Masa 10 Muharam tu dekat surau ada buat berbuka puasa jadi makanan yang disediakan ialah nasi ayam dan juga ada la air ice cream soda dengan lemon yang dibancuh.
Nak dijadikan cerita, masa hubby kemas mengemas nasi ayamnya punya banyak. Jadi hubby bawak la balik rumah tapi ayamnya habis....😅. Banyak nasinya tu.
Saya pun keesokannya buat la sambal nasi ayam. Hubby ikutkan kata buat sup ayam je pun ok je. Saya la terajin je sikit. 😁
Kemudian, saya sediakan juga kicap nasi ayam.
Ayam pula kena sediakan la sebab hubby cuma bawa nasinya sahaja...jadi ya ayam goreng pun saya sediakan. Ayam goreng ni direbus dulu dalam sup baru kemudiannya saya perap dan digoreng.
Daun saladnya pun hubby bawa balik. Daun salad ni pun banyak.
Sup ayam saya sediakan juga.
Dah mudah dah tugas saya cuma sediakan sup ayam, ayam goreng, sambal nasi ayam dan kicap je. Nasi dan daun salad dah ada. Air pun hubby bawa balik 1 air penuh botol ice cream soda yang besar tu. Air dah dibancuh dalam bekas besar cuma picit bawah tu la untuk isi dalam botol.
XOXO,
Ezna
Alhamdulillah rezeki juga tu....
BalasPadamAlamak...Byk jgk nk kena sediakan tu walaupun semuanya simple2 je =D
BalasPadamAlhamdulillah..cuma tambah lauk nya ja
BalasPadamKiter craving nasi ayam..tapi nak buat macam renyah....eh nak buat jugak la..i dont care
BalasPadamsedapnya nasi ayam tuu
BalasPadamrezeki bawa balik nasi ayam wlupun ayam habis hehe
BalasPadamAlhamdulillah rezeki.
BalasPadam