Ada lagi tulang korban tak habis jadi kita habiskan. Letak juga daging sikit. Kuah gelap sebab masukkan rempah sup Mak Siti.
Telur dadar. Ni dah potong dah ni.
Ada juga peparu goreng.
Sabtu masak sup tulang, jadi ahad sebab nak simple buat mihun goreng je. Letak banyak daun bawang kat atas mihun. Mihun ni Dania sampai bertambah....eh hubby pun bertambah jugak....Alhamdulilah....boleh diterima kehadirannya. 😅
Itu je la. Saya duduk rumah je weekend. Malas nak keluar dengan cuaca panas dan berjerebu ni. Ehhh dah sampai tahap tak sihat dah Selangor ni. Hubby ajak gi brisk walk kat Putrajaya pun tak nak sebab Putrajaya pun kualiti udara tahap tak sihat jugak. Elok kita nak bersenam ni dapat penyakit batuk-batuk pulak nanti.
Bila berjerebu ni kadang boleh buat pening kepala jugak dan boleh menghidu macam bau asap. Patut la ada yang demam, batuk dan sakit tekak....angkara jerebu jugak ni....
Tempat you alls tahap jerebu macam mana?
***Hari ni Dania akan menduduki Final Exam Agricultural Entrepreneurship. Moga Dania dapat menjawab dengan tenang dan mengikut skima pemarkahan. Lembutkan hati lecturer untuk beri markah kepada Dania.
XOXO,
Ezna
all the best to Dania...
BalasPadamweekend ni MA jenjalan je, x de masak2. he he..
Ni lagi untung MA.
PadamHirup sup sedapnya..
BalasPadamAlhamdulilah.....time hirup sup panas2 rasa segar je.
Padamsedapnya semua tu ezz! hari ni kat gombak mcm mendung ajer--rasanya jerebu lah ni..effect mcm mendung padahal berbahang panas sbb asap terperangkap
BalasPadamTempat I pun mendung hari ni macam nak hujan....kalau hujan ok juga leh kurangkan jerebu ni.
Padamsedapnya sup tulang....semua sedap.....all the best buat Dania, semoga dilancarkan segala idea dan dipermudahkan dalam menjawab semua soalan...hugs hugs dari aunty.
BalasPadamAll the best Dania...!
BalasPadamBila bertambah-tambah tu maknanya sedaplah tu Kak Ezna masak (saya tengok pun sedap hihi)..
Nengok paru tu fresh je, masih nampak uratnya.
BalasPadamSuka goreng gitu.