Isnin, Oktober 27

Sijil & Makan

Saya selalunya akan keep track sijil atau apa yang Dania kena pick up. Kali ni kena ke Dewan Besar untuk pick up Sijil Penyertaan Dania untuk Poster Kesihatan Mental. Dania ada masuk reka poster digital kesihatan mental. Walaupun tak wajib pun kumpul mata merit tapi kena aktif juga bagi saya untuk kumpul sijil extra. 


Lepas tu tak terus balik rumah tapi singgah makan kat dalam UPM la. Nak kena tempat yang berdekatan sebab Dania petangnya nanti ada kelas pulak. Jadi makan kat Umai @ KTAG je la. 

Apa yang kami order?
Mi Kari, Bihun sup utara, cekodok pisang, air kosong dan air teh o ais. 


Bihun sup utara ni sinonim dengan warna kuning. Ada tauhu dan daging beserta taburan daun sup. 


Dania pula order Mi Kari ni ada telur rebus, tauhu dan ayam. 


Masa ni ramai juga orang makan kat Umai @ KTAG ni. 


Cekodok pisang ni makin kecik pula saya tengok. Walaupun kecik tapi rasa pisangnya masih ada. 


Nak parking kat sini pun susah juga sebab kat dewan ni ada pengambilan kad siswa RHB pula. Nasib baik la kami dapat parking juga. 

Belah kiri pokok yang tinggi-tinggi tu namanya Eucalyptus atau pokok kayu putih. Pokok yang boleh dijadikan minyak kayu putih. Pokok ini juga popular untuk menghalau nyamuk. Ia akan mengeluarkan bau semulajadi yang tidak disukai oleh nyamuk terutamanya jenis lemon eucalyptus. Kalau kat Australia, koala memang suka pokok ni sebab dia makan daun eucalyptus dalam diet pemakanannya. 

Patut la masa asasi dulu, Dania menginap kat Kolej KTAG ni la cakap memang tak ada nyamuk. Mungkin disebabkan pokok ni juga agaknya. 





XOXO,
Ezna



 

6 ulasan:

  1. Mee kari tu nampak menggoda betul. Oh baru tau pokok kayu putih tu boleh halau nyamuk.

    BalasPadam
  2. Sy suka pokok yg berfungsi begitu, tak perlu guna racun serangga yg boleh cemarkan udara.
    Bihun sup tu melambai² la 😋

    BalasPadam
  3. terliur kita tgk menu sista dgn Dania tu. isk~ paduuuu!

    BalasPadam
  4. sambil kumpul merit sambil asah kreativiti kan kak..

    BalasPadam
  5. Sy suka mihun sup simple mcm ni sis..Letak cili kicap...=q

    BalasPadam
  6. i baru tahu psl pokok tu boleh halau nyamuk!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Macam kat kedai tomyam

Ada satu hari tu saya masak la kerang ala Thai. Ingatkan nak masak kerang je la dengan telur dadar tapi saya rasa nanti tak kenyang pula seb...