Isnin, Disember 22

10000 Langkah UPM tapi ada insiden....

Paginya saya sakit kaki pulak. Entah macam mana saya pijak lantai....

Dijadualkan 10000 langkah UPM pada 17 Disember 2025 jam 3.30 petang. Sempat lagi singgah 7-11 beli air mineral dulu dan siap-siap isi minyak kereta dulu. Saya dah siap-siap datang awal dah pada hari kejadian. 


Dah ramai dah yang datang ni...
 

Pinjam topi Dania. Hehe


Oh....Kompleks Sukan ini dirasmikan oleh....rujuk gambar.


Water station pun ada. 


Bergambar kat tempat permulaan. 


Selfie dulu. 


Tengah tunggu ketibaan Naib Canselor. 


Lagi gambar....


Cuaca mendung dan time ni ada hujan renyai-renyai jugak. 


Ni nak panaskan badan dulu. 


Ni baru je keluar pintu belakang ni. 


Dah masuk dah Farm Fresh ni....jalan ni ok lagi sebab jalan rendah. 


Kena lalu area lembu Farm Fresh ni. Kebetulan Dania ada amali kat Farm Fresh ni. Sambil jalan tak nampak pulak kelas Dania kat sini. 


Ni dah mula berbukit dah gais.....kan saya citer tadi kaki saya sakit kan....yaaa datang dengan pakej pening pulak sekali. Ni dalam 700 meter kot saya dah berjalan. 


Jalan tanah merah lecak la. Puas elak sana sini tak nak bagi masuk lecak. 


Saya dah duduk atas batu ni. Dah tak boleh teruskan sebab kepala berpusing sikit dan kaki sakit. Kaki ni bukan selalu rasa sakit tapi sesekali bila salah berpijak tu. Orang lalu tanya je ok ke...ok ke....😅. Ni dah mula kawasan mendaki sikit. Alamak Naib Canselor pun tanya ok ke kak?. 😆. Bila duduk sini orang akan tengok la kan tapi I don't care la. Kalau terus nanti kot pitam pulak....Nampak macam ok je....


Staff tanya ok ke kak...larat ke nak jalan? Terus saya kata tak. Dia kata nanti akak naik ambulans. 😅....Haaa ambulans???. Tudiaaaa datang ambulans Pusat Kesihatan Universiti. 


Half way, ada seorang staff Fakulti Veterinar naik ambulans. Haa yang ni teruk sangat ni bila tanya tak menjawab sangat. Dia kata dia rasa kepala berpusing. Bila check...tengahari tak makan. Saya makan tengahari tapi tu la kepala saya rasa berpusing gak dan kaki sakit (Kaki sakit dari pagi lagi). 

Pengalaman la naik ambulans. Nasib baik ambulans tak berbunyi cumanya bila ambulans lalu orang tengok. Entah siapa pulak ambik gambar saya dalam ambulans....please please jangan la keluar mana2 kang takut ada yang kenal 😆




XOXO,
Ezna
















2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Takpelah Wak....masih ada langkah la dari tak ada. Hehe....kalau nak teruskan takut pitam je.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

10000 Langkah UPM tapi ada insiden....

Paginya saya sakit kaki pulak. Entah macam mana saya pijak lantai.... Dijadualkan 10000 langkah UPM pada 17 Disember 2025 jam 3.30 petang.  ...