Rabu, Julai 16

Selesai Final Exam Paper Statistics for Animal Science

Bila anak duduk kat rumah ni bab makan selalunya settle la. Sebelum Dania pergi Fakulti untuk exam, Dania makan dulu makaroni dengan lala. Lala tu letak lebih sikit. Ada juga sayur Pak Choy. Buat ni tak ada la pedas sangat takut sakit perut je nanti. Buat yang biasa ajer tahap kepedasannya.  


Muka orang yang cuak. Katanya dah selesai study dah untuk exam ni tapi takut....kawan2 sekelas Dania juga dapat sebatang pen setiap seorang. Maybe nak buat setiap kali final exam. Dania pun pakai pen Faber Castell Ball Pen ni saiz 0.7. Dania kalau exam suka tukar2 warna pen. Kadang exam pakai pen biru, kadang pakai pen hitam. Exam kali ni dijadualkan selama 2 jam. 

Kawan Dania sebilik dulu masa asasi. Sekarang ni jadi 'senior' Dania la untuk Animal Science cakap subjek ni memeningkan. Hmmm...kita tengok la pening macam mana ya....dah tentu ada kira-kiranya sebab statistics. 


Muka setelah habis exam ada senyum la. Kalau macam ni ummi boleh tenang sikit la. 


Beberapa snap candid je ni. 


Moga apa yang Dania jawab tu mengikut skima pemarkahan ya. Selesai 2 dah paper final exam. Gap dengan yang pertama tu 8 hari. Lepas ni this week ada paper Bahasa Korea pulak. Ummi dia tetap la berdebar bila anak nak exam. Dari kecik sampai la besar ni. 😅. Semester ni ada 7 subjek yang Dania ambik. Cuma ada 5 subjek je yang ada Final Exam. 2 lagi tak ada Final Exam. Walaupun tak ada Final Exam, tetap juga kena buat betul2 supaya dapat score. 




XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. Moga dipermudah kan semua nya buat Dania, cemerlang dalam exam dan seterusnya.

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah dah selesai 1 subject. Animal Science tu Dania belajar skop apa? minta maaflah aunty sibuk tanya...sebab macam menarik subjek dania tu 🥰🥰🥰

    BalasPadam
  3. all the best utk dania! Allahumma yassir

    BalasPadam
  4. antara 5 paper ni, subjek stats ni yg paling susah ke?

    apa2 pun all the best dania!

    BalasPadam
  5. Bila muka ada senyum tu...Alhamdulillah... lega Auntie yang jauh nih hihi

    BalasPadam
  6. mak-mak anak ada ujian segak pun cuak gak. anak selamba je

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siput retak seribu dan pisang susu akhirnya jadi .......

Siput retak seribu atau lala yang dibeli kat Pasar Borong Selangor dah selamat dijadikan lauk. Mulanya ambik 1/2 ajer nak masak kemudian ten...