Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, November 15

Makan time - D'terapung Port Dickson

Masa cuti Deepavali me ada pergi makan sampai Port Dickson. Terus masuk dalam GPS. Ikut GPS yang terpampang Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan. 

Tibalah kami kat sini 5 minit sebelum pukul 7 malam. Order 5 ekor udang goreng kunyit, 1 pinggan pepahat bercili, sup sayur untuk 2 orang dan telur dadar 2. Air pula air sirap dan teh o suam. Pilih pulak meja menghadap tepi laut. Bertambah berseleralah makan. Tambahan cuaca baik tak hujan.

Cantik jugak, sambil makan boleh tengok matahari terbenam. Permandangan kat sini sangat indah. Memang restoran D'terapung ni terletak di tepi laut. In fact terapung atas laut lagi. Ada je kedai makan dalam ni tapi tak le tepi laut. Nak try la makan kat sini sebab Qi JJCM TV3 dah pernah terjah restoran ni.

Tiba cashier nak bayar, hubby pun bayar lar. I pun tanya berapa kena? RM91 semua. Udang 5 ekor sahaja berharga RM54 makhaihhhhhh......punyalah mahal. 5 ekor je pun. I makan kat Ana Ikan Bakar Petai Bandar Baru Bangi pun tak semahal ini. Mungkin faktor lokasi yang cantik menyebabkan harga mahal kot....

Lepas tu singgah surau yang terletak sebelah ajer dengan Medan Ikan Bakar MPPD. Very convenient.
 
Kat dalam ni la D'terapung tu

Cantiknya permandangan kat sini

Pilih pilih yang mana berkenan di hati

Udang ada ketam pun ada

Tingkat atas pun ada

Waktu operasi

Pilih lagi yang mana berkenan di hati

Masuk udang dalam bakul ni tugas Dania. Suka sungguh....

Pose dulu sebelum makan

Lauk pauk kami

Plak JJCM

Lepas tu bertolak balik rumah. Kemain jauh nak makan tu. Sebenarnya kami dari area Bandar Baru Senawang bertolak ke sini. Short trip yang menarik gak tuh. Yang penting kita enjoyyyyy!!! (sila cakap macam Nora Danish dalam siri Puteri ).

9 comments:

  1. Ezna.. memang udang sekarang mahal.. i pernah kene jugak dulu, cuma lately kalau pergi seafood i dengan emran jarang ambik udang.. too expensive ;D sekali sekala boleh la

    ReplyDelete
  2. Tumpang lalu..
    Tadi mkn mlm d trpung.Udang mmg mahal too much ambek udang 10 ekor Rm108. Balik hotel maseh tertanya tanya betul ke?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG!!! Kalau anda perasan....udang saya 5 ekor harga RM54. So maknanya 54 x 2 = rm108. Gulp...tertelan air liur nak membayarnya....x termasuk minum + masakan yang lain tu....hurmmmmm saya pun tak faham cemaner kemain mahal harganya...

      Delete
  3. Memang tak pegilah jawabnya.. dahler anak2 suka makan udang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak rasa environment sana ok la tapi TOO MUCH la harganya :-(

      Delete
  4. kat gerai sebelah bawah, boleh dapat separuh aje harga... udang 100grm rm9

    ReplyDelete