. Tu yg nampak matang tu.

      Delete
  2. Ada jugak peneman pergi event... Hehehe... Tahniah buat semua pemenang.

    ReplyDelete
  3. best yer dapat join event macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la jugak. Semuanya student. Mengimbau masa akak student U dulu2...hee hee

      Delete
  4. wah..antara yang terhebat ni. Tahniah kpd pemenang..

    ReplyDelete
  5. wow tahniah pada semua pemenang, i tak nampak sangat sebab gambar kecil, gambar makanan pun ada satu je tak boleh nak komen pemenang punya skill..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa memasak takde. Ni terus penyampaian hadiah. Gambar ikut tempat i duduk. Nak dok depan, malas nak keluar masuk sebabnya duduk kat auditorium ala kat cinema...hee hee....

      Delete
  6. Wahh banyak juga duit kemenangan yg diaorg dapat ya,memberi semangat utk student2 ni. tahniah lah buat pemenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemangkin untuk mereka lebih berjaya di masa akan datang....

      Delete
  7. Tahniah kepada yang menang. Seronok Dania dapat teman gi event.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok la dia. Nak ngekor ummi dia je....Hee Hee....

      Delete
  8. Boleh tahan juga ye. Kena buat lagi anugerah macam ni untuk galakkan mereka tambah skill yang sedia ada dan tingkatkan daya bersaing sesama mereka

    ReplyDelete
  9. anugerah yang memberi semangat kepada mereka akan datang. tahniah kepada pemenang

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. i hari tu mcm last min dia invite..lps tu tepgei jalan jalan japan..mmg lupa ingatan sekejap haha

    ReplyDelete
  11. nampak simple dish dia.. tapi renyah nk buat tu.. huhu

    ReplyDelete
  12. bestnya kak saya suka kalau pasal makan2 nie shoot pun xapa thehehe

    ReplyDelete
  13. Seni kulinari memang boleh pergi jauh... sebab ianya satu skill yang bukan semua orang ada.

    Teringat member serumah waktu belajar dulu.. Buat duit setiap kali ada event Universiti or dekat luar... Paling masyuk antara kami semua

    ReplyDelete
  14. Congratulations to the winner, the event was great.

    ReplyDelete
  15. Congrats to the winners. Seem a genius chef. Looking forward for more creative dish.

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts