Rabu, Julai 9

Pertama kali membeli online dapat potongan harga

Saya nak kena top up seluar hitam panjang Dania ni jadi saya surf je online. Kat website Padini ni ada seluar yang menarik hati jadi saya pilih yang ni.....beli seluar dengan cutting besar dan bukan fit. 

Seluar Cargo ni selalu cutting dia besar. 

Ini pula cutting baggy dan dah tentulah besar juga. Tapi besar pun idaklah besar sangat. Just nice je. Tak nak la yang ketat macam sarung nangka tu. Kena la selari dengan you pakai hijab tu. 


Kadang2 kalau pertama kali buat pembelian online akan ada potongan. Masukkan code potongan tu untuk mendapatkan penjimatan RM20. RM20 pun duit juga jadi jangan lupa masukkan 'Welcome'. 

Jadi ini yang kita kena bayar setelah ditolak RM20....


Pernah beli online dekat website Padini?. Kalau ada yang nak beli jangan lupa masukkan code penjimatan RM20 tu ya. 

Latest update....seluar Padini dah sampai dah dan Dania kata selesa sangat kainnya sebab cotton dan lembut. Saiz pun ngam. Alhamdulilah. Sedia ada....dah ada 2 dah seluar hitam. Tudung pun top up 2 juga warna hitam jenis cotton jersey. Cotton jersey ni kalau Dania pakai dia kata senang nak siap. Bila dah ada beberapa boleh buat tukar-tukar sebab dalam seminggu tu selalu sehari je cuti. Suka siapkan awal supaya bila tiba masanya dah sedia dah semuanya. 




XOXO,
Ezna


 

12 ulasan:

  1. Kita lagi la..jarang sungguh membeli online ni hihii.. 😊
    Untung la dpt diskuan tu.. RM20 tu byk la.. 👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  2. Walaupun rm20 tu nampak biasa... Tapi kalau ikut betul² banyak penjimatan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye zaman sekarang kalau ada diskaun tu rasa seronok sebab ada juga penjimatan.

      Padam
  3. banyak jugak diskaunnya tu ezz. alhamdulillah, jimatt dan yg best, sbb selesa dipakai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz, sebab seluar pun fabric cotton jadi sangat selesa. Kalau first time beli je dapat.....

      Padam
  4. dah lama tak membeli belah online nie... hahaha...tapi, nampak macam best je seluar Dania tu..nanti nak godek2 juga lah

    BalasPadam
  5. Banyak tu diskaun 20 ringgit... Untung, dah la tak payah ke kedainya, tunggu je barang sampai

    BalasPadam
  6. Ada jugak few times dapat discount banyak jugak. Antara nya palazzo 28 sen tahun ni.

    BalasPadam
  7. Rezeki dapat potongan..kena syukur

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pertama kali membeli online dapat potongan harga

Saya nak kena top up seluar hitam panjang Dania ni jadi saya surf je online. Kat website Padini ni ada seluar yang menarik hati jadi saya pi...