Selasa, Julai 22

Kisah anak beranak je...

Ada aktiviti ambil gambar kat Fakulti jadi Dania kena gi sana pagi. Kebetulan memang tak ada paper final pun. Nak kena pakai coat dan dalam tu blouse warna putih. Tudung pulak kena warna hitam. Alang-alang nak breakfast jadi ummi dan ayah hantar sekali la. Dania breakfast roti krim je. Later tapaukan untuk Dania sekali.  


Ni kami breakfast berdua kat dalam UPM je. Pagi ni nak makan pisang goreng je...goreng yang lain tak nak. Plastik tu tapau Dania punya makanan. Hubby pilih makan nasi goreng. 

Bila dah berdua ni memang akan bercakap hal Dania la. Kali ni hubby tanya jadi ke Dania nak kerja nanti?. Betul ke dapat kerja tu?. Saya kata ye lah. Dah orang tu yang tawarkan suruh masuk awal Ogos. Kalau ikutkan hanya cakap dalam whatsapp ajer tak ada black and white jadi tertanya jugak la kan... 


Eh eh memang orang yang tawarkan kerja tu dengar apa hubby cakap ke?. Tup tup bila balik je Dania cakap dapat whatsapp dari xxxxx tanya Dania free ke nak part time situ?. Dania kata free la kan....jadi orang tu suruh Dania sediakan salinan I/C dan statement bank dan minta untuk datang Alamanda untuk isi borang kerja pada tarikh yang dia akan maklumkan kemudian. Lepas tu Dania cakap la nak bank mana sebab ada 3 bank Dania ni. 2 buat untuk kerja, 1 pulak sebab kena buat untuk masuk pengajian Ijazah ni. Bukan sengaja nak ada 3 akaun bank ni. Nasib baik dia pun tak kisah bank mana pun. Kadang ada company nak certain bank je. Dah satu hal kena buka akaun bank baru pulak...(sekarang ni payah ya nak buka akaun bank). 

Apa lagi...ummi tak suka bertangguh, tengahari tu jugak pergi fotostat semua yang diminta supaya bila tiba masanya nanti dah ada dah salinannya. Bukan bila diminta datang...jam tu baru nak fotostat. Siap palangkan dah salinan. Haaa siap!!!. Tapi....pergi tengahari area situ nak fotostat kena pusing 2-3 kali baru dapat parking la. Lunch hour kan....

Teringat masa Dania kerja kat F.O.S. dulu...bila datang tu ada dokumen tak ada la salinannya. Kami datang tu pagi. Tup tup petang tu datang balik F.O.S. hantar semua dokumen. Hehe...sampai Supervisor terkejut sebab laju sangat. Tu lah gayanya orang yang suka selesai semua awal. 😆


Begitulah kisah anak beranak ni ya....





XOXO,
Ezna
 

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah...Nmpknya cmpny X mmg serius nk hire Dania..Sy dulu memula bukak akaun BSN sbb dpt biasiswa under negeri perak, tp dah tutup..Lps tu CIMB - keje kenny rogers, PBB - Celcom contact centre & MIB - ofis sekarang...tiga2 masih aktif..Cuma CIMB suram sikit =D

    BalasPadam
  2. murah dan mudah rezeki utk kakEzna dan keluarga.
    Kita pun suka selesaikan awal-awal, tak suka last minute.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. kalau sis nampak dania nanti, sis hai2 ye.. hehe.. ^^

    BalasPadam
  4. Nampak smart ada gaya corporate lady dah Dania ni 😄 Bagus Dania, rajin bekerja time cuti. Tak membuang masa 👍🏻

    BalasPadam
  5. Awai tak kalut ya..
    Kak Widad dapat part time kat Aicha tapi tak dapat proceed sebab situ nak juga dia masuk 1/8. Masa tu pulak nak bawak dia gi jalan dan ada 2 hari dalam bulan 8 dia dah plan dengan kawan-kawan. Sebab mereka tak boleh kompromi walau dah bagitau awal-awal, tak ngapelah... bukan rezeki kak widad nampaknya.

    BalasPadam
  6. Betul, memang elok settle awal2. All the best Dania untuk semua urusannya.

    BalasPadam
  7. dulu pernah keje part time kat mr DIY, tak sampai 2 bulan pun tapi kena bukak bank hong leong pulak dah. semata sangat

    baguslah yg dania kerja sekarang ni tak kisah pakai bank apa2 pun

    BalasPadam
  8. Betul tu settle semua siap2 senang bila nak dah terus ada. Selamat bekerja dania.

    BalasPadam
  9. linda ada 3 bank..BSN, memang mak buatkan utk anak2 semua, guna yang tu juga dapat biasiswa masa sek men..masuk matrik pun pakai BSN, masuk U, PTPTN nak CIMB utk U yang linda dapat..masa dapat keje gomen, tak kisah dah bank mana2..jadi pakai je CIMB tu, dah keje, buat ASB, buka Maybank pula.. jadi sekarang memang yang aktif sotong dengan rimau je... hihihi..
    banyak2 buku bank pun, duit takde juga.. hahaha

    BalasPadam
  10. Memang bagus begitu, kalo bisa kita siapkan dalam segera, kenapa pula diperlambat kan. Saya justru suka siap dari awal.

    Punya beberapa rekening bank bagus juga kak. Saya pun beberapa sebab gunanya beda2. HSBC memang rekening utama saya. Tabungan utama di sana.

    CIMB hanya utk traveling.

    Permata bank utk belanja online shop 🤣. Jadi tak bercampur uangnya

    BalasPadam
  11. Untung Dania dapat kerja awal...my Dania hari tu dah sebulan duduk rumah baru dapat kerja...lambat

    BalasPadam
  12. Bagus sekali mengerjakan sesuatu lebih awal, sehingga segalanya siap ketika waktu dubutuhkan tiba.
    Sukses untuk Dania...

    Salam,

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Angkara Yen penjual cendol….

Ni lah angkara Yen penjual cendol tu. Siapa Yen ni?. Masa bukak TV nak dengar pengumuman PMX tu ada iklan pasal rakyat Malaysia berbilang ka...