Dania ada bagitau ada bunga-bunga cantik kat Bukit Expo, UPM. Saya pun tak nak lepaskan peluang. Bila pergi je boleh nampak bunga-bunga yang banyak atas bukit. Hubby ikut kejap kemudian ke tasik berdekatan sini untuk riadah.
Banyak bunga-bunga yang berwarna-warni kat sini.

Menurut google lense ini adalah bunga Madagascar Periwinkle.
Boleh pulak terjumpa kawan yang sama-sama kumpulan english online bernama Wardah. Rasanya english online masa tahun 2023. Dah 2 tahun berlalu. Kat UPM ni ada english yang dijalankan online je iaitu LAX. Ia tak semestinya satu program pengajian. Ikut la siapa yang daftar subjek tu sekali. Jadi, assignment semua online je la. Ni kiranya first time Dania face to face dengan Wardah.
Bunga yang paling saya teruja ialah bunga yang ni.
Excited saya dengan bunga yang ini.
Cantik bila dapat bergambar dengan bunga yang berwarna-warni ni.
Bila google lense ternyata ini bunga zinnia. Terapi mata sungguh la.
Ambik gambar ummi dan anak.
Bunga marigold kuning dan putih kekuningan.
Close up bunga marigold.
Bergambar pulak dengan marigold berwarna jingga.
Haaa tudia cantik betul bunganya. Buat ummi geram je. Tapi....janganlah petik bunganya.
Bergambar pulak ummi dan anak....
Lagi gambar....semua yang datang sini nampak student UPM tapi Dania ada kelainan sikit....dia bawa ummi dia. Ternampak seorang student lelaki ambik gambar bunga-bunga ni. Saya tegur la lepas tu dia kata kalau mak saya nampak mesti dia suka. Teringat kat ibunya la tu. Bersungguh nampak dia mengambil gambar bunga-bunga kat sini.
Madagascar Periwinkle berwarna putih dan merah.
Ternampak pula yang ini. Kawasan ni dirasmikan oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor.
Terasa macam kat Cameron Highland je tapi hakikatnya kat UPM je.
Lagi gambar ummi dan anak....
Nasib baik la cuaca memberikan kerjasama. Nampak mendung tapi tak hujan.
Bunga matahari sangat cantik di halaman rumahku 🎜🎜🎜.....teringat pula lagu ni masa kelas Muzik dulu. Time zaman saya kena main recorder dan menyanyi.
Ni pula bergambar dengan pokok tergantung pula.
Seronoknya. Walaupun tak besar pun kawasannya tapi dah membuatkan saya dan Dania happy. Cantik betul bunga-bunga kat sini. Bunga-bunga ini katanya persediaan untuk konvokesyen bulan November 2025 nanti.
XOXO,
Ezna


















Betul nampak macam cameroon highlands .. cantik bunga bunga tu semua .. nanti nak cari la ada kerja hari ini di UPM..
BalasPadamCantiknya....Mcm dkt overseas =D
BalasPadami penchenta bunga2...lawa semua gmbr2 u & dania ni ezz
BalasPadam