Rabu, Januari 17

Bikini jelmaan muslimah

Dok la browse net nak cari baju mandi yang loose cutting. Kebanyakkan baju mandi ni agak ketat. Kalau tak ketat pun lepas keluar dari dalam air mesti nampak bentuk badan. Akhirnya terjumpa dengan BAkini (Bella Ammara + Bikini = BAkini) daripada Bella Ammara. Terus call cawangan BA kat Bangi tapi katanya stok dah habis. Dah launch product ni tahun lepas lagi. Errr tak tau pun saya?....Saya pun call stockist BAkini ni dan akhirnya ada stok. Yayyyyyy.....

BAkini ni semalam baru tiba. Loose cutting dan di dada ada satu lapisan lagi jadinya boleh la cover mana2 yang patut. Kat seluar pun ada tali untuk diikat pada baju. Apa yang saya perhatikan selalunya tali nak ikat tu ada kat baju jadi kekadang baju mandi tu boleh naik ke atas. Dengan BAkini, tali diikat pada seluar. Kaki pula ada grip supaya bila mandi takde la terangkat tangan dan seluar baju mandi ni. Saje beli siap2. Senang nanti nak bercuti kat tempat air2 ni. Hee Hee.....

Warna yang saya pilih ni blue maroon. Banyak lagi warna yang boleh dipilih. 


Dapat pulak free goggle (jenuh nak eja sebab nak sama ngan google....) dan beg toilettries. Terbaik la stokist ni. 


Siap cara pemakaian tudung BAkini dan cara penjagaan baju mandi BAkini lagi. 



Berminat?


Sis bukan agent BAkini. 

Tengah usha usha nak beli stokin mandi Safa pulak......

40 ulasan:

  1. ada tgk juga aritu tp tkde size and color berkenan..julia pn beli BAkini ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni terhad pulak warna dan size sebab Bella Ammara Bangi kata dah launch last year lagi. Ni pon cari kat stokist. Kalau website Bella Ammara ni dah sold out!.

      Padam
  2. tula el pun nah tengok bikini BA ni..nti nak kumpul duit dulu hahaha

    BalasPadam
  3. haa.. ini memang mengundang nih kak.. hee~ nak beli tapi tu la.. dah habis kat website dorang ni benonye dah lama ni.. kena cari kat agent la kot kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gerimis Mengundang ke apa ni Atie?....Hee Hee....kat BA dah takde stok. Kena cari Stokist/Agen tu pon kalau ada stok lah....

      Padam
  4. bagus lah ada Bikini muslimah ni.. senang nak guna.. kain jenis memang untuk mandi manda.. cepat kering.. ala.. nak try cari lah.. kot2 nanti nak mandi manda senang.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesiap awal2....paling best sebab loose cutting. Sis segan nak pakai baju mandi muslimah yang biasa tu....

      Padam
  5. wah.. bagusnya dengan inisiatif macam ni. setidaknya muslimah taklah rasa terpinggir untuk turut mandi-manda dengan selesa. :D

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah bgus ada bikini muslimah ni.. Mcm zaza pun sekali sekala suka jgk nak mandi kolam tp tak ada pakaian yg sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada yang sesuai takde la segan nak mandi...

      Padam
  7. Memang bagus ada bikini muslimah ni...akak plak memang jarang ada aktiviti melibatkan air..kalau ada memang cuba elak dari join..akak takut air..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa....takut air ke? Mesti ada peristiwa yg terjadi dulu kan?

      Padam
  8. seronok la nanti nak berenang. tak perlu lagi risau terselak ke kannn

    BalasPadam
  9. Org putih pnggil burkini..
    Celebrity mcm nigella pun pkai burkini tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang putih pon dah nak pakai yang tutup. Nak jaga kulit agaknya....

      Padam
  10. Bagus sekarang kena ada semua untuk wanita muslimah kalau nak mandi kat kolam renang tak terselak dan terdedah selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mahadi. Idak segan nak mandi kolam renang. Pakaian tak sesuai....

      Padam
  11. Btul..byk yg ketat. Segan nak pakai hehe. Kalau ada loose cam ni sng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Linda....kalau dulu yg baju mandi muslimah biasa tu....atas baju mandi akak akan sarung T Shirt. Hee Hee. Yang loose ni alhamdulilah. Pakai saje pon ok....

      Padam
  12. ada nampak dekat ig baju berenang untuk muslimah ni..memnag bagus..

    BalasPadam
  13. Tajuk jelmaan tu bikin panik jiwa.

    BalasPadam
  14. Makin banyak kemudahan dan pilihan untuk muslimah beriadah kan. Syukur ada yang prihatin sebegini.

    BalasPadam
  15. Good to know that too, now muslimah also can go for swimming comfortably.

    BalasPadam
  16. Bonde memang minat lepak2 pulau ni... dah beli 3 set dan dua set dah rosak sebab dah lama sangat berjasa, tinggal 1 yang baru...

    BalasPadam
  17. Nama nya agak menarik mcm Bikini lagi tapi muslimah...

    BalasPadam
  18. klu hobi dengan air ni konpom akan beli produk ini

    BalasPadam
  19. Sis nak letgo tak Preloved bakini ni hihi... 011-27272469

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila masa akak declare baju mandi ni preloved dik?

      Padam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Celebrate habis final exam paper & dapat kerja

Kami ke IOI City Mall la apa lagi...sebab mall ni paling dekat dari UPM tu. Memang saya plan nak makan kat Secret Recipe. Lama dah tak makan...