Masa nak ambik Dania pada 22 Julai 2025, hujan turun agak lebat la. Ok la kan boleh kurangkan jerebu tu juga dan cuaca yang panas membahang.
Sepanjang pintu utama UPM ni dihidangkan dengan pokok yang cantik ni macam pokok kat Tasik Taiping tu. Redup je lalu kat sini. Macam kanopi pun ya jugak sebab menutupi laluan di sini.
Saya parking belakang Masjid UPM je. Dania kena meredah hujan. Ni ambik candid je ni...snap banyak2. Tak hairanlah gambar sahaja kat phone gallery saya sampai 12000++ 😆. Muka Dania agak ceria masa ni. Berlari sebab hujan.

Haaa ni lagi satu. Paling saya suka gambarnya dari candid yang lain. Mulanya Dania ada sebut-sebut juga takut la subjek ni. Ummi je bagi kata2 semangat...kalau dah study tu insya-Allah la Allah akan bantu. Bukan subjek ni je...semua subjek takut 😅.
Bila masuk kereta dengan muka macam ni lega saya tau....tak kisah la result nanti kan...pasrah je. Cuba kalau masuk kereta muka sedih je...automatik kita mak mak akan risau la kan. Selalunya mak mak ni risau dia ni mengalahkan anak sendiri.
Pernah dulu masa lepas peperiksaan SPM paper Bahasa Melayu, Dania masuk kereta je menangis. Katanya sebab kawan2 dia jawab lain dari Dania sendiri. Saya tanya mana tahu?. Dania dengar masa mereka discuss. Udah saya kata jangan fikirkan lagi. Fikir exam selepas itu pulak. Tapi......serius la mak mak ni kan walau cakap macam tu kat anak tapi sebenarnya risau juga jika anak cakap macam tu....macam anak kita ni jawapannya salah (kononnya cool depan anak tapi hati....). Tapi sebenarnya jangan risau sangat. Anak akan baik2 ajer kalau mereka memang dah bersedia. Ternyata keputusan Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Dania ok je. Alhamdulilah.
Kalau kat UPM, Kalau Bahasa Melayu SPM dapat A- dan ke bawah, kena ambik Ujian Komunikasi Dalam Bahasa Melayu (UKOM). Macam ala ala SPM juga. Ambik masa Sem 2 di program Ijazah. Macam nak memperbaiki keputusan Bahasa Melayu la.
Mak ni tak kiralah anak tu kecik ke besar ke masih risau kan....dah nak masuk 21 tahun dah Dania tapi ummi dia tetap la risau ya.
Cuma lagi satu paper dan kemudian merdeka....😅. Gap kali ni selang sehari ajer jadi ok....Hwaiting! Dania selalunya lepas habis exam kat rumah dia akan tidur, tak pun tengok TV dulu. Esoknya baru nak mula balik study subjek seterusnya. Tidak push la nak study selepas habis exam tu. Nak tenang-tenang dulu. Jadi jika begitu saya biarkan ajer....
Ezna
Semoga dapat result cemerlang ye Dania.
BalasPadamAamiin. Terima kasih.
Padamnama subjek pun, terbelit lidah nak menyebutnya.
BalasPadamHehe....tapi memang ya pun....setuju....
PadamKalau dah namanya ibu, kalau pasal anak rasanya sampai kita tua pun kita risau kan Kak Ezna...
BalasPadaminsya-Allah, dania boleh jawab, result sebelum nie pun baik sangat, kali nie pun mesti baik...aamin...
BalasPadameh, dekat Selayang pun hujan semalam, sejuk sikit malamnya
lega dh selesai final exam..yela ank ni walaupun dh besar tetap risau..nk plak ank perempuan sorg kn
BalasPadamgambar candid tu cuteeee
BalasPadamFoto pohon2 yg saling beradu kiri kanan, saya jadi ingat jalan yg saya lewati ketika di Lampung arah Bengkulu kak. Tapi bedanya kalo yg di atas nih cantiiik pohonnya, nampak estetik.
BalasPadamKalo yg di Lampung, kiri kanan hutan, pohon2 saling terkait membentuk canopy, tapi kalo malam, sumpah seraaaaam 🤣🤣🤣. Makanya tak berani jalan malam kalo lewat Lampung ke Bengkulu 😂.
Zaman sekolah dulu, saya pun sering discuss dengan teman soal2 ujian. Kalo ternyata jawaban saya beda, langsung rasa down sangat 🤣